Sahabat

Halaman

10 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 101 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, April 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 10/04/2020

PKP / RMO : Hari ke-24

Hari merupakan ulangtahun perkahwinan mak dan abah aku yang ke 48 tahun... Dan kak long aku pun sangat bertuah sebab berkongsi tarikh lahir yang sama dengan tarikh anniversary mak abah aku... Genap setahun mak abah aku kawin, long pun lahir. Kira macam long aku ni hadiah anniversary pertama mak dengan abah laaa..

Selamat Hari Lahir Long yang ke - 47.. tua dah awak!

Haha

Kek marble ni aku order kat Suriah, kawan kelas aku zaman sekolah dulu..

Kek Chocolate Indulgence order kat budak kampung aku gak, fb : Suraya Sbs

Ni kek besday along aku yang anak2 dia bagi. Kek favourite aku ni, pecan butterscotch.

Ok. Cukup cerita pasal anniversary dan birthday...
Meh tengok apa aktiviti aku hari ni...

Pagi aku bermalas2an kat ruang tamu atas buaian... Pastu tetiba macam pelik pulak kenapa air purifier coway ni bertukar warna merah, tapi kejap je. Pastu aku bagai tersedar dari lamunan... Oh patutlah bertukar merah. Aku kentut.

Ok. Tolong lupakan apa yang aku baru bagitau kejap tadi.

Macam biasa. Sarapan yang paling senang di buat. Haha

Tengahari sikit, aku makan epal pulak.. masih dalam mood malas nak masak. Buat dunia yang di belakang tu, semoga cepat pulih dan bebas dari Covid-19.

Dalam pukul 2lebih aku masak kueytiaw goreng kerang... Boleh tahan sedap. Abis sepinggan tu aku makan.

InshaaAllah kenyang sampai malam...

Dalam pukul 4 petang, TSMY sampaikan Perutusan Khas. Satu je aku harap kalau PKP di teruskan (walaupun memang dah dapat agak ianya akan diteruskan).. aku harap TSMY beri kelonggaran pada suami/isteri yang tinggal berjauhan supaya mereka di beri peluang untuk balik berjumpa pasangan masing2 sebelum PKP Fasa Tiga dilaksanakan.

Yang ni memang aku berharap sangat.
Mereput dah aku dok kat Subang ni sorang2. Makan tidur makan tidur.
Bosan.
Nasib baik ada dinding, boleh ajak borak.

Paling aku risau, aku syak yang dapur aku tu berhantu.

Sentiasa terang benderang.
Bercahaya.
Kadang2 sampai mengeluarkan api.
Menakutkan.
Lebih menakutkan bila aku sesat dalam dapur, dan tak jumpa jalan keluar dari dapur.

Kadang2 rasa terlalu sayang nak meninggalkan dapur. Seolah2 macam dah dicalitkan dengan minyak pengasih sampai terfikir nak letak tilam kat dapur. Tak sanggup berjauhan.

Peti ais pun sama. Dia taknak berenggang dengan aku. Takder istilah social distancing antara aku dan peti ais.
Cinta kami kian bersemi walau kadang2 isinya kosong.

Ok.
Stop merapu.

 TSMY takder umumkan apa yang aku harapkan.
Life must go on.

Yang penting,
Biar gemuk,
asalkan jangan lapar.

Stay at home
And
Keep stay in my heart.
Okey. Cukup iklan. Sambung cerita aku tadi...

InshaaAllah kenyang sampai malam???? Memang pun makan kueytiaw tadi aku kenyang sampai malam... Tapi... Tengah malam aku dah lapar balik. Terpaksa la aku masak burger dua biji. Satu Dalia yang makan. Satu lagi Dalia makan.

 Harap sangat korang jangan pening dengan manusia yang punya nafsu makan macam ni.

Jangan risau!

Beberapa hari lagi aku akan diet.
Aku janji aku tak makan waktu siang.
Aku makan malam jeeeee 

Oleh sebab tahap kebosanan aku dah lebih tinggi daripada bangunan tujuh tingkat.. aku pun keluarkan la harta aku ni.. konon2 nak main gitar sekali guitar tuner aku takder bateri.

