Sahabat

Halaman

10 Ogos 2015

Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2015

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 10, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada 3 - 5  Ogos aritu bertempat di Seksyen 19 dan Seksyen 4 Shah Alam telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor.. Macam biasa la... aku pun menyibukkan diri sertai kejohanan bersama2 team IPD Subang Jaya.. Teruk kan aku? baru je keguguran, sibuk nak main bola tampar... tapi untuk kejohanan kali ni, aku jadi simpanan jer.. takut nak lasak2 sangat.. takut bentan.. kekeke! (tau takut..)

Mungkin bukan rezeki kami untuk dapat tempat tiga teratas... tapi tak apa, sekurang2nya kami dah perbaiki sedikit tangga kedudukan. 

Game 1 : IPD Subang Jaya kk IPD Kajang 
Game 2 : IPD Subang Jaya mng  IPD Klang Selatan 
Game 3 : IPD Subang Jaya mng IPD Gombak 

Suku Akhir : IPD Subang Jaya mng IPD Shah Alam
Separuh Akhir : IPD Subang Jaya kk IPD Kuala Selangor
Penentuan tempat ke 3 dan ke 4 : IPD Subang Jaya kk IPK Selangor

Kami dapat tempat ke 4... 


bersama Mak Ita



selfie saja.. hahaha!








dina wat muka comel..

wajah ceria kanak2 sekolah... (veteran)

alamak! 'si dia' di depan mata... hahahah! yang baju putih tu, ex SIO kami.. sekarang dia bertugas sebagai Ketua Bahagian  Ketenteraman Awam Sg Buloh...









ok. ternyata aku paling pendek. sekian.



gambar kenangan bersama tuan OCPD kami, Tuan Yahaya

Jejaka2 tampan IPD Subang Jaya


tu je la serba sedikit kisah Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2015... In Shaa Allah ni tahun terakhir aku main bola tampar, lepas ni bagi peluang pada budak2 muda pulak menerajui team IPD Subang Jaya. Mana tahu diorang boleh melakar sejarah IPD Subang Jaya pada kejohanan akan datang.. In Shaa Allah....

06 Ogos 2015

Suatu Pagi Di Dusun Durian Abah

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 06, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya ni cerita awal Ramadhan aritu... lepak kat dusun durian abah.. Almaklumlah.. masa tu tengah musim durian.. walaupun tak dapat nak makan sebab puasa, tapi seronok dapat menghayati keindahan alam.. sejuk jer... aku pun dalam setahun sekali pun belum tentu masuk kebun abah ni... kalau suruh drive sorang2 memang aku sesat la... haha! teruk kan? padahal kebun durian abah ni dah wujud sebelum aku lahir lagi...




pokok cili pun ada...
anak beranak tak mandi lagi... kekeke!
kegunaan sebenar kereta sorong...


















balik dari kebun, si Arissa sibuk nak tolong atok angkat durian.. si kakak dah menghadap tv kat dalam..

tu je nak cerita...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Alia : masa balik raya aritu (raya ke-4 sebab balik rumah mertua dulu), mak kata bff aku, Manek ada datang beli durian. Aku tak percaya, aku ingatkan mak salah orang.. mak kata betullah.. memang manek.. aku tanya mak, mak ada tanya nama dia ker? mak kata tak ada.. tapi sebab mak kata Manek tau aku balik beraya Kota Tinggi dan masih dalam pantang, terus aku percaya cakap mak. Sebab... kawan lelaki aku kat kampung yang sentiasa aku update aktiviti aku memang la kat dia je.. aku tau memang dia ada balik sana, tapi petang raya dia dah balik utara semula. tu masa mak cakap, aku tak yakin tu dia sebab dia balik kejap je ngan wife dia... mak, padahal mak bukan cam sangat manek yang mana satu. tapi aku selalu cerita kat mak pasal dia... dari zaman sekolah sampailah sekarang. Sebab tu mak tau tu Manek.. Bukan aje mak, asben aku pun kenal manek. pernah sama2 pergi ngeteh dulu masa Manek masih kat TUDM Subang. Dan asben aku pernah malam2 hantar aku masuk TUDM sebab nak pergi amik barang kat Manek.  bila aku tanya Manek, gelak besar dia... memang tu dia... saja je dia taknak bagitau aku. ceh!

Harap2 persahabatan kami yang terjalin sejak tingkatan 1 akan kekal selamanya... padahal dulu dialah budak yang paling aku benci sebab panggil aku 'KAMBING' - sebab dulu abah aku bela kambing beratus2 ekor. Tapi akhirnya dialah yang jadi bespren aku sampai sekarang. haha!

