Assalamualaikum wbt
Sabtu : 23/05/2020
PKP / MCO : Hari Ke-67
Ramadhan : Hari Ke-30
Sehari sebelum raya. Aku masih kat rumah long di Taman Yayasan, Segamat. Bukan tak nak balik awal rumah mak, tapi keadaan sekarang ni buat aku sedikit risau. Ye la.. mak abah aku dah tua. Risau kalau ada cik covid kat badan aku ni tanpa aku sedar.. awal2 aku dah cakap kat mak abah yang aku tak boleh salam diorang. Nasib baik mak abah faham.
Kalau bukan dek kerana nak ambil anak2 aku kat sana, memang aku berat hati nak balik.
|
Sahur pagi ni rumah long. Ada sup tulang dan patin masak tempoyak. |
|
Kat rumah long pun aku tak keluar bilik sangat kalau takder hal penting. Dok kuarantin dalam bilik jahit dia ni... |
|
Semalam dah survey baju raya.. hari ni datang beli lepas bincang dengan asben aku. |
Settle baju raya.. Baju Nabil Ahmad untuk asben aku, Ayda Jebat untuk anak2, Scha Al Yahya untuk aku..
Menu raya. Semua tempah jer kecuali nasi impit dengan kuah lodeh.. adik beradik aku memang tak bagi mak masak... mak tu bukan kuat sangat nak masak banyak2 ni.
|
Rendang Daging |
|
Ayam Masak Kicap |
|
Sambal Kacang |
|
Nasi Impit |
|
Kuah Lodeh |
….......................................................................................................................................
SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA
23/05/2020