Sahabat

Halaman

25 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 116 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, April 25, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 25/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-39

Ramadhan : Hari Ke-2

Kalau semalam aku terbangun dah dekat2 waktu imsak sampai tak sempat nak masak, terpaksa makan roti cicah sambal tumis yang aku masak malam sebelum tu, hari ni pulak aku terus terlajak bangun. 6.45am baru aku tersedar... Memang say goodbye la kat sahur. Teruk betul perubahan biological clock aku. Tak boleh jadi ni.. kena buat sesuatu untuk kembalikan waktu yang asal...

Sampai barang aku ni.. cepat betul servis DHL... Efisien pun ya. Ni bahan2 untuk buat air Lai Chee Kang... Anak buah aku yang Nana tu jual. Pastu abang aku baik hati, dia belanja semua adik beradik sorang dua bungkus. Termasuk kos pos pun abang bayarkan. Alhamdulillah. Cuma aku tak tau bila nak buatnya.. satu plastik ni untuk minum 5-6 orang. Aku kat rumah ni ada sorang je.
Takperlah aku simpan dulu kut2 dalam masa terdekat ni boleh balik kampung.

Hari ni nak pergi kedai runcit depan ni jap beli kacang panjang. Tengok2 kat parking kereta aku no parking ada untuk dua rumah. Confuse jap. Aku terus call wakil JMB En. Shaiful untuk mengesahkan mana satu sebenarnya parking kereta aku. Kebetulan budak yang mengecat tu masih ada kat situ lagi.


Siap bukak pelan lagi... Yang tudung hitam tu jiran satu tangga dengan aku. Dia pun confuse sebab parking kereta dia dah bertukar ke no parking aku. Tempat parking aku pulak bertukar ke no jiran sebelah rumah aku.

Lepas tu aku biarkan diorang berbincang kat situ.. aku nak pergi kedai, takut terlewat pulak kacang panjang abis.

Balik dari kedai runcit, tengok dia dah betulkan dah parking aku.
Ok. Dah tak confuse dah..

Lauk berbuka aku hari ni. Sepatutnya ada kuih tepung pelita, aku order kat sorang budak ni, terjumpa iklan dia kat grup fb.

Tunggu punya tungga sampai berbuka tak ada. Katanya sangkut dalam hujan. Takper la.. takder rezeki aku. Tertunggu2 juga kut2 dia hantar lewat ke, tapi tak ada...

Keluar cari kacang panjang tadi nak masak ayam kunyit ni je.. lama dah teringin nak makan..
Satu bekas tu aku makan sorang.

Sekian.

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

25/04/2020





24 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 115 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, April 24, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 24/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-38

Ramadhan : Hari Pertama

Hari pertama berpuasa aku dah terlambat bangun.. Nak masak pun tak sempat dah so aku makan jer la apa yang ada. Semenjak PKP ni, biological clock aku dah berubah... Nampak gaya kena jadikan rutin bangun pagi macam sebelum PKP...

Roti cicah sambal tumis.. pastu makan kek pisang kak mona yang ada sikit lagi tu.

Ni menu berbuka puasa... Tamak kan sampai dua buat. Penyudahnya tak abis pun

Ni jer la cerita aku untuk hari ni. Takder cerita menarik selain dari melayan perasaan yang tak keruan rindukan suami dan anak2 kat kampung.

Huhu
….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

24/04/2020



23 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 114 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, April 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 23/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-37

Esok dah mula umat Islam berpuasa. Sedih rasa hati aku ni terpaksa berpuasa sorang2 kat sini. Tapi takperlah.. harap2 aku ada peluang la balik Johor dalam masa terdekat ni untuk jumpa suami dan anak2 aku.

InshaaAllah

Tolong doakan untuk aku ya.
Maceh!

Pagi ni aku sarapan kek pisang kak mona je.. malas nak masak... Kawankan pulak dengan Air Milo Farm Fresh yang dah memang jadi favourite aku sekarang ni...

Cubaan untuk buat biji sagu jadi sebutir sebutir macam kristal gagal lagi. Lepas ni aku buat sagu gula melaka tu guna teknik asal je la yang aku biasa buat sebelum ni. Tak payah gatal2 cuba yang viral2 ni.

