Sahabat

Halaman

19 Disember 2012

Majlis Perpisahan KBKA

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 19, 2012 0 comments
Assalamualaikum....

Akhirnya ada masa jugak aku nak masukkan gambar-gambar ni setelah beberapa minggu berlalu... Majlis perpisahan ni bersempena dengan perpindahan tuan KBKA kami ke IPK Kelantan.. jom layannnnn!

Majlis : Kenangan Bersama YDH Tengku Anuar Bin Raja Hussin
            ( Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Subang Jaya )

Tarikh : 30 November 2012

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya

 

aku dan sarjan yati kena nyanyi sambil diiringi oleh dua penari lelaki... hahahaha (sila jangan tengok perut aku yek... preggy 7 bulan tu..)

menggedik ngan kak wani
 
 
Linie n Eima
 

Sesi gedik sempoi...

The BadCopsGirls (BCG's)
 
Cer teka cer teka... ;p

Antara hidangan yang di sediakan...


 




Sekian.....

13 Disember 2012

Kenapa Ek?

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 13, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Ermmmmmm..... malam tadi aku dapat sms dari Mr.Bos, suruh aku bawak sijil2 dari tahun  2010 hingga 2012... dia nak sijil2 penghargaan yang aku dapat dan juga sijil2 yang lain kecuali sijil kursus...aku ingat dia mintak untuk kemaskini aku punya SKDD, so pagi tadi aku tanya la member2 opis yang lain, diorang bawak tak sijil2 tu... yang peliknya, diorang kata bos takda pulak sms diorang mintak sijil tu... then, kebetulan mr.boss turun kat tempat kami kejap, hantar kunci kereta pasukan, mintak aku pegangkan... member seopisku Linie a.k.a NCC pun tanya kat mr.bos pasal sijil tu... bos kata, dia nak aku punya sijil jer... yang laun tak perlu... bila dia cakap macam tu, aku terfikirla mungkin sebab fail SKDD aku, ada pada aku sedangkan diorang punya memang tersimpan kat pentadbiran....

Selang berapa minit bos tinggalkan opis aku, ttiba je aku dapat whatsapp dari dia...

"Jgnla bgtau dgn kengkawan lain pasal sy minta sijil2 tu.. rahsia (gambar penumbuk)" -mr.boss

"lor. apsal x bgtau.. sy tny diorang sbb nak suruh diorg carik jugak sijil2 diorg. len kali bgtau la awal2. tapi...sijil tu nak buat apa?"- aku

"kalu sy nakkan sijil diorg sy dah msg sume sekali... xpun sy akan bgtau kat hg.. adala hal kertas keje sy nak buat. arahan kbka..." - mr.boss

Bila bos cakap camtu, berdebar2 pulak rasa... adoi... agak2 kenapa ek? kalau nak promote aku naik pangkat tak apalah jugak... kekekekeke....

takperla.... tunggu dan lihat jer...

11 Disember 2012

Durian Crepe Lagi.... yummmmmyyyy!

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 11, 2012 2 comments
As Salam semua....

Harini  sempat lagu buat durian crepe... kali ni aku tambah dengan kastad krim kat dalam tu... memang sedap macam makan aiskrim... yummmmmyyyyy!


10 Disember 2012

Oh! Selangorku.....

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 10, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...


Untuk pengetahuan korang, 13jun sampai 12july kami laki bini anak beranak dok bertapa bawah shower tak kuar2 dari bilik air selama sebulan... Sebab tu la bil air sampai seribu lebih... Dan dah 4 hari paip rumah kami tak berair, cuma harap kat simpanan air tangki jer sebab kena potong, tak bayar tunggakan tu padahal tiap2 bulan kami bayar bil air n maintenance kecuali bil diluar tabii ni je kami x bayar walaupun disuruh bayar jugak... Tapi bila kami tanya macamana diorg kira pelarasan, sampai ke hari ni masih tak dapat jawapan... Yang sakit hati, tak pasal2 kami yang menanggung semua tu... Ermmmm... Dok selangor ni, ingatkan bleh dapat air free... Rupanya kami plak yang kena tanggung kos untuk mereka2 yg dapat air free.... Adil sangat ker?


 #malam ni kalau tak settle jugak, ada yang kena bambu dengan ibu mengandung ni!#

26 November 2012

Durian Crepe....

By Dalia Hassan at Isnin, November 26, 2012 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Oleh sebab hari ni aku sedang bercuti, so dengan sisa sisa kerajinan yang ada dalam diri aku, aku menggagahkan diri untuk membuat crepes...kali pertama mencuba, dan ianya menjadi! Alhamdulillah...

