Sahabat

Halaman

19 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 140 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 19, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 19/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-63

Ramadhan : Hari Ke-26

Entah kenapa susah betul mata aku ni nak lelap. Pusing sana tak kena.. pusing sini pun tak kena. Semuanya serba tak kena. Nak kata lapar, tak juga. Akhirnya aku buat keputusan untuk membuat kuih raya...

Kuih yang pada aku paling cepat dan mudah ialah CornFlake Madu. Maka pada lebih kurang jam 1 pagi, gigihlah aku membuat kuih raya.


Dah siap dicurahkan dengan campuran butter, gula dan madu. Tinggal nak masukkan dalam papercup jer... Dan bakar...

Yang ni dah siap dibakar

Simpan dalam bekas dulu...

Sibuk buat kuih, sahur aku makan roti jer. Ni pun ok sangat dah ni.


Dalam pukul 10 lebih pergi Bake With Yen Kota Damansara untuk cari bahan buat kuih yang lain..

Macam biasa... Beratur dulu...

Oleh sebab jumlah kemasukan pelanggan ke dalam kedai yang terhad, maka lenganglah di dalam kedai. Masa yang diberikan hanya 15-20 minit untuk sekali masuk


Misi kuih raya yang seterusnya... Kuih tart..
Tart nenas siap! Patah pinggang dibuatnya...

Daging pekasam untuk makan berbuka... Daging pekasam aku beli kat Puan Qisnoe, isteri bos aku. 

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

19/05/2020



18 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 139 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 18, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 18/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-62

Ramadhan : Hari Ke-25


Pagi ni bersahur dengan susu kurma.. bertahan sikit perut ni kalau aku minum susu kurma ni. Nak masak, aku malas. Macam ni la kehidupan bila duduk berseorangan ni. Semua jadi malas lebih2 lagi nak masak.

Awal sikit aku pergi opis hari ni ..

Hari ni sampai2 IPD, terserempak dengan Si Samsun. Dia kata Izzue Islam nak datang hari ni hantar kopi.. Dalam tengahari Izzue datang dengan Awin dan seorang lagi pembantu dia kut.. banyak juga dia bagi sumbangan kopi Super untuk petugas di IPD.

Cantiknya kulit muka dia... Putih bersih. Lupa nak ambik gambar dia dengan bini dia Awin. Cantik je aku tengok si Awin tu. Sapalah dulu netizen yang dok mengata si Awin tu. Sian dia...


Ni la yang aku dapat Izzue Islam bagi tadi. Hazelnut Roasted White Coffee tu satu Bahari yang bagi sebab dia tak minum White Coffee... Alhamdulillah.. stok setahun ni. Balik rumah, malam tu aku try buat sebungkus White Coffee Super ni..
sedapnyaaaaa lahaiiiiii...
Nape la sebelum ni aku tak pernah tau produk ni. Kalau tau sedap dari awal, memang selalu la aku beli. Tengok kat Speedmart pun ada jual.. Sebungkus dalam RM13++.

Ni menu berbuka aku hari ni. Nasi Kerabu Daging Bakar + Solok Lada RM10 beli kat Restoren Tomyam Udang Galah. Serius puas hati. Memang sedap. Patutlah Jalan-Jalan Cari Makan pernah buat shooting kat sini. Aku biasa kalau datang sini hari2 biasa order Nasi Goreng Kampung / Ikan Masin dengan Tomyam daging. Tu memang menu favourite aku kalau aku datang sini sampaikan aku tak pernah order makanan lain kalau datang sini. Tapi kali ni aku try Nasi Kerabu dia, memang best la. Tengok lauk pauk dia yang lain pun menyelerakan. Esok lusa aku nak try Nasi Dagang pulak. 

Jus Tembikai.


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

18/05/2020



17 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 138 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 17/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-61

Ramadhan : Hari Ke-24

Hari ni Ahad dah. Mana entah perginya azam aku nak buat biskut raya cuti hujung minggu ni. Untuk hari ni pun masih tak nampak bayang biskut raya aku tu...