Aku mana reti adjust sendiri.

So simpan gitar.
Masuk bilik.

Main Candy Crush.
Bosan.

Bukan FB.
Bosan.

Tengok wasap.
Takder orang wasap.
Tutup.

Bukak IG.
Malas nak scroll.
Banyak sangat.

Bukak twitter.
Bosan.

Bukak shopee.
Sampai pagi tak boleh tidur.
Rambang mata.
Sedar tak sedar, 72 barang dah tersimpan dalam cart.

Uninstall Shopee.
Puaka..
Mintak dijauhkan.

Tertidur.
Sedar2 dah azan Subuh.
......................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


10/04/2020




09 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 100 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, April 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Khamis : 09/04/2020

PKP / RMO : Hari Ke-23

Bila la agaknya semua ni akan berakhir? Aku memang dah nekad, abis je PKP ni aku nak sambung cuti lagi seminggu untuk balik Johor jumpa asben dengan anak-anak aku.

Rindu tak tertahan hoi!

Rindu, rindu gak. Makan tetap on. Selera tak berkurang. Bertambah lagi ada, sebab stress. Entah bila la aku dapat tukar balik Johor ni. Tak sabar tunggu saat dan ketika tu.

Sarapan aku pagi ni. Honey Star dengan Susu Farm Fresh yang di proses dari Ladang Lembu di Kota Tinggi. Cukuplah aku membayangkan yang aku ada kat Kota Tinggi sekarang ni hoiiii.

Malas masak tengahari. Buat donut sambal jer. Lama dah tak makan donut sambal ni. Zaman aku sekolah menengah, hari2 beli kat gerai makcik depan pagar sekolah. Memang sedap dia buat, sama rasa macam aku buat.

#eh🤭

eh eh! Terbuat Dalgona Coffee lagi. Tapi aku tak berani nak minum banyak. Minum sikit, lepas tu aku simpan dalam peti ais. Esok sambung minum. Kalau aku abiskan ni, mau tiga hari tiga malam aku tak dapat tidur.

Makan malam aku, order dari Restoren Tomyam Udang Galah. Nasi Goreng Ikan Masin dengan Tomyam daging ni memang sentiasa jadi pilihan aku kalau beli kat restoren ni. Kena dengan selera aku.

Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun pernah bersiaran kat restoren ni. Masakan dia memang sedap. Macam-macam ada.

Haaaaa... Ni lah barang yang aku tertunggu2. Alhamdulillah... Minggu lepas order kat Shopee.. minggu ni dah sampai. Boleh la aku buat kuih raya nanti.

Weeeeeeeee!

……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




09/04/2020


08 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 99 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, April 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Rabu : 08/04/2020

PKP / RMO : Hari Ke-22

Kalau semalam aku kerja, hari ni dan InshaaAllah hari2 PKP yang seterusnya ni aku akan habiskan masa kat rumah je, kecuali kalau kena panggil, aku datanglah kerja. Tapi buat masa ni, memang kerja aku dah settle...

Sarapan pagi aku. Errrr.. terkantul pulak... Malam tadi cerita aku makan separuh... Tapi bila tunjuk gambar ni, nampak sangat lebih dari separuh yang aku makan tengah malam tadi.

Haha

Mee Goreng Mamak untuk makan tengahari dan bersambung untuk minum petang. Hahaha kan banyak mee tu... So separuh makan tengahari, separuh lagi makan petang. Yang penting, licin pinggan.

Menu tengah malam.
Burger special takder sayur.
Lupa nak beli sayur semalam. Yang ada stok dalam peti ais tu, lobak, bendi, daun sup, daun kucai dengan cauliflower. Semua tak sesuai untuk letak kat burger.

Sepatutnya boleh je aku letak bawang, tapi aku buat-buat lupa.

Hahaha
……................................................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




08/04/2020






07 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 98 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, April 07, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 7/04/2020

PKP / RMO : Hari Ke-21

Hari ni aku kerja.. Alhamdulillah.. sekurang2nya aku masih dapat tengok dunia luar, walau kena mematuhi arahan dari KKM sepenuhnya.. ya! Tu memang aku akan dulukan sebab aku memang tak nak dijangkiti oleh virus Covid-19 ni.. mintak dijauhkan untuk aku, keluarga aku dan juga kita semua...

