Sahabat

Halaman

08 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 129 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 08/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-52

Ramadhan : Hari Ke-15

Hari terakhir aku kat Kota Tinggi. Pagi esok aku akan gerak ke rumah mak abah aku kat Segamat. InshaaAllah aku sihat untuk berjumpa dengan diorang. Abah aku tu sebenarnya tak berapa sihat sangat. Sepatutnya 20/5/2020 ni abah pasang bateri kat jantung, buat kat Hospital Serdang tapi nampak gayanya kena tangguh la, sebab covid-19 ni...

Aku pergi Econsave, tapi beratur punyalah panjang. Aku surrender. Setakat nak beli daun pandan, tak rela aku beratur panjang. Ni pakkal jer la aku cari kat berapa kedai runcit kat kg tu takder, terpaksa la jugak keluar ke bandar. Kalau tak memang malas la aku nak keluar.

Tak jadi masuk Econsave, aku beralih ke Kipmall...

Beratur juga tapi tak sepanjang kat Econsave tadi...

Ok. Daftar dulu...

Masak Ayam Goreng Pandan untuk menu berbuka.

Tembikai potong..

Jus mangga. Kebetulan masa aku pergi Kipmall tadi, tengok ada jual mangga yang terlebih masak, dua kilo dia jual RM5. Aku pun belilah... sedap dibuat jus. 

Arissa minta buatkan jus tembikai. Alang2 aku buat satu mug untuk aku punya sekali... tapi tak taulah kenapa memang semenjak dua menjak ni aku suka sangat kat buah tembikai.

Ayam pondan anak aku kata...

hari ni Badak Berendam aku buat kecik2 saiz onde-onde... senang nak makan. Buat besar2 macam aritu rasa nak tercekik jer dibuatnya. haha!

Onde-onde.. Separuh bagi kat mertua dan adik ipar aku. Aku merasa makan sebiji jer, yang lain semua diorang makan... macam apa entah laju je diorang masuk mulut lebih2 si Arissa. haha tapi oklah.. mama suka tengok anak2 mama makan banyak.

Adik ipar aku bagi...

Ayam sambal Pak Mertuaku

Sayur Bendi pak Mertuaku


Bubur Lambuk Pak Mertua bagi...

Malam lepas terawih sesi karaoke pulak. Semua suara hancur... tenggelam di lautan dalam.


….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

08/05/2020



07 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 128 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 07, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 07/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-51

Ramadhan : Hari Ke-14


Pagi ni kami makan nasi goreng lagi.. tu je menu yang anak-anak suka.. simple. lepas tu si Ainul nak makan popia otak-otak... dia goreng sendiri... berminyak nampak...

Dalam pukul 10 lebih aku gerak pergi rumah Azhar kat Pasir Gudang untuk ambil TV yang mak aku bagi untuk letak kat rumah aku kat Subang. Semenjak tv aku rosak, lama dah aku tak tengok tv. Nasib baik la aku memang jenis tak berapa tengok drama2 kat tv tu.. kalau tak, menangis jugak.. nak catch up kat youtube, kekdang awal2 jer bersemangat... masuk episod banyak sikit, aku dah malas nak tengok. Berapa kali dah macam tu.. haha.. Dulu kalau tengok kat tv pun, kalau tak sempat tengok episod tertentu pun takper.. skip jer...

Suka aku dengan rumah Azhar ni... bila la nak dapat rumah macam ni... rumah aku kat Subang tu kat tingkat tiga, tapi rumah dia ni tiga tingkat... haha!

Tv rumah aku kat Kota Tinggi ni rosak... skrin ada retak sikit kat atas... gambar pun jadi pecah2.. kadang terdouble.. elok je aku balik dari rumah Azhar tadi, adik ipar aku call kata tv yang order kat shopee dah sampai... dia yang tolong ambilkan kat pejabat Pos Laju Kota Tinggi memandangkan aku takder, pergi Pasir Gudang.

Terima kasih adik!

Petang ni aku tak sempat buat kuih. Jadi aku kukus jer la kuih frozen yang aku beli kat Ani Misman. Ani Misman ni jiran aku kat kampung, tapi sekarang menetap kat JB. Dia dah siap2 hantar kat rumah Azhar semalam. So aku datang hari ni, tinggal ambil kat rumah Azhar. Kuih tu untuk aku bagi kat mertua aku, adik ipar aku dan juga kawan asben aku yang datang untuk drill dinding untuk pasang tv yang rosak tu kat ruangan tengah. Jadi bolehlah tengok jugak kat situ walau gambar dari tv tu tak berapa cantik.

Sup ayam je untuk berbuka. Menu paling senang..