Takperlah. Masih ada berbaki beberapa malam untuk aku buat biskut raya tu. InsyaAllah sempat kalau aku ada mood nak buat.


Sahur hari ni aku tak masak nasi. Aku buat cekodok pisang jer lebihan bancuhan tepung malam tadi. Banyak macam ni aku kena makan sorang. Ko rasa? Mana la aku tak gemuk. Duduk rumah sorang pun makan jer kejenya. Dah le tu, makan banyak pulak tu.

Lepas sahur dan solat subuh, aku sambung tidur jap. Dalam 7.20am aku bangun semula... Hari ni aku nak bersihkan laptop dan external hardisk aku yang semakin penuh tu. Aku pun tak tau apa yang banyak sangat aku simpan dalam kedua benda alah tu.

Ni folder yang aku paling sayang. Memang aku tak sentuh untuk delete gambar. Biarlah gambar bergegar pun aku tetap simpan buat kenangan.

Ni time family day kami kat Port Dickson. Pasangan yang tengah berbisik tu adalah orang kuat Ejen Ali. Yang lelaki tu Faiz Hanafiah, salah seorang director Ejen Ali The Movie... Yang tengah bisik kat dia tu isteri dia, Salina Salmee.. isteri dia tu yang pegang watak Alia dalam Ejen Ali... Mak kepada Ejen Ali yang dibunuh oleh kawan baik dia sendiri. Eh. Ali tu nama sebenar ayah kepada Salina Salmee ni tau. Haha. Aku sebagai saudara jauh yang rapat, bangga jugalah dengan pencapaian diorang ni.

 Haha done claim!

Ni antara penyebab kenapa external hard disk aku penuh. Along aku punya video punyalah banyak. Bukan aje long, video Azhar pun banyak. Ni gara2 diorang pernah pinjam video cam aku la ni... Aku main simpan je dalam hard disk tanpa aku delete dulu. Paling best, video kawan aku bercuti kat France tahun 2008 pun ada. Banyak pulak tu. Memang selamat laaaa aku delete. Semua dari video cam aku yang dipinjam.

Dari 7.30 pagi aku menghadap laptop, pukul 2 petang baru settle semua. Punyalah lama... Tapi takper. Yang penting banyak space dah dalam kedua tu dan sistem pun dah tak slow lagi.

Cuma sekarang ni, aku nak pakai pelan internet apa ek untuk laptop aku tu? Dan camana cara aku nak connect terus internet tanpa menggunakan wifi? Aku tak berapa mahir dalam bab ni untuk memilih mana yang terbaik.  

Settle hal laptop, rilek jap... Buat apa yang patut... Nak keluar rumah beli lauk malas ya amat... So untuk berbuka, kita masaklah apa yang ada... Cuma kurang satu jer... Stok buah aku abis! Huhu...

Otak2

Telur dadar

Tomyam daging...

Air limau asam boi. Air tu memang tak penuh jug ye. Sebab aku minum seorang je.. tu pun dah banyak dah tu.

Menu untuk sorang yang gemuk makan. Alhamdulillah. Makin gemuk!






….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

17/05/2020



16 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 137 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 16, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 16/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-60

Ramadhan : Hari Ke-23

Hari ni tak banyak benda aku nak cerita... Duduk rumah jer... Lepas sahur sambung tidur jap... Dalam pukul 8 bangun mengemas rumah sikit2. Nak raya katanya...

Time sahur makan mangga.
Kau ada?

Dah makan mangga, makan otak2.
Botak.
Lepas kemas rumah, aku lebih pada study apa yang aku perlu buat dan belajar cara bagaimana nak mulakan bisnes online terutama di platform Shopee.

