Assalamualaikum wbt...
Aku harap korang tak muntah tengok aku masukkan banyak gambar gaya hidup sihat ni ye. Aku bukan apa, senang untuk rujukan aku nanti dan juga sebagai kenang-kenangan di masa akan datang walaupun tiap-tiap minggu gambar yang aku masukkan semua lebih kurang jer dengan yang sebelum-sebelum ni. Yela.. setiap kali aktiviti memang kena pakai baju yang sama so memang akan nampak sama setiap kali entry aku.
Untuk minggu ni punya aktiviti, kami diarahkan untuk membuat tiga kumpulan iaitu kumpulan A dimana kumpulan ini dikhususkan untuk mereka-mereka yang akan akan berlari sejauh lebih kurang 2KM. Kumpulan B pula adalaha mereka-mereka yang akan jogging sepanjang 2KM dan Kumpulan C bagi mereka-mereka yang hanya akan berjalan kaki. Dah tentulah aku pilih Kumpulan B sebab bila2 masa sepanjang larian aku boleh berpindah ke Kumpulan C kalau aku pewai.
haha
|
Kumpulan A ni.. muka pun muka yang lari laju.. perempuan sorang pun takder. haha |
|
Steady diorang ni dari awal sampai akhir lari tak berhenti. |
|
Pakcik Abu Tawi a.k.a Shahir |
|
Nampak tak disitu bukti yang aku berlari. haha |
|
Lepas abis larian |
|
sambung senamrobik pulak |
Seronok sebenarnya bila Program Gaya Hidup Sihat di buat sebelah pagi. Segar je rasa mata ni. Badan pun segar. Yang penting kalau buat pagi memang aku akan sentiasa join berbanding buat sebelah petang tatkala matahari di atas kepala. Yang last aku join aritu terus aku sakit kepala pastu weekend tu aku demam. huhu
0 comments:
Catat Ulasan