Dalam pada tak sempat buat kuih, sempat jugak aku mencuba resepi agar2 santan gula melaka. Tapi failed la... santan terlebih kut sebab tak nampak bahagian yang takder santan. Takperlah... Lain kali aku cuba lagi.

Aku buat air laichi kang ni... tapi aku dengan asben aku jer yang minum, budak2 taknak... ape lahhhh!

Ni idea si Arissa... Agar-agar santan gula melaka mama dia topup kan dengan oreo...sedap jugak. haha!

Siap dah pasang tv rosak tu kat ruang tengah...
bolehlah dari kosong jer...

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA





06 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 127 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 06, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 06/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-50

Ramadhan : Hari Ke-13

Hari ni aku bersahur dengan lauk berbuka semalam. Daging masak blackpaper. 

Dah jadi port dia dah kat sini.. tidur je la.. almaklumlah... Penat berpuasa katanya...

Hari ni aku keluar cari sofa jap.. cari yang murah je sekadar hiasan kat rumah tu, takder perabot langsung kat ruang tamu tu.. nak beli yang mahal tak berapa mampu... Nak beli hutang, takperlah.. tak sanggup dah berhutang... Pakailah apa yang termampu jer.

Singgah D.I.Y jap beli bubblewrap...

Singgah Kipmall Kota Tinggi, cari lauk.. Kipmall ni sebelah D.I.Y jer. Parking yang sama... Sekali jalan..

Dah lama dah nak buat Badak Berendam. Ni pun sebab frust semalam order kat orang kampung, tapi dia tak hantar rumah. Janji nak hantar petang tapi sampai ke malam aku tunggu dia tak hantar. Memang aku blacklist peniaga macam ni. Niat kita nak bantu orang meniaga, tapi bila jadi macam ni, cakap maaf pun takder. At least bagitau la supaya aku tak tertunggu2..

Bila dapat buat sendiri, puas rasa hati. Boleh bagi jiran2 jugak...

Sekali pakej dengan onde-onde.. banyak sebenarnya dapat onde-onde ni.. yang dalam gambar ni aku hantar kat jiran aku. Time berbuka, cepat je abis.

Malam sebelum tidur, tiba-tiba Arissa tanya aku;

"Mama, pandan mama ada lagi tak?"

Aku tanya kenapa?

"Esok boleh tak mama buat lagi kuih macam tadi?"

Alahai anak mama ni... Boleh je.. kalau mama tak sempat buat esok, mama buat lusa okay.


Berbuka hari ni asben aku masak Nasi Goreng Tomyam. Takder sayur sebab anak2 awal dah pesan, jangan letak sayur. Nape entah masing2 takut sangat nak makan sayur. Benda yang tak berkhasiat laju pulak makannya...

Si Ainul kata nak buat Sotong Goreng Tepung... Ha jadilah kakak buat walau tak berapa menjadi. Hehe. Takper... Tu tak penting...

Mama sediakan buah jer...

….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

06/05/2020


05 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 126 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 05, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 05/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-49

Ramadhan : Hari Ke-12

Hari ketiga kat Kg Sungai Telor, Kota Tinggi. Hari ni asben aku pergi kerja bawa kereta aku untuk dihantar ke bengkel... Ye la.. dua minggu lepas aku pernah bawak kereta aku ke bengkel kat Subang, dia mintak RM1800 untuk set ori tukar compressor kereta aku. Yang recond dia kata dalam RM1200. Aje giler mahal. Adik aku kata harga compressor mana ada mahal macam tu. So aku krik krik krik je kat orang tu dan minta dia servis minyak hitam jer.

Nasi goreng telur untuk sahur. Masak nasi goreng simple macam ni yang anak2 banyak makan. Tak perlu yang susah2, belum tentu diorang makan banyak.

Mak mertua datang rumah aku borak2.. aku tau dia bosan tu.. sian dia.. gambar ni di ambil masa dia dah balik dari rumah. Yang tolak tu adik ipar aku, Safura.

Asben bawak kereta aku, aku bawak kereta asben aku pergi bandar. Aku sebenarnya nak pergi DIY je, cari periuk yang bertutup.

Dalam petang asben aku wasap... Kereta aku dia dah hantar dan dah siap repair.

Kena RM123 je.. ya Allah. Nasib baik aku tak buat kat workshop kat Subang tu.. lepas tukar bearing compressor ni, tak der dah lagi bunyi nyaring kat kereta aku tu. Elok. Alhamdulillah. Terima kasih kat bengkel ni sebab jujur.

Untuk berbuka puasa hari ni, aku masak Daging Blackpaper ambik resepi kat facebook yang diorang kongsi. Sedap wehhhhh.

Asben aku buat air cendol...

Ainul goreng otak2 frozen dan dan karipap frozen.

Oreo blended...


….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

05/05/2020



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review