Face mask, hand sanitizer, glove dan juga wet tissue memang sentiasa ada bersama aku.


Pemandangan waktu pagi selepas hujan lebat. Indah walau guna kamera henpon cap ayam kampung.

Pagi tadi memang aku tak sempat nak masak apa. Ingat nak pergi tapau sarapan kat kedai Cik Awang je, kat berek tingkat dua.. sekali Kak Sariha datang bawak Nasi Lemak Kukus Kak Sal ni. Alhamdulillah rezeki aku.. terlebih cukup untuk sarapan pagi ni..

Tengahari dalam pukul 12 aku curi masa sejam untuk pergi beli barang dapur kat Mydin.. curi masa dengan kebenaran ye.. tu tak dikira ngulor la kan? Eh. Kira juga ya. Haha. Sekali sekala. Korang jangan buat macam ni. Tak elok.

Ikan Salmon ni Sjn Adam kirim. 4 slice dekat RM50 ... Okla kut. Sebab saiz dia besar gak setiap slice tu...

Asalnya tadi niat aku pergi Mydin sebab nak beli buah dengan nak beli Iberet Folic kat farmasi dalam Mydin tu je. Last2 macam2 pulak yang aku beli. Ni la salah satu perangai yang tak dapat aku ubah. Tengoklah nanti, plan nak masak itu ini, penyudahnya nanti apa pun takder. 

Menyinggah Sup Utara Meletup kat dalam Mydin tu sebelum gerak balik. Tapau Bihun Sup Daging. Memang favourite aku ni.
 Sedap nauuuu!

Adeh... Sjn Adam bagi aku coklat ni. Upah belikan dia Ikan Salmon tadi.

Bertambah la berat aku makan coklat ni.

Hajat hati nak beli tembikai besar sebijik. Tapi terfikir2 berat2 tu camana aku nak angkut bawak naik rumah dari parking kereta nanti. Barang lain yang beli ada pun dah banyak.. last2 aku beli separuh biji ni, dan separuh dari ni aku potong2 makan kat opis.

Petang aku naik tingkat 7 jap... Cawangan Logistik...  Hantar kat abby buku tunai untuk bulan Mac... Sambil2 tu borak2 ngan Tuan Jep sekali, geng KIK aku ni dulu... Sian dia makan Maggi Cup je.. punyalah busy sampai nak makan pun tak sempat, padahal dia ketua bahagian logistik, yang uruskan makanan untuk anggota yang bertugas time Op Covid ni.

Bertabahlah Tuan Jep!

Balik opis aku semula, si kucing ni ikut aku sekali masuk opis. Sekarang ni bukan main manja lagi dia.. berbeza waktu dulu.. tak boleh nampak orang, mesti lari.

Peneman aku tatkala Kak Sariha dan Sjn Adam dah balik...

Dan kedua2 kami sempat membuta time keje...

Oh ya! Cantik kan mask aku tu.. tadi Loges hantar kat opis aku setelah beberapa kali dia call aku tak jawab. Hahaha sorry Loges. Aku kalau dah fokus buat keje, memang tak tengok henpon. Henpon pulak memang aku sentiasa set kan untuk mode silent. Rimas dengar bunyi dia.

Haha!

Balik keje memang malas la nak masak. Puding karamel ada lagi.. belasah la...

Murah Iberet Folic kat farmasi dalam Mydin tu.. RM27 jer.. farmasi area rumah aku tu jual sampai RM32..

Sis ni sejenis yang berkira okay.... Beza RM5 tu banyak tau...

Btw, sis kena makan Iberet Folic ni selama tiga bulan atas nasihat doktor sebab sis ni kurang darah merah. Entah ke mana agaknya darah sis ni menghilang. 
Tengah2 malam tatkala perut sis mendendangkan irama keroncong, buka peti ais ternampak pulak kek cheese leleh yang beli dekat rakan blogger merangkap kawan se IPD aku, Azrin petang tadi.

Apa lagi. Dengan rasa tak berapa nak bersalah, aku ngap separuh.

Alhamdulillah.
Makin gemuk.