15 Julai 2015

Takperla... Dah Tak Ada Rezeki...

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 15, 2015 0 comments


Assalamualaikum wbt..

Pada Ahad lepas, aku keguguran. Kali pertama aku merasa sakit bersalin. Ya Allah sakitnya.. sebelum ni kedua2 anak aku lahir melalui kaedah pembedahan, jadi aku tak pernah merasa sakitnya bersalin. Ada hikmahnya apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin Allah nak bagi aku merasa sakitnya bagaimana melahirkan anak, sekaligus menginsafi diri yang selalu degil dan tak dengar kata mak yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan aku (eh! Tu dulu... zaman kenakalan.. sekarang aku dah baik)

Ermmm.. takperla kan.. dah takder rezeki.. nak buat camana.. redha atas ketentuannya.. 

Suami aku hantar pergi Hospital Sungai Buloh dan aku terpaksa bermalam sehari kat sana.. yang bestnya, malam tu misi kat sana buatkan aku air milo masin panas. Hahaha. Aku siap tanya misi tu, kenapa air milo ni masin. Rupanya misi tersalah ambil sachet garam, bukan gula.

Naya. Haha



04 Julai 2015

Status Blog #48

By Dalia Hassan at Sabtu, Julai 04, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Hari ni bermula lah semester baru dan juga semangat baru selepas sedikit kecewa tak capai target sem lepas untuk dapatkan anugerah dekan. Cuma semester ni aku kena lipat gandakan usaha sebab ni adalah semester pendek. 2 bulan je masa yang ada sebelum final exam. Moga moga aku dapat capai apa yang aku inginkan. In Shaa Allah.. aaminn..

Errrr... dan terpaksalah aku berkorban tak pergi open house raya yang biasanya kawan2 dan bos2 buat pada Sabtu dan Ahad. Pergi kelas adalah lebih penting dari pergi open house raya. (Betul. Ini adalah statement untuk sedapkan hati jer) waaaaaaaaaaa!!!!

18 Jun 2015

Status Blog #47

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 18, 2015 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Syukur Alhamdulillah... walaupun agak terkejut dan kurang bersedia, tapi aku tetap terimanya dengan hati terbuka. Rezeki Allah nak bagi, takkan aku nak tolak, kannnn... Alhamdulillah...


Nampak gayanya aku terpaksa hentikan misi Atkins aku buat sementara waktu ni... tapi takperla.. nanti boleh sambung semula... 

17 Jun 2015

Ujian Kemahiran Menembak Bersama Ketua Polis Selangor

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 17, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada Isnin lepas aku telah mengikuti Ujian Kemahiran Menembak Bersama Ketua Polis Selangor di Kelab Menembak Subang. Walaupun aku bukannya pandai sangat menembak, tapi bila ikut program macam ni, memang enjoy sangat! seronok sangat sebab dapat lari daripada kerja opis. hahaha!

Berpeluh2 mak... nebes lebih.. hahaha!
























12 Jun 2015

Status Blog #46

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 12, 2015 0 comments
errrrrrmmmm....

esok dah start final exam... hari ni baru nak terhegeh2 study... Dalia... Dalia.... dari dulu lagi memang suka macam ni kan??? study last minute... ishhhhh!

okla... sambil study sambil makan mee siput muar ni... terbaikkkkk!



10 Jun 2015

Bila Dalia Stress....

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 10, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Ni kisah selasa lepas...
Sebenarnya masa tu aku rasa nak demam sangat-sangat...
Asben hantar anak-anak aku balik kampung... Khamis baru dia balik sini..
So aku rasa macam aku nak lawan rasa demam tu...
kalau boleh aku taknak demam..
sebab sebelum ni sebulan aku kena bertugas sampai malam sempena Op Warta...
sekarang ni la masanya aku nak menghayati alam... konon-konon laaaa...
tetiba je rasa nak pegi Muar..
kenapa Muar?
takder alasan... tapi kata hati aku kata nak pegi Muar...
so dalam pukul 3 lebih aku gerak dari opis...
sampai Muar dekat kul 6 ptg sebab dari Subang ke Pedas Linggi hujan selebat-lebatnya...
makan2.. lepak tengok matahari terbenam kat Tg. Mas... dalam kul 8 aku gerak balik Subang..
badan rasa nak demam sangat-sangat..
on the way balik singgah RnR Ayer Keroh.. tido jap.. dekat 40 minit gak la aku tido...
then sambung perjalanan.. dekat kul 12pagi baru sampai rumah...

Fhewww!

sorang2 aku ke sini... selfie la apalagi....


Konon2 nak tengok matahari terbenam... sekali terlindung dek awan plak... takper la...


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review