Rabu : 04 March 2020
Hari ni hari ulangtahun kelahiran anak aku, Arissa Qaisara yang ke tujuh tahun. Sekejap je masa berlalu... Darjah satu dah anak aku ni... Dan ini bermaksud, aku semakin tua... Alah alah terimalah kenyataan Dalia oiiiiii!
Pagi ni aku makan roti gardenia perisa pisang yang rm0.90 tu untuk alas perut sementara aku beli makanan... Dalam pukul 9 lebih baru aku sempat ke kantin untuk tapau makanan. So aku belilah spagethi, bolehlah separuh aku makan pagi ni, dan separuh lagi makan tengahari.
Tapi desebabkan aura roti rm0.90 tu masih terasa dan aku masih rasa kenyang, so aku lupa nak makan sampailah tengahari. Tapi rezeki aku tengahari ni, Sub Inspektor Rohimi nak belanja kami makan sempena kenaikan pangkat dia dari Sarjan Mejar ke Sub Inspektor. Mak aku kata, rezeki jangan ditolak. So rehat tadi kami beramai2 pergi makan kari kepala ikan kat restoren klasik usj 1.
Berselera masing2 bila dapat makan free orang payung. |
Menu utama : Kari Kepala Ikan. Sebenarnya aku tak pandai makan kepala ikan... Mujur ada lauk2 lain... |
Masa dah nak gerak balik opis baru aku perasan Si Sue Senget ada kirim makanan. Alamak! Aku terlambat baca wasap dia. Dah le aku pergi klasik ni tak bawak satu sen pun... S.I pulak dah settle buat bayaran... Takkan aku nak mintak tambah pulak. Hahaha... So terpaksa aku berterus terang dengan dia yang kami dah gerak balik dan aku tak bawak duit walau satu sen pun.
Dia ok je. Tapi aku yang rasa serba salah sebab tak belikan dia makanan. Tetiba aku teringat yang spagheti aku tak makan lagi. So aku offer la ke dia. Laju dia datang..
Haha!
Petang balik kerja, aku singgah beli ayam goreng dan bubur ayam farra. Boleh tahan sedapnya... |
Oklah. Signing out.
Gudnite!!!
0 comments:
Catat Ulasan