Sahabat

Halaman

10 September 2014

Day 10 : Apa Yang Ada Dalam Handbag Aku

By Dalia Hassan at Rabu, September 10, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Nampaknya cabaran untuk hari ni kacang goreng jer.. rilek je tak payah nak pening-pening mencari idea yang kejap ada kejap takder tu... ( peh! berlagak!)

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari‬



 

 Ha! Ini saja la yang ada dalam handbag aku. Wallet, Smartphone, Monopod, Bedak Compact dengan lip balm. Aku bukan jenis yang make up tebal.. rimas rasa.. so tu je la alat make up aku cuma kadang2 kalau aku terajin sikit aku pakai la eye liner dengan mascara... itupun biasanya kejap je dah tanggal. Lepas solat Zuhor, memang aku takder la nak pakai semula....



 Yang kat atas ni pulak apa yang ada dalam wallet aku... semua kad2 penting.. mykad, mykid, kad nikah, kad bank (errrr.. kad maybank ada dua tu satu kad encik asben.. hehehe) kad keje, lesen, gambo Ainul... oh.. angpow kad atas tu semua ada duit.. yang warna biru + coklat putih + hijau tu semua aku dapat dari orang yang sama... koleksi duit raya 3 tahun berturut2 dapat dari my good friend. Angpow yang selebihnya tu memang aku standby siap2 kut2 nak pergi kenduri kawin...

Ok.. tu je la untuk hari ni.. 
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

30 Days Blogs Challenge



 

09 September 2014

Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Aku

By Dalia Hassan at Selasa, September 09, 2014 0 comments
Assalamulaikum wbt...

Cabaran ke 9, hari ke 9 : 5 lelaki yang menarik perhatian aku...

Yang ni pun kira aku nak bagi jawapan selamat la.. hahaha.. Mereka semua ni adalah orang yang terdekat dengan aku. Persamaan mereka semua adalah kesemua mereka ni tak merokok.

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari‬


check it out!

1) En. Suhaimi Bin Bujang a.k.a en asben menarik tertarik kau memang da boom! tapi sakan bergambar dengan Marilyn Monroe celup tu, sikit lagi nak kena boom dengan aku! haha! Luv u!

entah bila la aku berubah jadi Marilyn Monroe ni? Konon2 hepi famili la ni??? (Jeles hokayyyy)


2. Hj. Hassan Bin Hj. Mohamad a.k.a my abah... Lelaki paling hensem dan ohsem aku pernah jumpa. Sayangggggg abah!

tengok tu tengok tu... ensem kan abah saya...

oh! kalau rasa2 data plan tu banyak lebih, sudi2 kanlah tengok yutiup yang kita buat untuk abah kita sempena hari bapa aritu.. simple je tapi amat bermakna...


3. Hj. Bujang Bin Menal a.k.a my abah mertua yang sporting, sentiasa bertolak ansur, kelakar dan macam2 lagilah! Respect toing toing kat abah! (tabik spring)


alamak! kabur la pulok gambo abah ni..

4. Mohd Haffizad Bin Hassan a.k.a my abang... camana nak cakap ek? macam ni la.. kalau aku takder duit, dia la yang jadi mesin atm aku... masa mula2 aku datang KL (masa tu aku tak kawin lagi), dia la tempat aku cucuk duit kalau duit takder.. haha! eh! eh! rasanya sampai sekarang pun kut.. nasib baikla abang bukan jenis berkira! hehe
jasamu akan kukenang ye abang!

geledah fb dia jumpa ni je gambar yang paling clear muka dia.. maklumlah dia ni tak berapa aktif fb.. gambar ni pun kawan dia yang tagged. huhu!

5. Mohd Azhar Bin Hassan a.k.a my adik yang senget.. Malas nak cakap banyak la dengan dia ni. kalau aku suka pau duit abang aku, yang dia ni pulak suka sangat pau duit aku... adessss! yang peliknya setiap kali dia pau aku, aku tak banyak soal terus bagi je. pelik kan? 

wes azhar, awak ada baca2 kat muka saya ker?!
hahaha!

tengok tu.. muka pun muka ganazzz...

Ok.  Tapi selain dari famili sendiri, aku ada 3 orang lagi yang memang menarik perhatian aku..

1. Kawan baik aku dari kecik hingga sekarang (Manek)
2. Kenalan aku masa kat Uitm dulu (Ajie)
3. Teman sekerja aku (Pakcik)

My asben kenal ketiga2 mereka ni dan pernah jumpa dengan dua daripadanya... aku dengan asben memang takder rahsia dan aku suka bercerita tentang apa aja kat dia dan kadang kadang merasa jugak keperitan cubitan kat peha! haha!

Selesai sudah cabaran hari ke 9...

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Jumpa untuk cabaran esok!