Banyak benda nak kena belajar. Tak boleh nak terus start meniaga... Kena fahamkan dulu. Jangan gelojoh. Semoga ada rezeki aku kat situ... Cubaan dalam menambah pendapatan memandangkan aku pun ada benda nak buat untuk isi masa lapang.

Aktiviti luar aku hari ni ni mendobi saja...

Ikan siakap untuk berbuka.
Walau takder rupa, tapi rasa dia.. pehhhh!
Tak terkata sedapnya....

Cekodok pisang luar rangup dalam lembut.

Kuih cara... Beli kat restoren sebelah kedai dobi tadi...


Pukul 11 lebih mata tak mengantuk langsung... Hujan lebat dari petang tak reda2... Dok sorang memang akan ada rasa seram sikit. Akhirnya berkaraoke sorang2 hilangkan rasa takut. 


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

16/05/2020





15 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 136 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 15, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 15/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-59

Ramadhan : Hari Ke-22

Jumaat. Tapi rasa macam hari Isnin. Malas betul bila fikir nak kena pergi kerja. Aku kalau kerja menimbun ok lagi. Tapi bila fikir yang kerja tak berapa nak ada tapi kena datang jugak.. alahai.. nape la tak buat penggiliran kerja jer. Atau kerja dari rumah. Lebih selamat.


Susu kurma untuk pra-sahur...
Errrr... Ada pra pulak ek.. haha.
Oleh sebab aku lupa nak rendam kurma dalam susu malam tadi, makanya masa aku blend tadi memang kasar la bunyi blender tu. Keras kurma tu. Susu pun jadi tak sebati dengan kurma tu.

Megi kari pedas rendam air panas untuk sahur.

Besday As... Tapi kami yang dapat kek sorang sebekas ni. Alhamdulillah... Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki buat beliau.

Berbuka makan kek dengan otak2 ni... Alhamdulillah kenyang sangat.

Isu Hari Ini

Ermmmmm.... Kenapalah nak dengki dengan penjawat awam ni kan? Gaji kami takder la sebesar pekerja swasta. Bonus kami tak pernah lebih dari RM500.. pun ada yang dengki. Aku pernah kerja swasta.. berbeza sangat dari segi gaji dan bonus. Kerja swasta dulu bonus paling sikit pun sebulan gaji. Sekarang ni walau aku kerja kerajaan, sekurang2nya aku ada pencen dan ganjaran nanti.

Rezeki masing2. Kedua2 swasta dan kerajaan, masing2 ada kelebihan dan kekurangan.

Maka, bersyukurlah!


….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

15/05/2020



14 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 135 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 14/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-58

Ramadhan : Hari Ke-21




Menu sahur aku hari ni... Semoga dapat bertahan...

Brownies pemberian Cik Sue Senget

Nasi Ambeng untuk menu berbuka

Walaupun tak lengkap sebagai Nasi Ambeng (takde mee goreng), tetap sedap...

Try pasang cover sofa yang aku beli kat Shopee.
Nais!

Milo Fresh Milk kegemaran aku.

Tadi tokey Restoren Sri Sedili USJ 1 bagi sekotak besar Mee Segera Tasty ni.. so kami buat pembahagian harta kepada 6 orang. Dapatlah sorang 4 bekas. Alhamdulillah... Ianya sangat bermakna bagi aku yang sejenis malas nak masak ni.

Ni sofa bed tadi yang aku jadikan dia bed. Nampak gaya kena beli lagi sarung sofa ni. Boleh tukar2 corak nanti.

Kerlassss kau Maria!

Malam buat air tembikai pulak. Teringin.

Penyudahnya air tembikai terselit dalam peti ais di celah2 otak2 yang aku beli tadi... Biarlah jadi aiskrim baru aku makan. Tadi tu nafsu je nak minum itu ini.. akhirnya macam ni la... Sebab tu kekadang malas nak layan kehendak nafsu makan / minum aku. Errrrrr... Tapi kebanyakannya memang aku layan.

Teringin! 😅

….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

14/05/2020


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review