Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... selesai sudah sesi interview aku untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam W27.. hilang sudah debaran... apa pun aku dah buat yang terbaik, dapat atau tak bergantung pada rezeki.. memang aku tak letakkan sebarang harapan yang tinggi memandangkan persaingan yang sangat sengit...
Apa yang diberitahu oleh panel penemuduga aku tadi, mereka cuma perlukan 30 orang sahaja manakala 100 orang calon simpanan, cuma aku tak pasti jumlah yang diberitahu itu adalah jumlah keseluruhan ataupun untuk hari ini sahaja.. dan kuota untuk panel penemuduga aku memilih hanya seorang je dari calon yang di interview.. bila dengar dia cakap macam tu, aku cuma senyum je sebab memang aku tak harap sangat, sekadar mencuba nasib...
Tapi aku memang respek kedua2 panel yang interview aku tu.. sangat sporting... tapi yang bestnya, aku rasa aku pulak yg jadi panel temuduga sebab penemuduga aku tu pulak yang meluah perasaan pasal saman trafik yang dia pernah terima (almaklumla aku ni keje kat cawangan trafik) macam2 yang dia cerita.. lawak pun ada.. kesian pun ada... tapi lagi kesian kat aku la yang entah apa nasib.. dapat ke tak agaknya jawatan ni? hahahaha...
Antara soalan yang dia tanya aku adalah tentang integriti.. apa itu integriti... yerla.. aku berkhidmat dalam PDRM, memang la dia tanya tentang integriti.. Oh ya! Dia bagi peluang pada aku untuk bertanya soalan tentang jawatan ni.. so oleh sebab perkara ni yang sentiasa menjadi tanda tanya ramai calon, aku siap2 tanya pada mereka..
Aku : "Puan, adakah jawatan ini memerlukan saya untuk memakai Uniform?"
Panel Temuduga : " Ya. Tapi jawatan ini tak sama seperti polis, JPJ atau badan uniform yang lain kerana tiada ujian fizikal yang akan dilakukan dan BMI bukanlah penghalang..."
pheeewwww! haha! (nampak sangat aku gemuk!)
Oklah. bagi sesiapa yg sudah atau bakal menghadiri temuduga kastam ni, good luck untuk korang.. kalau gagal, jangan frust sangat... boleh cuba lagi lain kali.. macam aku, dah lali dan takder perasaan dah kalau pergi interview ni.. kalau ada rezeki, adalah.... kalau tak, no problem.. belum sampai rezeki kita untuk jawatan tu..
Oklah.. sekian...