Sahabat

Halaman

11 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 224 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 11, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 11/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-147


Bangun pagi hari ni, perhati ke luar tingkap tengok cuaca ok. Lega sikit sebab sekarang ni kalau tak pagi, mesti petang yang hujan. Masalah jugalah bagi aku yang merempit ni tapi redha je la.. ye la.. dah aku yang pilih untuk merempit, siapa suruh? Bukan takder kereta, walau kereta aku tinggalkan kat IPD je...

Keluar rumah cuaca cantik. Elok je sampai depan Citta Mall tiba-tiba hujan. Terpaksa la berhenti bawah jejambat ni. Buka box nak ambil baju hujan, box kosong. Aduh. Baju hujan aku tertinggal rupanyaaaaa.

Agak-agak hujan dah reda, aku redah je la. Nak tunggu lama2 bawah jejambat tu seram gak. Terbayang-bayang tetiba ada kereta sondol. Haishhh. Teruk betul imaginasi aku ni. Sampai ofis terus singgah kat kantin. Ada spageti ni, boleh lah...

Makan separuh, aku rasa kenyang sangat pula. Banyak aksesori spageti ni, tu yang makan sikit pun dah kenyang. Tapi aku yakin kenyang aku ni sekejap je. Kejap lagi lapar la semula.

Dalam pukul 11 lebih aku ke Maybank Seri Serdang dengan kak Sariha untuk uruskan pengeluaran duit persatuan. Mula2 aku ingat nak merempit je memandangkan pemandu tak ada yang kosong. Bila Kak Sariha offer nak hantar, aku terus setuju.
 Haha

 Lapan tahun lebih dah kut aku pegang akaun ni. Tak sabar nak pass kat orang lain.. tapi entah bila. Tunggu aku dapat tukar Johor kut.. inshaAllah.

Aku bukan apa. Bukan kecik tanggungjawab ni. Amanah yang dipikul ni. Sebab tu semua urusan aku akan hati-hati dan akan rekod dengan betul. Jangan main-main dengan duit orang. Lebih-lebih lagi duit persatuan....

Settle urusan tunaikan cek, aku tunggu untuk jumpa orang yang berkenaan pulak untuk urusan pertukaran nama dalam pemegang amanah persatuan ni. Ada dua nama yang perlu digugurkan dan perlu di ganti dengan penama lain. 

Balik dari Maybank Seri Serdang, Kak Sariha ajak singgah Mydin USJ. Alang2 dah pukul 1 lebih, aku ok jer. Time rehat... Perut pun dah mula lapar...

Cuci mata jap. Kak Sariha ambil barang yang dia tempah kelmarin. Aku mampu tengok je sambil melelehkan air liur.

Alang2 dah sampai Mydin, carilah lauk sikit. Yang penting, nak cari buah sekali. 

Erk!

Nasi Kandar

Diet? Siapa kata????

Balik kerja sambung layan drama Bukan Gadis Biasa sambil makan yoghurt.

Menu makan malam aku...

10 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 223 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 10/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-146


Kantin tutup hari ni. Nak keluar malas... So gagah la naik berek tingkat 2 pergi tapau kat kedai Cik Awang. Satu yang aku suka kedai Cik Awang ni, walaupun tak banyak pilihan makanan, tapi masakan dia memang sedap. So tak jadi masalah la kalau lauk tak banyak pun. Makan apa pun confirm puas hati. Harga pun berbaloi.

Yang penting, tetap ada sayur walaupun satu jenis je.

Favorite... 

Ni nasi yang aku tapau. 

Makan kat ofis sambil layan cerita ni. Ni la masalahnya kalau aku dah tertengok satu episod cerita berepisod macam ni. Mesti melekat. Terpaksa catch up kat Youtube.

Ni drama Bukan Gadis Biasa.


