Sahabat

Halaman

27 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 209 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 27, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 27/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-132






Nikmat rasa bila makan nasi walau lauknya macam tu jer...

Vietnam Roll beli kat abg Jepp.. sedap betul sos tu..
Petang tadi aku kena sakit perut lagi... letih dibuatnya... nak balik pun rasa tak larat sangat.. tak confident nak drive apatahlagi kalau nak bawak balik motor (dua2 ni ada kat IPD). Akhirnya aku rehat dulu kat opis, dah malam sikit baru aku gerak balik.

Sebelum aku gerak balik... 

Oleh sebab ada order masuk kat kedai shopee aku, so aku singgah Segi Fresh jap untuk beli bahan masak.

Dengan harapan sakit perut aku menyusut lega...
tapi hampa.

26 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 208 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 26, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 26/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-131

Erm. Mentang2 la aku cuti diet (atas nasihat doktor) untuk sementara ni... maka... ajomlah makan makanan yang carbs tinggi. haha

Untuk hari ni aku cerita satu ni jer... sebab memang takder apa aktiviti kat rumah hari ni... guling-guling macam tenggiling jer la...





25 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 207 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Julai 25, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 25/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-130

Sebenarnya malam tadi adik ipar aku satu keluarga dari Johor termasuk anak aku, Arissa tidur kat rumah aku. Dua malam dia tidur kat hotel yang disediakan oleh company dia sebab ada mesyuarat kat sini... So malam ketiga baru dia tidur kat rumah aku. Malam tadi memang aku tak masak apa-apa, sebab diorang pun sampai rumah aku dah malam. Nasib baik la memang diorang dah makan dulu sebelum sampai rumah aku. Selamat. haha... yer la.. semalam aku balik kerja naik motor dalam hujan lebat... basah lencun dibuatnya... tak dapat nak singgah kedai beli lauk.. nak harapkan lauk pauk dalam peti ais memang takder... sedih. haha


Untuk sarapan pagi ni aku masak megi jer la.. megi jer yang ada.. inipun megi yang aku belikan untuk anak2 aku masa diorang stay kat sini tak sampai dua minggu sebelum naik sekolah aritu. Memang hajat asal nak masakkan nasi lemak sambal sotong sebelum diorang gerak balik ke Johor pagi ni.. tapi apakan daya, kita mampu merancang.. tuhan juga yang tentukan... isk...

Nugget yang ada sikit ni pun aku goreng... tambah2 menu selain megi

... dan kentang goreng ni...

Arissa dan Anis... macam kembar dah diorang ni....

Petang aku keluar jap pergi tapau Mee Mamu yang viral ni... Original Penang katanya..  aku tengok kawan aku tu orang utara, asyik makan kat sini je.. sedap katanya... sanggup datang dari Bukit Jalil ke sini untuk makan mee mamu ni... aku yang dok area sini pun tak pernah makan lagi.. tu yang hari ni keluar juga lah pergi beli.. nak rasa kesedapan yang sering diperkatakan itu.

Mee Goreng Mamu.. pada aku biasa-biasa jer... banyak sangat.. tak mampu aku nak abiskan semua... pada aku mungkin biasa2 aje tapi bagi penggemar selera utara, mungkin rasanya luar biasa. Tetiba aku teringat masa aku makan nasi kandar kat Penang masa konvensyen KIK dulu.. kawan2 aku semua kata sedap makan kat satu restoren ni... tapi tak tau kenapa tak boleh nak lalu kat tekak aku ni... dan sekarang aku faham kenapa... aku yakin, tak semua orang juga boleh terima makanan yang aku rasa paling sedap kat tekak aku. Inilah perbezaannya... so kita raikan jer perbezaan ni. Yang penting saling menghormati dan jangan memperlekehkan apa yang orang lain makan. Begitu juga sebaliknya.

24 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 206 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 24, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 24/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-129




Alang2 adik ipar aku ada ni, aku minta dia tukarkan sekali plug aku yang terbakar aritu... nak aku yang buat sendiri, memang sampai bila2 la takkan buat. seram. hahaha

kat opis hari ni kami sambut besday kak sariha... kek ni pulak kak wani yang buatkan.. kek karot. Sedap. Memang terbaiklah


Besday girl. Ada setahun lagi sebelum dia bersara wajib..

Tengahari besday girl belanja kami makan kat Thai Classic sebaris dengan balai polis Taipan. Memang sedap sangat. Tak tipu. First time makan kat sini aku dah mula jatuh hati dengan rasa dia yang cukup semuanya.... memang akan repeat nanti...

