Sahabat

Halaman

20 Jun 2014

Lirik Lagu : Yang Terlarang Itu Godaan ~ Sweetchild

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 20, 2014 0 comments

Lama dah tak dengar lagu ni... dulu memang layan lagu2 kumpulan Sweetchild ni... meruntun jiwa betul.. satu lagi lagu kumpulan ni yang aku suka, Kau Guriskan Perasaan. Tetiba plak tadi dengar lagu ni keluar kat radio, memang layan la....

Lirik lagu ni...

Semenjak kau pergi alam kurasa kelam
Semuanya gelita tiada kesiangan bagai dulu
Tak berdaya aku melupakannmu
Tak ku sangka kita terpaksa dipisahkan
Hanya kerana dia tak merestui padu janji
Berkecai impian menjadi debu akhirnya
Dulu akulah kekasih hati
Kalu rela berkongsi kasih
Walaupun dihempas derita
Kau sanggup kerana ku
Itu janji dulu tak terkota lagi
Tidak aku menyesali
Andai itu yang kau pinta
Walau hakikat ku yang terluka
Namun ku mengerti
Kau pun jua seperti ku ini
Sengsara kerana terlarang
Kini baru kutahu
Keindahan dulu bukanlah milikku


19 Jun 2014

Pertandingan Menembak

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 19, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni telah berlangsungnya Pertandingan Menembak Piala KPD Subang Jaya 2014 yang bertempat di lapang sasar Briged Tengah PGA Cheras....

Walaupun aku tak berapa pandai menembak, tapi bolehlah untuk tambah2 pengalaman dan bagi kategori individu (PERKEP) aku dapat tempat ke 8... hadiahnya adalah 2 keping tiket masuk ke Sunway Lagoon... yahooo! Bolehlah lepas ni ajak encik asben berpoya poya kat sana.. kalau nak beli tiket sendiri memang tak la... mahal... huhuhu!

Tapi yang paling aku puas hati, bagi kategori berkumpulan (falling plate) walaupun kalah, diri aku sendiri dah berjaya cipta rekod menjatuhkan piring tu.. bangga beb... orang lain mungkin dah pernah buat kategori ni, tapi aku pulak inilah kali pertama pengalaman aku buat falling plate dan berjaya jatuhkan plate tu. Huahuahua... tak sabar rasanya nak tunggu next year punya pertandingan.. dah tadi dalam group aku yang seramai 4 orang, cuma aku sorang yang berjaya.. lagilah aku berlagak... hahahah senget! Kannnnnnn.....



Oklah... tu jer laporan hari ni...

 Daaaaaaaaaaaa!

18 Jun 2014

Drug Store? Drug Mall? Apakah?

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 18, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Pernah tak terjadi kat blog korang, tiba tiba ada je terbit entry baru yang entah dari mana datangnya... lebih haru lagi entry tu berkenaan dadah.. ya ampun... mengucap aku dibuatnya... kalau orang baca mesti ingat aku yang jual dadah...

Sila rujuk sini untuk entry sebelum ni...

Tension aku dibuatnya... setiap hari ada jer entry baru di publish.. satu kerja aku pulak setiap kali entry masuk, aku nak kena revert to draft / delete sebelum orang lain baca... tapi kadang2 kalau terlambat sikit, ada jugak orang yang sempat baca... alahai... aku bukan tokey dadah okeyyyy!

Satu yang aku terfikir, tukar pasword dengan harapan orang tu tak boleh lagi suka suki ceroboh blog aku... tapi tak jalan juga.. dua tiga kali aku tukar pasword tapi masih ada lagi hantu ni publishkan entry kat blog aku ni... malah, lagi teruk lagi, sehari sampai 2,3 entry...

