Sahabat

Halaman

11 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 163 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 11, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 11/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-86

Hari ni merempit pergi kerja. 

Asalnya aku nak pergi cari Nasi Kerabu yang Nieza makan semalam. Nampka menarik betul Nasi Kerabu dia. Berbekalkan dengan panduan yang diberikan Nieza, aku cuba la cari tempat yang jual tu, tapi tak jumpa. Last2 aku pergi tapau Nasi Lemak Carlos kat USJ... aku mintak letak daging, tapi tak tau kenapa bau daging tu kuat.. macam bau daging kambing pulak. Oleh sebab was-was, aku tak makan la...

Nasib baik memang ada bawak megi ni dari rumah... makan ni jer la kat opis

Biskut Dahlia ni aku beli kat S.I Ruzita. Memang pelanggan tetap dia setiap tahun aku ni. Sedap. Cair kat dalam mulut...

Snake Plant ni Kak Sariha bagi. Seronok betul aku dapat. hahah. Nak beli mahal...

Malam2 masak  jemput-jemput air panas. Cicah dengan rendang ayam dan sambal kacang. Peh! Sedapnya.. sapalah yang masak ni. Pandai betul. haha!

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



11/06/2020




10 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 162 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 10/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-85


Kerja hoi! Tak banyak nak cerita hari ni.. Terlalu sibuk... Kerja hakiki dan kerja sendiri. 

Settlekan untuk penghantaran kepada pembeli yang guna Shopee...
Hal siang hari ni memang aku tak dan nak cerita.. Makanan pun tak sempat nak makan. Nasib baik perut aku ni mampu bertahan... Tak gastrik.

Balik kerja, sambung update blog. Banyak sangat dah tertinggal ni.. Sambil2 tu makan Chocojar yang aku beli dari Sue ni. Bekas macam ni RM13. Boleh tahan sedap, lebih2 lagi perut aku memang tak isi apa pun lagi hari ni. Memang ngam la... Ngap!!!! Senyap2... Diet? Tahun depan la start...

Pastu aku buat Mango Milk Juice ni.
 So yummmyyyyy!
Delicious.
Aummmmmm!



Daaaaaaaaaaaaa!

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



10/06/2020







09 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 161 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 09/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-84

Hari ni aku off. Maknanya hari ni dah hari keempat aku tak kerja. Esok baru aku kerja macam biasa.


Aku merempit pergi Sungai Buloh cari kedai kraf sebab nak cari bahan sikit untuk buat extender topeng muka tu... Sebelum datang tadi aku dah call kedai ni dan dia kata barang yang aku cari tu ada stok. So oklah... Lagipun lama tak merempit.

Alang2 dah ke Sungai Buloh tu ( bunyi macam SB tu jauh je kan dari rumah aku.. padahal sebelah je ), aku singgah la tapau masakan Padang kat Kedai Makan Kak Anne Masakan Padang. Rindu dengan masakan sana. Dulu masa baru2 balik dari Gunung Kerinchi, kat sini la kami melepaskan rasa rindu sambil bercerita tentang kenangan2 masa kat sana.

Faizal, Anum, Nadhra, Suhaimi, Azrizal, Nornie... Geng ni semua memang sporting termasuk la guider kami Si Ferdi.










Aku suka beli makan kat sini sebab bukan saja masakan dia enak, malah murah pulak tu. Macam ni aku beli cuma RM7 je. Kalau kat tempat lain aku ambil daging tu je pun dah berapa agaknya aku kena.



Balik dari Sungai Buloh lalu Paya Jaras aku singgah beli air herba ni. Ada kurang sikit rasa dia, so aku tambah asam boi lagi sikit. Baru ngam!

Sambung buat lagi... Banyak betul permintaan. Alhamdulillah

Goreng Jemput2 Air Panas makan cicah dengan sambal kacang. Wow! Memang sedap.

