Sahabat

Halaman

21 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 81 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 21, 2020
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 21/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-4

Hari ni tak kerja, tapi aku sibuk hal lain yang tak perlu / tak boleh aku ceritakan kat sini. Cuma yang boleh aku cakap, ianya adalah usaha / perjuangan kami untuk meminimakan kehadiran ke tempat kerja dalam situasi sekarang ni.

Pagi aku tak sempat sarapan. Otak aku serabut. Nak masak pun tak der mood. Akhirnya aku order je kat foodpanda nasi ayam penyet ni...

Keluar jap cari barang keperluan asas. Bila tengok.. ermmmm.. aku yang tak buat pembelian panik ni pun boleh jadi panik bila tengok rak kosong camni..

Ni menu makan malam aku yer. Karipap 3 ketul..

Lupa nak cerita. Gula n tepung gandum aku dapat beli kat kedai acheh sebaris speedmart yang aku masuk rak kosong tu. Banyak je stok kat kedai tu...

Cari susu kotak 1 liter takder. Beli la yang besar ni terus .. stok makan coco crunch.. menu sarapan paling mudah..

😘😘😘
……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




21/03/2020


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review