Bahan semua ada maka terhasillah puding roti sos kastad aku 

Senang hati tengok dia menjadi dalam oven

Bayangkan ni semua aku makan sorang...

Alhamdulillah... Kenyang makan ni je. Haha

Malam buat stok sambal tumis pulak...

Tengah2 malam makan lempeng cicah sambal.
 Haha

….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


23/04/2020





22 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 113 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, April 22, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Rabu : 22/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-36

Pagi ni kena masuk ofis jap. Siapkan satu kerja urgent. Alang2 memang aku nak bawak sekali bubblewrap Sue yang dia minta tolong aku ambil kat Kg Melayu Subang semalam.

Sebelum keluar, siap2 tampal notis kat pintu rumah. Ni kes Jumaat lepas aku pergi kerja, pos laju hantar barang kat rumah tapi sebab aku takder kat rumah, so dia bawak balik barang aku tu kat poslaju shah alam. Aku tunggu gak kalau dia ada call, memang aku nak suruh dia selit kat grill tu je. Tapi dia takder call pulak. Takperlah. So aku dah request untuk second delivery.

Sampai IPD sebelum naik ofis, aku tunggu Sue sampai jap ambil bubblewrap dia ni..

Settle kerje, terus ke Mydin USJ jap. Beratur gak nak tunggu turn masuk dalam. Aku ke sini semata2 nak beli tembikai je sebenarnya. Stok lauk masih ada laginkat rumah. Stok buah je yang dah nak abis.

Lepas pergi Mydin, aku merempit jap pergi Bake With Yen, Bandar Puteri. Sama... Kena beratur juga. Tapi demi langkah2 keselamatan, sis tak kisah la. Dalam ni sis tak lama.. 10 minit jer.. 


Tengahari aku dah sampai rumah. Elok je aku sampai rumah, Pakcik Mizan wasap aku suruh ambik ration, ada extra 2 bekas. Aku dah sampai rumah, memang tak boleh buat apa laaa.. sementara nak masak petang nanti, aku makan kek pisang dengan tembikai la yang aku beli kat Mydin tadi.

Tak lupa juga Milo Farm Fresh.. dah jadi air favourite aku dah...

Jadah aku masuk gambo ni dua kali...

Dah petang sikit baru aku masak... Tu diaaaa.. Masak Ikan Patin Temerloh kauuu. Ni yang aku beli kat Tijah tu.. satu bekas ni RM35

Dalam satu pek ni, ada paste dengan dua potong ikan patin. Ikan patin dia memang segar. Gred premium ni. Memang berbaloi dengan harga.

Tu diaaaa... Berselera sungguh aku makan.. bertambah2 nasi aku.. sama macam masakan ikan patin tempoyak mak aku. Dah abis makan pun melekat bau wangi tempoyak kat tangan. Peh! Rugilah siapa yang tak makan ikan sungai tu.

Siang aku dah makan nasi banyak.. malam aku makan tembikai je la...

Ha ni la tadi ikan patin yang dah siap masak..
Peh! Memang nak order lagi kat Tijah ni nanti. Puas aku makan sorang.

Lantak. Gemuk pun gemuklah. Yang penting suami sayang.

Eh!




….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

22/04/2020



21 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 112 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, April 21, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Selasa : 21/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-35


Apa yang terjadi sekarang, memang langsung tak pernah terlintas di fikiran akan berlaku, bukan saja kat negara kita, malah hampir seluruh dunia. Dulu aku pernah membayangkan, macamana agaknya kalau berlaku perang dan aku terperangkap disuatu tempat jauh dari keluarga aku. Macamana aku nak balik jumpa keluarga aku sedangkan aku terpaksa berdepan dengan musuh yang ada di merata2. Silap langkah aku akan tumbang di hadapan musuh sebelum sempat aku berjumpa keluarga aku. Ya. Aku pernah membayangkan ini berlaku.

Tapi apa yang berlaku sekarang lebih bahaya dan mendebarkan. Musuh tak nyata. Tak nampak dengan mata kasar. Keluar rumah pun hanya bertawakkal kepada Allah dengan harapan musuh tak menyerang kita. Yang pasti dengan langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan, musuh ini makin berkurangan walaupun masih ada.