Malam aku buat Jus Mangga Susu. Jadi gian pulak asyik nak minum air ni. Haha

09 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 222 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 09/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-145

Hari tu aku masak Mee Bandung Tulang untuk kawan-kawan satu ofis. Hari ni aku plan nak masak untuk jiran-jiran dan kawan baik aku pula. Alhamdulillah.. rezeki tulang qurban hari tu..

Tulang aku dah siap rebus dari malam tadi. So pagi ni tinggal masak mee mee bandung je.. so tak payah nak tunggu lama dah... Mee Bandung pun aku guna perencah segera je. Memang segera... Dan confirm sedap. Haha

Seawal pagi dah siap masak.. siap bungkus untuk jiran2 juga untuk diorang makan sarapan.

Belum pukul 8 aku dah tercongok depan Balai Subang Jaya, hantar sikit kat kawan baik aku. Dia habis kerja pukul 8 pagi, so bolehlah dia terus bawak balik dan makan dengan family.

Dah tengahari baru aku makan... Peh! Memang paduuuu... Sedap tak terkata (siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri)

Cuma yang tak bestnya, bila makan sorang2 kat rumah ni. Tetiba pula teringat kat suami dengan suami dan anak-anak kat Johor. Makan apa agaknya diorang hari ni...

Rindu!

08 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 221 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 08/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-144


Ketibaan hari Sabtu setiap minggu memang sentiasa di nanti-nantikan. Hari untuk berehat dan settlekan kerja-kerja rumah. Dan juga hari untuk bermalas-malasan.

Pagi lepas Subuh, guling-guling atas katil jer main candy crush. Sambil main candy crush, kudap2 popia simpul yang Eka buat ni. Peh. Memang best. 

Tengahari keluar kejap nak pergi beli lauk kat Pasaraya Super Seven. Tak tahulah entah kenapa, tiba2 aku rasa macam nak pitam. Dah le naik motor... Agaknya sebab cuaca panas sangat kut. Nampak petronas tepi jalan depan Super Seven tu, aku berhenti rehat jap kat dalam surau petronas tu. Tak lama.. tak sampai 10minit pun. Agak2 kepala aku dah ok, aku gerak.

Beli barang dapur kat Pasaraya Super Seven. Nasib baik kepala tak buat hal lagi. Kalau aku pitam / pengsan, teruk jugak ni. Haha

Mahal tembikai sekarang ni. Nasib baik la aku makan sorang. Beli yang dah siap potong jer. 

Hari ni masak daging qurban aritu. Buat Daging Masak Kicap Blackpaper. Makan pulak dengan nasi panas. Memang mengaum laaaa..

Aummmmmmmmm!
Settle dua dua pinggan nasi.

07 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 220 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 07, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 07/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-143


Pagi-pagi lagi hari ni Kak Wani dengan Seha dah ajak makan pizza tengahari nanti... aku on jer lagipun lama dah tak makan pizza. Cuma aku tak suka makan kat restoren pizza. Aku lebih suka tapau... Haha

Dalam pukul 12tengahari aku keluar dengan Kak Wani nak pergi tapau pizza. Sebelum tu aku minta kak Wani singgah J&T Taipan jap untuk drop off barang customer Shopee aku...


Walaupun sales kedai Shopee aku tak sekencang mana, tapi ada lah juga sikit2. Alhamdulillah... 

Lepas drop off barang kat Shopee, aku dengan kak Wani terus ke Pizza Hut Taipan.. untuk tapau pizza la kekononnya... Sampai Pizza Hut Taipan, aku nampak staff pizza tu duduk kat luar jer. Ingatkan kenapa... Rupanya diorang tak lepas masuk dalam sebab pengurus diorang missing in action. Kunci pulak memang pengurus yang pegang. Aduhlah... Sian diorang tu... Dah pukul 12 lebih masih tak lepas masuk dalam untuk buat kerja. 

Penyudahnya aku dengan kak wani ke Pizza Hut Damen.. tu yang terdekat selain Taipan.