Akhirnya... pada suatu pagi yang indah, berjaya jugak aku selesaikan masalah ni... dan kini hidup aku kembali aman kerana tidak lagi dihantui oleh hantu pembawakan dadah ni... kekekekek.. kalau dulu nak buat entry baru pun takder mood, sekarang dah ok dah (konon)

tengokla tu... ni baru skit ni... tak scroll ke bawah lagi... tak termasuk yang aku dah delete... memang aku pun naik hantu bila tengok si hantu ni ceroboh blog aku....


dan inilah penyelesaiannya...

dekat blogger dashboard, pergi ke 'setting' then klik 'mobile and email'... kat bawah email tu, ada tulis 'posting using email?' kita disabled kan jer dia... settle problem. heheheh..


oklah... tu jer aku nak share dengan korang. harap entry ni dapat membantu korang daripada dihantui oleh hantu dadah ni...

sekian...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Merayu - Thomas Arya

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 18, 2014 0 comments




Sesungguhnya... lagu ni mengingatkan aku pada seseorang.... 
sekian...
ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

15 Jun 2014

Selamat Hari Bapa, Abah....

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 15, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt....

Pengorbanan seorang insan yang ku panggil abah memang tak ternilai... tak terbayar dengan wang ringgit. Kesabaran abah membesarkan kami enam beradik memang tinggi.. tak dapat nak ucapkan dengan kata2...

Dan... klip ini khas ditujukan buat abah... Selamat Hari Bapa, abah... akak sayang abah dunia akhirat... semoga abah diberikan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan serta dilimpahi dengan kasih sayang bonda, anak2 dan cucu....


Dan sempena hari bapa juga, hadiah ini yang kami berikan buat abah (dan juga emak)...




09 Jun 2014

Kursus Bahasa Mandarin

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 09, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Selesai hari pertama kursus bahasa Mandarin di Intan Jalan Elmu... seronok sesangat sebab dapat belajar semula bahasa Mandarin yang dah ditinggalkan hampir 14 tahun... yerla.. dulu masa kat Uitm memang ada ambik subjek Mandarin, tapi bila dah lama sangat tak praktikkan memang tak ingatla... cuma bila laoshi ajar, boleh la ingat semula sikit2 tapi sebutan masih tak berapa betul lagi... tergeliat lidah.. hahahah!

Kursus Mandarin ni bermula hari ni 9/6/14 hingga Jumaat 13/6/14... peh! menjelang Jumaat confirm berabuk dah boleh cakap Mandarin.. poyo kan! Ngeeeeeeee!

Tapi bila terkenangkan macam2 bunyi ada kat dalam kelas, memang aku tersenyum sendirian.. aku sendiri pun tergeliat lidah nak sebut dengan betul, apatah lagi mereka2 yang kali pertama belajar Mandarin... tapi.. itulah sebenarnya yang akan meninggalkan kenangan manis... sungguh!

02 Jun 2014

Apakah?

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 02, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semenjak dua menjak ni pelik betul apa yang terjadi dengan blog aku... tetiba je dapat email dari gmail bagitau yang aku ada publish entry.. aduhai.. macamana boleh jadi macam tu? Setiap kali aku terpaksa revertkan ke draft... penat woi...

Sapa yang pernah kena sama macam aku ni? Apa aku nak buat? Password dah banyak kali tukar...

Tulunnnnnn!

31 Mei 2014

Nak Cari Hotel / Homestay @ Kota Bharu

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 31, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Tinggal berapa hari je lagi aku n family nak ke Kota Bharu... Cuti Cuti Malaysia... tapi aku masih mencari cari tempat yang sesuai untuk aku tinggal masa kat sana nanti.. my encik asben cadangkan supaya bila dah sampai sana nanti baru cari, tapi aku tak setuju sangat sebab sekurang2nya aku tak nak menyesal sebab tak tau keadaan bilik tu macamana... jenuh pulak nanti nak mencari...

So kalau korang ada cadangan samada hotel/ apartment/ homestay yang selesa dan harga yang berpatutan, tolonglah cadangkan kepada sahabat blogger mu ini agar mudah dan lancar aku nanti masa kat sana... tak bazir masa nak panjat hotel satu persatu untuk tanya harga.. (huh! Banyak songeh pulak(

Daaaaaaaaa!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review