08 September 2014

Status Blog #21

By Dalia Hassan at Isnin, September 08, 2014 0 comments

Hari ni lepas kerja pergi jogging lagi. Kalau haritu dapat 7 round padang MPSJ, tapi hari ni dapat 5 1/2 round je. pastu pancit dah.. ni mesti gara2 makan banyak sebelum jogging tadi. muahahaha..

Adik Abang

By Dalia Hassan at Isnin, September 08, 2014 0 comments

Hari ni kat opis aku ada orang shooting filem. Filem Adik Abang lakonan Farid Kamil (ensemnya dia) dan Intan Ladyana.. Tapi aku paling seronok sebab dapat jumpa Nisha. Nisha ni make up artist.. dulu dia gerak dengan MIG tapi sekarang kalau tak salah aku dia gerak sendiri...

Aku rapat dengan Nisha pun sejak 2,3 tahun lepas masa diorang shooting Adnan Sempit. Dia memang peramah n baik.. Sejak tu memang baik dengan dia. dia rajin masak. pernah sekali tu dia datang opis aku semata mata hantar rendang ayam dan nasi himpit yang dia masak sendiri. Memang terbaik la... Ada sekali tu ada shooting jugak kat opis aku, dia siap masakkan untuk aku sambal ikan bilis yang sedap. aku boleh ratah je sambal ikan bilis tu.. hehehe.. murah rezeki Nisha..

Hari ni dia datang siap bagi aku kain batik yang dia beli kat Langkawi masa diorang ada shooting kat sana baru2 ni. Aku yang rasa malu.. asyik dia je bagi aku tapi aku tak pernah pun bagi dia apa2.. hehehe..

Tapi hari ni kejap je dia kat opis aku.. satu scene je nak shoot. dalam kul 12 lebih dia datang, pukul 3 lebih diorang dah settle..

tuuuu dia farid kamil ngah beratur konon2 nak bayar saman... kekekeke
Makan...

Day 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Aku

By Dalia Hassan at Isnin, September 08, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Cabaran hari ke- 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Aku.

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari‬

Ok. Hari ni taknak tulis panjang-panjang. Kat bawah ni semua lagu cinta kegemaran aku. Setiap lagu ada cerita disebaliknya... susah nak cerita. Biarlah lirik yang berbicara....


1) Bila Wajahmu Aku Bayangkan - Allahyarham Sudirman Hj. Arsyad


2) Hatimu Milikku -  Akim Ahmad
    (Entah kenapa aku lebih suka Akim nyanyi lagu ni berbanding Nera)



3) Terminal Cinta - Samudera



4) Masih Mencintainya - Papinka



5) Kekasih Gelapku - Ungu



30 Days Blogs Challenge


07 September 2014

Day 7 : Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Aku

By Dalia Hassan at Ahad, September 07, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ketujuh. Cabaran ketujuh. #Cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari ... topik untuk diceritakan pada hari ini adalah sejauh mana pendidikan itu penting bagi aku.

Sebagai orang kampung dan dibesarkan pula di Felda, dah semestinya kehidupan kami dulu tidaklah semewah mana tapi cukuplah untuk mak dan abah membesarkan kami enam beradik dengan penuh kasih sayang, diberi didikan yang sempurna dunia akhirat walaupun adakalanya kami adik beradik agak sedikit nakal dan tak mendengar kata (especially aku).

Walaupun mak abah tidak berpelajaran tinggi, tapi aku tau mak dan abah tak nak anak2 hidup susah. Sebab tu lah mereka sedaya upaya memberikan pendidikan yang cukup untuk kami adik beradik. Cuma kadang kadang kami yang tak tahu menghargainya. Malas pergi sekolah. Tak buat kerja sekolah. Tapi kadang2 memang timbul penyesalan.. pelbagai persoalan bermain diminda.. kalaulah aku dulu rajin belajar... kalaulah aku dulu tak banyak main dalam kelas... kalaulah aku dulu tak sibuk bercinta waktu belajar... kalaulah... kalaulah... kalaulah.... 

Aku hanya berkesempatan melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat diploma sahaja di Uitm. Ketika tu memang aku tak terfikir pun nak sambung degree walaupun kebanyakan kawan2 aku sibuk memohon untuk sambung belajar. Aku pula sibuk nak kerja. Nak pegang duit sendiri la konon2nya. Sehinggakan abah aku buat tawaran untuk belikan aku kancil semata mata nak pujuk aku sambung belajar. Tapi masa tu memang aku tak termakan pujukan. Cousin aku merangkap lecturer finance aku siap datang rumah untuk pujuk aku sambung degree... aku buat tak tau je.. huhu!

Dan sekarang bila kesedaran betapa pentingnya pendidikan tu datang, mungkin ia agak sedikit terlambat.  Memang sekarang aku tengah mengintai peluang, cuma kadang kadang terfikir mampukah aku menghadapi buku2 dan assignment sedangkan sekarang ni pun aku terkejar2 menguruskan kerja yang melambak kat opis dan juga anak2.

