Sahabat

Halaman

09 Februari 2015

Status Blog #36

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 09, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt....

Dah beberapa hari aku tak sempat nak update blog. Sibuk yang amat.. aku rasa encik kambing, lembu, ayam, itik dan yang seangkatan dengannya pun tak sesibuk aku..  tak percaya tanyalah mereka... hehe!

Alhamdulillah. Usai sudah sesi pendaftaran aku kat UTM Skudai pada Sabtu lepas. Dan hari ini aku masih berada di Johor rumah family aku. Orang kata alang2 dah balik kampung ni, biarlah lama sikit, yer tak? Sebab tu la bila dah kat kg ni memang jarang la pegang henpon. Ada aktiviti lebih penting dari ber media sosial ni.. hahaha!

Oh ya! Pasal diet atkins... adoiyai.. bila dah balik kampung ni, memang payah nak tahan keimanan dari menjamah masakan mak... abislah abislah abislahhhhhhh! Tapi takperlah... balik Subang nanti aku re-induction... ngeeeeeeee!

Okla... tu je laporan aku untuk beberapa hari ni...

Daaaaaaaaaaaaa!

01 Februari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Keempat Belas

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 01, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semalam hari ke 14 aku buat DA ni... cukup dua minggu induksi tapi aku masih perlu teruskan induksi ni sampai aku rasa perlu masuk ke fasa 2.. kesilapan dalam pengiraan carbs memang betul2 buat aku menyesal.. tapi takpe la.. saya budak baru belajar... dan juga belajar dari kesilapan.. tapi apa pun, sepanjang 14 hari aku DA, Alhamdulillah berat dah turun 7.7kg..

Dan semalam aktiviti aku memang sibuk.. kerja separuh hari lepas tu aku ke giant beli stok bahan mentah... balik dari giant masak untuk famili then lepas asar terus ke Nilai rumah kazen. Dari rumah kazen lepas magrib menyinggah rumah bespren untuk tengok baby dia... cabarannya, kat rumah kazen dia buat jemput2 goreng. Ada kek keju meleleh dan juga brownies oreo yang baru je keluar dari oven. Memang aku tak berani nak makan, telan air liur je la.. kat rumah Asha pulak dia buat bihun goreng dengan nugget. Aku tumpang tengok je la.. nasib baik tak tergugat iman.. hahaha!

Oh. Menu aku semalam simple jer.

Sarapan : 2 biji telur rebus
Lunch : Nugget Ayam Atkins
Dinner : Ayam Goreng

Dan aku cuma amik gambar nugget ayam atkins ni je.. yang lain, tak payahla... sama jer.. huhu!


Daaaaaaaaaaa!

Alia : lepas ni aku dah tak masukkan menu harian aku sebab aku hanya masak menu yang sama jer.. boring pulak nanti asyik tengok menu yang sama...  cuma kalau aku ada resepi atkins yang terbaru aku akan kongsi resepi tu...

30 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Ketiga Belas

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 30, 2015 0 comments

Hari ni sebenarnya hari yang menguji keimanan... Apa taknya, hari ni aku ke Melaka untuk jumpa mak dan kakak2 aku... berapa kali juga aku cuba mengelak apabila diajak makan... haissss! Mujurlah sebelum keluar rumah tadi aku dah sempat buat sarapan dan masak untuk bekalan tengahari walaupun boleh je aku singgah mana2 untuk beli makanan....

Awas! Ini bukan menu Atkins...
Saja jer kan.. kak ani siap bagi aku pau bunga ros ni.. tapi nasib baiklah aku masih mampu menahan keimanan dari makan sesuatu yang boleh mensia2 kan DA aku.. penyudahnya... aku tapau bawak balik rumah bagi anak2 aku makan...

2 biji telur 3/4 masak... aku makan sebagai sarapan sebelum keluar rumah tadi.. 3/4 masak, oklah berbanding 1/2 masak... memang aku takleh nak telan...
Sup sayur dan telur... ok.. yang ni sedap... aku bawak bekal pegi Melaka.. tengahari lepak rumah kak Ani, aku bukak bekal ni padahal dia dah belikan aku nasi ayam special kat restoren dekat rumah dia... mujurlah tak terliur tengok nasi ayam yang dipanggang bersama madu tu..
Ni menu makan malam aku... chicball cheese... bolehlaaaaa...
Chicball cheese sedia untuk dimakan....
Sebelum balik, mak serah kat aku 2 beg plastik penuh berisi rambutan, cempedak yang dah diletak dalam bekas dan kek pandan! Aku hanya mampu memandang dan telan air liur... rambutan tu satu plastik aku dah bagi kat jiran... satu plastik lagi ada kat dapur tu... huhu.. buat2 tak nampak dah laaa...

Aktiviti Hari Ini @ Melaka

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 30, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni seawal pagi aku dah bertolak ke Melaka.. Memandangkan borang aku untuk sambung belajar masih belum lengkap dan memerlukan tandatangan penjamin, so hari ni aku boleh jumpa along aku yang kebetulan hantar mak aku check up kat Hospital Melaka... dia dengan kak ani la jadi mangsa untuk jadi penjamin aku...