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




07/04/2020


06 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 97 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, April 06, 2020 0 comments
Assalamualaikum

Isnin : 06/04/2020

PKP / RMO : Hari Ke-20

Sebenarnya kalau ikutkan hari ni aku kerja... Tapi atas sebab tertentu, aku minta tukar ke hari Selasa...

Malam semalam pulak aku tak boleh tidur.. pusing kiri tak kena.. pusing kanan tak kena.. pendek kata semuanya serba tak kena. Malam tadi pulak aku ada selisih faham dengan kawan baik aku, mungkin sebab tu la antara punca aku tak boleh tidur.

Alang2 dah tak boleh tidur tu, aku pun masuk ke dapur, tengok apa yang boleh aku buat. Tetiba rasa nak makan puding karamel sebab tasi ternampak ada sorang brother tu masukkan resepi puding karamel tanpa telur dalam grup fb MAHN...

Maka gigihlah aku menyiapkan puding karamel di kala jam menunjukkan ke angka 2.30pagi...

Tarraaaaaa... Ni la puding karamel tanpa telur stail aku... Lain skit sebabnya karamel aku letak kemudian kat atas puding tu. Malas aku nak terbalik2 kan.. bila dah dalam bekas macam ni, senang aku nak simpan dalam peti ais. Nak makan pun senang...

Yang bekas paling besar tu asalnya aku nak bagi kat kakak ipar Fatin, pengasuh anak aku yang Ainul tu masa dia kecik. Kakak ipar dan abang dia tu ada anak ramai.. dalam 6-7 orang camtu la.. paling tua tingkatan satu kalau tak salah aku.. muda setahun dari anak aku yang ainul tu. Tu yang memang aku dah niat nak bagi dia.. lagipun memang dia duduk satu blog apartment dengan aku ni.

Petang lepas hujan lebat, aku wasap Fatin.. ingat nak mintak dia panggilkan anak buah dia tu naik rumah aku jap untuk ambil puding karamel ni. Sekali Fatin kata, akak ipar dia dah pindah ke Denai. Alamak! Abis yang banyak2 ni siapa nak makan? Takkan aku nak gemuk sorang2.

Last2 aku suruh je fatin mintak adik dia datang rumah aku ambik.  Nasib baik adik dia nak datang... So selamat la puding karamel aku tu bagi kat orang, dan kiranya berjaya jugalah ajak orang lain ke arah yang lebih gemuk demi kesejahteraan sejagat.

Ni namanya test kit untuk rasa.. Set percubaan.. karamel tu memang aku sengaja taknak letak banyak.. karbo tinggi nyah! (Baru nak hengat .. tagune)

Tengahari order je Nasi Kandaq Melayu kat Foodpanda.

Boleh tahan kesedapannya.. cuma menyesal tak ambik ayam je.. kalau ayam pada aku sedap sikit, sebab aku dah pernah try sebelum ni.

Petang try mangkuk ke dua pulak...

Aummmmmm! Floles je kejadiannya, takder lubang2, tak hanyir bau telur...
Sangat sedap.. 

Malam layan Ejen Ali The Movie pulak..

Bila rasa nak kudap sesuatu, aku goreng mee siput pulak... Walau takder sambal, tapi cukup sedap dah bagi aku. Krup krap krup krap di malam hari.

Heaven
….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




06/04/2020


05 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 96 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, April 05, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad : 05/4/2020

PKP / RMO : Hari Ke-19

Ingatkan semalam je hari paling malas. Rupanya hari ni lagi teruk pemalasnya. Sekurang2nya semalam ada juga kemas rumah... Hari ni takder langsung...

Ngeeeeeee!


Sarapan susu kurma jer... Ni pun dah cukup kenyang dah .

Tengahari makan Nasi Sorang Makcik Gemuk lagi. Ayam kicap tu panaskan jer yang lebih aritu punya lauk. Tak baik membazir. Membazir tu amalan syaitan.

Malam makan Nugget Ayam Social Distancing...

Dalam pukul 10 lebih malam, aku makan limau oren 2 biji.

……................................................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




05/04/2020


#kitaakanmenang
#kitajagakita
#covid-19

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review