Sahabat

Halaman

29 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 242 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 29, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 29/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-165


Hari ni pagi2 lagi ibu mertuaku dah call asben aku, bagitahu yang pagi ni dia nak balik Pontian. So dia ajak kami semua untuk ke sana, bersihkan rumah yang kat sana.

Aku ok je.. lagipun tak ada apa nak buat hari ni. Apa salahnya ke Pontian. Nak servis kereta balik nanti pun boleh.


Di persimpangan Pekan Nenas dari Kulai

Rumah pak mertua aku betul2 sebelah kolej vokasional Tanjung Piai..


Mak mertua aku aku aku tiga tahun tak boleh jalan... Terpaksa berkerusi roda kalau nak ke mana-mana

 Sampai rumah Pontian, baru perasan yang masing2 perut dah berbunyi.. lapar. Keluar semula cari gerai yang ada jual sarapan. Kebanyakan dah abis. Nasib baik ada satu kedai yang masih ada makanan lagi. Yer la.. dah pukul 10 lebih masa ni. Memang la banyak makanan abis.






Sebelum gerak balik dari Pontian, singgah jeti lama jap. 








Asalnya kitorang nak lepak kat tepi laut kat Pontian tu. On the way nak ke sana, hujan lebat pulak. So kami terus gerak balik ke Kota Tinggi.


Sampai Kota Tinggi, terus pergi servis kereta kat Kota Besar. Masa kat sini la tetiba dapat idea nak ajak asben pergi Telok Sengat. Makan seafood.











                          Nyummmmmm


Mee Bandung satu pinggan penuh seafood ni RM15 jer gais.


Selera betul dak tecik ni makan

  
      Nasi Goreng Siakap untuk encik asben



Pilihan Ainul...


Pening pikit camana nak abiskan ke tu???



Settle





Tapau rojak petis pulak untuk bawak balik rumah.


Amboi. Macam dia pulak yang kepenatan hari ni. Haha


28 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 241 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 28, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 28/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-164





Pagi ni goreng kopok gonde jer untuk sarapan. Senang betul keje sis.. haha.. kopok ni beli kat orang kampung jer.. ada grup wasap bisnes kat kampung, senang.. semua cari kat dalam tu jer.. order pastu penjual hantar sampai rumah.


Tengahari pun sis masak menu simple jer. Apa adanya... 


Pastu rebus tulang buat sup.


Pak Mertua hantar nasi goreng dengan tempe dan ikan goreng. Boleh la tambah-tambah lauk.


Sebenarnya... aku tak berani nak makan tulang yang ni... seram. hahaha. asben aku yang makan... 




Malam pergi pasar malam Kota Jaya jap...


 




Beli kopok lagi... senang tinggal goreng jer...

27 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 240 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 27, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 27/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-163

Pagi ni aku tak buat sarapan lagi. Jiran sebelah rumah merangkap Pak Mertua aku buat jemput-jemput kelapa cicah sambal kicap air tangan dia. Ya Allah sedapnya....


Banyak hoi aku bedal. Sambal kicap tu penambah selera...

Asben aku mintak masak sup tulang.. tapi.. tulang part apa ni??? Keluar dari peti ais, tengok.. krik krik krik.. gearbox ke apa ni? Hahaha

Last2 aku masak ayam masak kicap je. Tulang tu nantilah esok baru aku fikirkan nak buat macamana. Tengahari ni aku buat menu simple dan senang je.

Tak tau lah bila si Oyen ni bertukar kerjaya. Dah insaf agaknya. Dari seorang kakak kawasan, ketua samseng kucing-kucing se Kg Sg. Telor, berubah menjadi seekor pomen motor yang tak berapa senonoh terkangkang bawah motor.

Bertahun si Kacaque cuba untuk berbaik dengan kakak kawasan. Tapi kakak kawasan tak layan. Bukan level dia 

Jemput Ica balik sekolah

Pak mertua hantar lagi kari ayam dengan pucuk ubi.

Sedap hoi. 

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review