Tahun 2012 aku ditawarkan menyambung pengajian jarak jauh di USM tapi aku terpaksa lupakan disebabkan ketika itu aku baru je dapat tau yang aku mengandung anak kedua. Masa tu memang berbelah bahagi samada nak terima atau tak. Setelah berbincang dengan encik asben, dengan berat hati aku terpaksa lupakan sementara hasrat untuk sambung belajar. Tapi semangat aku tetap ada. In sha Allah aku akan cuba ambil PJJ walaupun kos pengajiannya agak tinggi.

Kini, pengalaman mengajar aku tentang kehidupan. Aku akan pastikan anak anak aku mendapat pendidikan tinggi kerana di zaman ini pesaing terlalu ramai dan dia harus berani merebut peluang pendidikan sejauh mana yang mungkin. Jangan jadi seperti aku. isk.


06 September 2014

Day 6 : Apa Yang Aku Makan Hari Ini

By Dalia Hassan at Sabtu, September 06, 2014 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Masuk hari keenam #‎cabaran30hari‬ yang dikuasakan oleh #‎kelabbloggerbenashaari‬.... cabaran hari ni takderlah sesusah cabaran semalam. Makanan? Oh entry kali ni memang makanan aku... memang hobi aku cerita pasal makan, sebab sememangnya aku suka makan... ngeeeeee! (berapa banyak makan daaaaa)

Oleh sebab hari ni aku kerja (keje 3 jam je pun), sampai opis je aku terus bancuh mineral coffee untuk berikan aku sedikit tenaga supaya aku tak terus tidur kat opis memandangkan hari ni aku keje sorang diri je dalam opis yang dingin itu... hehehe..

Mineral Coffee (aku beli dari my bff - Nieza Shukrie)
Plan asal lepas keje nak pergi kenduri kawin anak Sarjan Yusuff yang dibuat di dewan IPK Selangor. Tapi memandangkan aku takder geng nak pergi, masing - masing sibuk dengan hal lain, terpaksalah aku batalkan niat aku nak pergi kenduri tu...Rasa menyesal jugak sebab sebelum tu tak pergi beli sarapan, konon konon nak kosongkan perut untuk menikmati @ melantak lauk masa kat kenduri nanti... tapi akhirnya... program tak jadi... adoila... pukul 11 lebih perut aku dah mula mendendangkan lagu lagu keroncong. Bukak almari, sedang elok je ada secawan lagi Mamee cup.. Panaskan air, curah. Tapi rakus punya pasal, abis serbuk perasa tu bertaburan atas meja. Ngeeeeee... nampak sangat tak sabar... lapar sangat...
 
Nampak tak? bertaburan serbuk perisa atas meja...
Mamee tanpa perasa... sedap jugak bila makan dikala perut lapar... hehehe

Sebelum balik rumah, singgah econsave kejap beli barang untuk masak. Ketang ketung ketang ketung akhirnya siap jugak nasi beriyani, kurma ayam dan dalca sayur... ni gara2 kempunan nak makan nasi pengantin la ni... hehehe!

Oh yer.. Bliss ni aku minum masa dalam perjalanan balik ke rumah... memang dah jadi rutin aku minum bliss setiap hari. sedap woooo...
Ok. Ini dia nasi beriyani + kurma ayam + dalca sayur... sila abaikan periuk tu...

Hidangan dah sedia...

Ainul makan nasi dengan ayam jer... budak sorang ni takut sangat nak makan sayur... geram tengok...

ini aku punya. jom makan! Alhamdulillah... kenyang sampai malam ni....
dak tecik ni makan dah lambat sebab baru bangun tidur... mama nak suapkan dia taknak, nak suap sendiri jugak... akhirnya banyak yang jatuh kebawah dari masuk perut.... huhu!

Yang tak bestnya, abis punah diet aku hari ni... tapi takperlah... hari ni jer... kekekeke! (ni kalau mak dengar aku keluar ayat ni, mau dia buat muka.. pastu dia akan kata "dah sebelas tahun mak dengar ayat tu.. hari2 dengar ayat yang sama... hari hari pun hari ni jer"... hahahahaa! camana nak kurus!

Selesai sudah cabaran untuk hari ni... kita jumpa lagi untuk cabaran esok...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


30 Days Blogs Challenge


Status Blog #20

By Dalia Hassan at Sabtu, September 06, 2014 0 comments
Cabaran hari ke 6 : Apa yang anda makan hari ini...

Oh. Ini boleh tulis malam malam sikit kut. Tak payah nak pening2 macam semalam. Boleh masukkan terus dari bekpes sampai supper... ngeeeeee!

Ok2. Sambung buat kerja....


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review