Yang kelakarnya, aku dengan confidentnya terus tuju ke hospital pakar pantai memandangkan sebelum ni memang mak akan rujuk ke sana jika ada rawatan susulan.. rupa2nya along aku bawa mak ke Hospital Melaka kerana kak ani aku yang kerja kat situ dah setkan appointment dengan doktor sana untuk mak buat mamogram..

Selesai urusan di Hospital, masa untuk kami cuci mata kat Jusco...

semua nak menyelit... hehe!

lupa nak pakai lipstick!

hamboiii mak buat mulut seksi....

opsssss! tak muat der..


bila makcik dan anak buah bergabung....

umur mak dah 67 tahun tapi masih cantik.. sayangggggg makk! mmuahhh!




Dah memang kami adik beradik memang kaki selfie... selfie jer la nampaknya...

Sila jangan muntah! Quiquiqui!

29 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Kedua Belas

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 29, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Masuk hari kedua belas.. Hari ni aku terlewat bangun... biasanya 5.15am aku dah beraksi didapur tapi hari ni kul 6.17am baru aku terjaga. Kelam kabut aku.. nasib baiklah baju aku dah siap2 gosok dari malam..

Dan aku hanya sempat menggoreng ayam untuk bawa bekal ke pejabat....

Konon2 ayam ni seketul untuk sarapan, seketul untuk lunch.. tapi nak perabihkan yang seketul tu pun punyalah seksa, akhirnya yang lagi seketul tu aku bawa balik je. Tapi, masa nak balik ada pulak kucing yg mengiau2 kat kaki aku minta makanan... so aku carik2 kan bagi kat kucing tu.. dah memang rezeki dia...

Tengahari aku intai makanan kat kantin pulak.. takder apa pun yang menarik dan sesuai untuk DA... tetiba nampak pulak ikan bilis goreng ni.. aku siap tanya tukang masak tu.. letak gula ker? Dia kata tak letak.. aku pun tapau le.. RM1.50... tapi akhirnya tak makan juga sebab terlalu masin.. huhu!

Ni pulak menu makan malam aku... yang ini walaupun telur, tapi aku berselera makan... simple tapi sedap.. petola tumis air + telur.. petola tu aku letak dalam 3-4 ketul je...buat syarat.. eaok nak buat lagi... heheh!+

Ok. Tu jer...

Daaaaaaaaaaaaaaaaa!

Kesilapan Aku Dalam Ber Atkins

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 29, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt....


Isk isk isk... sedih jer rasa...

patutlah dah berapa hari ni aku timbang berat macam tak turun2... tak seperti masa aku awal2

beratkins aritu...

aku pelik gak... ingatkan penimbang tu rosak... aku siap beli penimbang baru kat Lazada...

sekali pagi ni... google punya google...

baru aku tau yang serai dan halia tu mengandungi carbs yang tinggi...

alamakkkk!

sebelum ni aku masak ketam rebus semua letak serai dan halia.. banyak pulak tu...

terus takder mood aku rasa...

waaaaaaaaaaaaaaaaaa! Sia2 la usaha aku berapa hari ni!!!!




Sumber gambar : pakcik google


*pasni aku nak amik langkah selamat jer la... ayam goreng dengan telur.. walaupun rasa macam nak muntah dah aku rasa makan telur... huhuh!

* dan yang paling penting, aku kena berhati2 lagi lepas ni dalam memilih menu... takut dah..

INI SEMUA SALAH SERAI !!!!
hahahahaha!


daaaaaaaaaaaaaaa!

28 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Kesebelas

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 28, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Ni menu aku untuk hari kesebelas...

pagi2 aku sampai opis terus jerang air untuk masak telur separuh masak... mungkin sebelum ni aku tak pernah buat telur separuh masak, so aku tak dapat anggarkan berapa masa yang diperlukan... akhirnya aku tak makan pun telur ni, ke sinki terus nasib telur ni.. sian dia.. huhu!

oleh sebab aku tak makan telur tu, so aku makan sup petola air ni...  banyak sangat, aku makan sebahagian jer... tak tau la sebenarnya lulus atkins ke tak.. 

ikan pari bakar.. beli kat restoren ubi kayu @ Taipan.. sangat berharap yang tukang masak ikan ni tak letak gula... kalau tak... habis punah.. hahahah!

Ayam goreng... jangan salah faham yer... dua2 ayam ni nukan aku yang punya... ni untuk anak2 aku makan malam... tapi aku cubit gak la sorang skit... kenyang gak la... hehe!

Tu jer la aku nak cerita untuk hari ni... daaaaaaa!




27 Januari 2015

Selamat Hari Lahir

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 27, 2015 2 comments

Hari ni tanggal 27 Januari 2015 genaplah usia my encik asben, Suhaimi Bin Bujang yang ke 33 tahun. Semoga sentiasa dilindungi Allah hendaknya... InsyaAllah... Aaminn...

Memandangkan jadual hari ni dia akan pulang lewat sekitar jam 11malam, so aku cuma belikan kek comel untuk dia dan anak2.. cukuplah sekadar ingatan... haha! (Sebenarnya aku takut terpengaruh kalau kat depan mata ada kek secret receipe, maklumlah masih dalam induksi atkins lagi..)

So ini je la yang aku beli...

Kek untuk my asben, ainul dan arissa.. mama cukuplah sekadar telan air liur jer.. hahaha!

Happy Birthday Abang !!!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review