Ok gais jangan pelik gambar apa yang aku masukkan ni. Ni gambar bumbung beranda rumah aku. Takder keje kan. Saja baring2 ambik angin kat luar tu, sambil serah diri kat nyamuk.

Sekejap je layan perasaan kat luar, pastu tak tahan kena gigit nyamuk. Lari terus masuk rumah.

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



09/06/2020

08 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 160 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 08/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-83


Hari ni cuti umum. So kita guling2 jer kat rumah. Macam biasa... New normal katanya . Ahaks. Tak lama lagi new size. Makin melebar...

Pagi ni aku bersarapan dengan menu semalam. Panaskan jer la apa yang ada.. tak baik membazir... Rendang Ayam ni makin dikeringkan makin sedap pulak.

Sambal Kacang dan Sate Goreng

White Coffee Hazelnut Super Izzue Islam. Memang sedap... Lebih kurang je dengan rasa kalau beli kat satu kopitiam terkenal tu... Orang putih kata, setanding.

Pokok Lidah Mak Mertua atau dalam bahasa omputihnya MIL Plant. Haha. Lebih dikenali dengan nama Snake Plant. Alaaaaa yang viral baru2 ni... Katanya boleh sedut habuk? Ye ke? Boleh gulung tikar la penapis udara coway.. haha.

Siapa percaya tumbuhan ni boleh sedut habuk memang lurus.

Projek siang. Sambung buat mask extender ni lagi...




Milo Farm Fresh 

Repeat makan.

Eh makan lagi! Nasi Goreng Kampung dan Tomyam Daging order dari Restoren Tomyam Udang Galah. Foodpanda la yang menghantarnya. Sedap. Haha

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



08/06/2020



07 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 159 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 07, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 07/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-82

Mood raya msih berjalan lagi ni.. terasa-rasa nak makan menu raya lagi lebih-lebih lagi nasi impit dengan kuah kacang. Lepas raya nanti dah boleh start diet. So hari ni aku pun merajinkan diri la untuk masak menu raya.


Nasi Impit
Kuah Lodeh
Sambal Kacang
Rendang Ayam
Sate Goreng

Ni Kuah Lodeh yang terpaling simple. Banyak bahan yang takder. Tapi takperlah... yang penting rasa kuah lodeh tu memang ada dah.

Semakin suka pulak aku buat sambal kacang semenjak dua menjak dah menjadi aku buat. Sedap. Dulu aku buat tak sesedap ni.. haha

Rendang Ayam sesedap rasa hentam sajalah. Yang penting ada kerisek... rendanglah jadinya.

Sate Daging My Mak. Dulu masa mak kerja kat kantin sekolah depan rumah lama atas bukit, hari2 mak buat sate goreng ni jual kat sekolah. Memang sedap sampaikan makan hari-hari pun tak jemu. Cuma aku ni derhaka sikit kat resepi mak... so kureng sikit rasa dia... tak sampai.. tu lah derhaka la lagi.

Nasi Impit

Nyum Nyum!

Siap untuk berbahagi menu raya. haha
Siap masak semua dalam pukul 11 lebih aku bersiap untuk keluar ke Puncak Alam. Janji dengan Seha nak jumpa kat depan UITM Puncak Alam tu sebab aku nak hantar kat dia makanan tu sikit. Masak banyak-banyak macam tu tak kan la aku nak makan sorang. Mestilah aku cari geng yang ada potensi untuk membesar dan terus membesar sama macam aku. haha

Lepas jumpa Seha, aku terus ke IPD untuk ambil motor. Lama sangat dah motor aku tu tak bergerak. Sampai IPD aku nampak kucing ni. Sian dia kena langgar. Masa ni tak tau lagi kaki belah mana yang patah. Lepas sorang anggota polis ni bawak dia pergi klinik, doktor tu kata tulang belakang dia patah dan jangka hayat dia pun dalam 6 bulan jer. Ya Allah kesiannya. Sekarang ni anak kucing ni dalam jagaan kawan aku yang anggota polis tu. 


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



07/06/2020




PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review