Air aku. Almaklumlah aku tengah bercuti dari berdiet buat sementara ni selagi sakit perut aku tak baik lagi...

Sedap hoi!!!!

Balik rumah dengan hujan selebatnya... hajat hati balik tu nak singgah beli bahan untuk buat nasi lemak sotong pagi esok, tapi kansel. Dah basah lencun, memang takder la aku nak menyinggah mana2. haha

23 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 205 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 23/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-128

Sakit perut yang aku kena ni makin menjadi pulak. Terpaksa masuk ofis lambat, dan balik keje awal sebab nak pergi klinik. Malam tak boleh tidur, menahan sakit. 


Kirim kat Kak Sariha sup ayam klasik kat USJ 1...
Pergi kerja pun tak boleh nak fokus buat kerja. Rasa bersalah juga tapi tak boleh nak buat apa... di luar kemampuan... karang kalau aku ambil cuti kecemasan, takut ada yang berbunyi pulak... tu yang aku malas tu..

Terpaksa juga pergi klinik.. lama sangat dah ni menanggung sakit... walaupun sakit tu kejap on kejap off...

Sementara tunggu doktor buat ultrasound.. dah macam mengandung pulak dibuatnya. hahaha...

Sedap pulak baring berselimutkan selimut klinik ni... hangat jer... haha

Adeh. Nasib baiklah hari ni dah gaji...

Oleh sebab aku nak makan ubat klinik, terpaksa jugalah makan makanan yang berat. Doktor dah pesan, ubat yang dia bagi tu powerful. So jangan biarkan perut kosong dan makan makanan yang berat... 

Malam tu adik ipar aku satu keluarga datang dari Johor. Anak aku, Arissa pun ada ikut. Hilanglah rindu mama kat Arissa kejap. Si kakak pulak jeles sebab Arissa dapat ikut, dia kena tinggal sebab kereta tak muat... Alang-alang adik ipar aku datang, aku mintak dia repair tangki bilik air aku tu kalau boleh.. kalau tak settle gak takper, baru aku panggil plumber nanti.

22 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 204 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 22, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 22/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-127




hari ni aku tak sempat nak masak... so aku tapau la apa yang ada kat kantin yang agak-agak boleh dimakan. Ayam tu bersalut tepung, so aku buang la yang tepung tu walaupun ada gak aku buat2 termakan sikit.

Kalau nak tau, ni lah tok ketua geng diet aku... tapi tengoklah apa yang ada kat tangan dia tu... air gas!!! poyo jer nak kurus... bila aku amik gambar nak hantar kat grup kurus kitorang, cepat2 dia tutup muka. haha

petang pergi main badminton jap kat USJ 23


Balik dari main badminton, masak lagi menu yang sama macam semalam. Senang... abiskan terus stok sayur yang ada...

21 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 203 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 21, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 21/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-126

Perut aku sakit lagi. Walaupun aku dah terbiasa kena macam ni dari aku sekolah rendah, tapi kali ni adalah yang paling teruk sekali. Biasa paling lama pun dua minggu jer, kali ni dah nak masuk tiga minggu. Memang aku stress sangat... Menanggung sakit sorang-sorang kat sini... sedih sangat.


Sakit, sakit jugak. Diet tetap on. Murtabak sardin versi lulus atkins.

Menu yang sama macam semalam...

20 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 202 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 20, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 20/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-125




Bekalan aku hari ni...

Anak aku si Ainul tu sibuk suruh aku buatkan Cornflake Salted Egg... time2 macam ni malas la aku nak buat... aku beli jer yang dah siap.. hehe.. cuma dia ada kat Johor... kena tunggu la aku bawak balik sana nanti baru dapat makan..

Menu sarapan aku... ni yang paling mudah untuk aku buat kat opis

Kak Sariha pergi pergi tapau kat Restoren Nasi Ayam Klasik Usj 1, aku kirim kat dia kari ikan jenahak.. teringin pulak nak makan... cuma aku makan ikan jer la.. kuah aku bagi orang lain..

Balik kerja aku singgah pergi repair motor jap... barulah confident sikit nak bawak musim2 hujan macam sekarang ni..

stress aku barang yang aku order kat shopee, tak dapat penuh. Aku tak taulah samada penjual tu tak masukkan cukup atau hilang masa penghantaran tu.. sebab masa aku terima parcel tu, plastik tu memang dah terkoyak kat luar dia...

Menu makan malam aku... sedap. haha

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review