Lama tak makan pizza. Sedap pulak rasa kat tekak aku ni. Tak cukup.. hahaha

Wah. Mentang-mentang aku keluar, dak Oyen ni hijack kerusi aku.. Lena betul dia tidur. Nasib baik la aku ni seorang yang penyayang... Selamat ko tak kena dera.

Balik rumah aku goreng donut pulak...
Gemuk!

06 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 219 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 06, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 06/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-142


Pagi ni sebelum pergi kerja aku goreng dulu karipap dengan donut frozen yang ada dalam peti ais rumah aku tu. Nampak macam banyak, tapi bukan aku makan sorang ya. Sampai ofis memang aku offer kat member ofis yang lain.

Sebelum sampai IPD, aku isi minyak motor kat Shell sebelah Damen. Ternampak ada jual Nasi Lemak Kukus Kak Sal... Beli la sebungkus sebab lama dah tak makan nasi lemak. Rindu...
Dalam pukul 3 perut aku minta makan lagi. Aduh. Macam bela saka pulak aku rasa. So terus order kat Foodpanda...


Balik keje aku menyinggah Eco Shop jap..

Lepas balik dari Eco aku terus ke Paya Jaras rumah Eka... Aku ada order popia simpul kat dia.. aritu tak cukup... Tak berhenti mengunyah dibuatnya. Sedap...

So syedappppp!

05 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 218 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Ogos 05, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 05/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-141



Pagi ni sebelum gerak pergi kerja, aku goreng karipap frozen dulu. Karipap yang Eka bagi aku sebelum raya haji aritu. Sedap karipap dia. Aku suka.

Pergi kantin, tengok ada Garlic Bread dengan Mushroom Soup ni. Beli la 3 ketul untuk makan tengahari nanti.

Makan malam aku goreng donut frozen yang beli kat kak wani tadi. Sedap makan panas2... Lembut jer



04 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 217 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 04, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 04/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-140

Malam tadi aku ada rebus tulang yang aku bawak dari Segamat aritu.. tulang qurban. So pagi ni aku bawak tulang tu pergi opis untuk aku masak mee bandung tulang kat opis nanti. Masalahnya perencah aku tu macam tak cukup jer. Mee kuning pun ada setengah kilo je. Memang aku kena menyinggah mana2 kedai runcit untuk tambah bahan yang tak cukup tu.


Aritu ternampak Ina update kat status wasap.. dia jual bayam brazil crispy ni. RM5 je.. aku pun order la dua botol. Tak pernah try lagi... Mesti sedap macam pria crispy.. bila start mengunyah, susah nak berhenti.
Sebelum sampai ofis tadi, aku singgah kedai acheh kat depan sekolah seafield tu. Malangnya... Tutup... So dalam pukul 10 aku ngulor jap pergi Mydin. Sekejap je dalam setengah jam. Ala.. kira macam aku keluar pergi minum jap... Sarapan.


Geram pulak aku tengok ikan salmon ni...

Lepas beli barang kat Mydin tadi, aku balik opis aku terus masak mee bandung tadi. Kejap je siap sebab tulang tu aku dah siap rebus awal2. Perencah pulak memang aku guna perencah segera. Tinggal pecahkan telur dan masukkan sayur jer. So buat keje opis, sambil tu aku masak mee bandung tulang.

Bayam Brazil Crispy yang aku beli kat Ina tadi. Betul tekaan aku. Sekali dah start kunyah, memang tak boleh nak berhenti. So shedappppp... Haha... Aku tabur atas mee bandung aku tu, bertambah-tambah selera makan aku. Ngeeeeee!

Yatz bagi aku ikan pekasam yang mak dia buat dengan mochi kacang merah. Rezeki aku... Dan aku bagi kat dia dan tini mee bandung yang aku masak tadi.

Mochi kacang merah... Sedap hoi!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review