Inilah dia Durian, Strawberry dan Blueberyy crepes! Jemput makan semua...... yummyyyyyyyyy!



Yang kelakarnya, tak sampai seminit aku update dalam facebook, bertubi2 order dari kawan2 yang mintak aku buatkan... tapi maaf yer, aku buat suka2 jer... saja nak mencuba... bukan untuk dijual... peaceeeee!

Alia : bukan menyombong diri tak nak buatkan untuk dijual, tapi oleh sebab tengah mengandung ni, tak tahan nak berdiri lama lama untuk melempeng... buat sikit tu je dah sakit2 pinggang den ni.... huhuhu!

Pesanan : Sila jangan menjilat skrin komputer / laptop / tablet / smartpohone anda! Terima Kasih!

Kempen Kesedaran Jenayah

By Dalia Hassan at Isnin, November 26, 2012 0 comments

Kredit : Facebook Polis Daerah Subang Jaya

KEMPEN KESEDARAN JENAYAH ANJURAN BERSAMA PDRM, MCPF, MPSJ DAN KOMUNITI SUBANG JAYA. 

Subang Jaya - 25 November 2012 (Ahad) jam 10.00 pagi bertempat di Pusat Membeli Belah The Summit USJ, Subang Jaya – Prorgam Kempen Kesedaran Jenayah anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pihak komuniti telah menganjurkan Kempen Kesedaran Jenayah yang telah dihadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye (Naib Pengerusi MCPF Malaysia), YDH DIG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar (Timbalan Ketua Polis Negara), YDH SAC Dato’ Thaiveegan A/L Arumugam (Timbalan Ketua Polis Selangor) dan Y.Bhg Dato’ Asmawi Bin Kasbi (Yang Dipertua MPSJ). Objektif Program • Memberi kesedaran penerangan dan pemahaman kepada masyarakat untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa bagi membanteras jenayah. • Kempen ini juga adalah salah satu usaha, kaedah dan pendekatan untuk bekerjasama dengan masyarakat bagi menyedarkan mereka supaya menjaga keselamatan diri dan harta benda seterusnya mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penjenayah. • Menyedarkan dan mengingatkan rakyat bahawa mereka tidak boleh mengharapkan polis semata-mata untuk mencegah jenayah. Ini kerana semua pihak perlu berganding bahu dalam mencegah dan membanteras jenayah. • Menyedarkan masyarakat bahawa mereka boleh membantu meringankan beban pihak berkuasa menjalankan tugas dengan menjadi ‘Mata’ dan ‘telinga’ pihak berkuasa. • Program dan aktiviti yang dijalankan dapat member panduan kepada masyarakat untuk mengambil langkah-langkah awal keselamatan dan pencegahan sebelum berlaku kejadian jenayah. Pelbagai program dan acara menarik telah disusun bagi menjayakan kempen ini. Antara program yang akan dijalankan ialah ceramah yang akan disampaikan oleh ASP Foo Chek Seng (Pegawai Perhubungan Awam dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman) dan ceramah bertajuk ‘My Distress’ oleh DSP Mohammed Mohsein Bin Mohamed Zon (Ketua Editor NKRA Selangor), deklamasi sajak bertajuk ‘Crime Awareness’ oleh Prof Madya Dr. Lim Swee Tin (Pensyarah Kesusasteraan Melayu dari Fakulti Bahasa Medon & Komunikasi Universiti Putra Malaysia) dan penyampaian resolusi oleh wakil Kumpulan Belia MPSJ Mencegah Jenayah dan lawatan ke booth-booth pameran.






Alia : Aku terlibat tau dalam kempen ni... Ahad pun kena keje.. huhuhu! tapi tak apa lah, dah tugas....

Dinner PERKEP Selangor

By Dalia Hassan at Isnin, November 26, 2012 0 comments

Tarikh : 23 November 2012
Tempat : Concorde Hotel, Shah Alam
Tema : Legend

Antara orang kuat PERKEP IPD Subang Jaya

 
 

 

 
Baru terperasan rupanya tak banyak gamnbar yang aku amik... heheheh.. jadilah apa yang ada, kan?

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Dusun Durian Abahku...

By Dalia Hassan at Isnin, November 26, 2012 0 comments
Ha!

Cuti kursus dua hari, sempat la balik Segamat jap... dari Kedah ke Johor, pastu kembali semula ke Kedah... takper la... sambil tengok abah yang tak sihat, jengah sekali dusun durian abah... memang terbaik...

Meh tengok gambar yang aku sempat rakam..

buah yang paling rendah...


ni la kalau terlambat pungut durian... ada jer makhluk Allah yang mendahului... tapi takper, rezeki dia.. biarkan...







PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review