Marilah kita sama2 berjuang. Kita pasti menang!

Hari ni nama aku naik untuk bertugas. Walau tak banyak kerja yang perlu disiapkan, tapi ianya tetap penting. 

Sampai IPD aku duduk dalam kereta dulu sebab masih awal. Macam biasa aku layan Suria FM, tak tukar siaran lain dah. 

Pagi ni Sjn Adam tapaukan nasi lemak telur. Alhamdulillah. Lama aku tak makan nasi lemak. Cuma satu je kalau makan nasinlemak ni.. sambal nak kena banyak. Kalau sambal sikit, tak terasa nikmat nasi lemak tu.
Hahaha banyak pulak cekadak.

Dalam pukul 10 pagi Pakcik Mizan ajak minum kedai Cik Awang. Oleh sebab tadi aku makan jer tapi tak sempat minum, okla aku pergi juga. Tapi kena ada social distancing la. Keselamatan tetap kena jaga. Mujur juga lah kedai cik awang ni bukak. Kalau tak, tak tau la mana diorang yang kena kerja ni nak beli makanan. Walau kedai dia bukak, tetap ikut apa yang disarankan oleh KKM.

Tengahari pun Sjn Adam belikan makan. Alhamdulillah

Aku lari pergi Kedai Eco jap. Ada barang urgent yang aku kena beli. Asalnya aku nak pergi beli jat DIY dalam Giant USJ tu, rupanya tutup. Aku tanya budak yang kerja cashier kat Giant tu, dia kata DIY bukak setiap hari Isnin dan Khamis je musim PKP ni. Tu yang aku lari pergi Eco je.

Sjn Mona datang hantar roti dan kek pisang ni. Aku terlupa yang aku ada order dengan dia.
Haha.
 Perut penuh dah.
 Takper.
Boleh makan nanti.

Sue minta tolong aku ambilkan stok bubblewrap dia kat Kg Melayu Subang tu lepas balik kerja.. tak mampu aku nak tolak bila kawan2 minta tolong. Lagipun yang aku nak ambil ni satu jalan nak balik rumah aku je.
 Bolehlah.
Nasib baik muat kereta aku ni bawak 100meter bubblewrap ni.

Dapat sambal kentang free ni. 

Malam aku makan roti sarang lebah yang beli kat Sjn Mona ni..
Alhamdulillah sedap dan kenyang.

Gebu Kek Pisang kukus dia ni. Memang aku suka sangat bila dia yang buat. Lembut jer. Kek Pisang kak mona ni memang jadi favourite aku sejak aku stay rumah dia kat Kuala Langat masa kami ada game pingpong kat IPD Kuala Langat.
Sedap weyhhhh 


….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

21/04/2020




20 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 111 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, April 20, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Isnin : 20/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-34

Makin hari makin berat diri ini aku rasa. Pakaian pun dah mula mengecik.. Padahal apa yang aku makan time PKP ni sama je dengan sebelum PKP lagi... Tapi mungkin kurangnya pergerakan, senaman dan aktiviti lain, makanya lemak-lemak kat badan semakin terkumpul.

Nantilah. Memang akan aku usahakan untuk kurus lepas ni. Taknak banyak pun, dapat turun 20kg pun jadi lah.

Ngeeeeeeee!


Tauhu begedil, sambal kicap dengan susu kurma yang sangat sedap ni. Abaikan bekas sambal kicap yang comot tu. Malas nak lap. Haha

Aku pergi repair kereta jap. Maklumlah kereta lama... banyak sangat merajuknya...

Laksa dan cendol dari Man Laksa. Sebenarnya diorang dah hantar sebelum aku pergi bengkel lagi... tapi sebab aku kenyang makan tauhu begedil, aku simpan dulu. Dah pukul 6lebih baru aku panaskan semula kuah laksa tu.. cendol memang aku simpan dalam peti ais. Laksa dan cendol dari Man Laksa ni memang sedap. Siapa yang tinggal area rumah aku ni memang tau la macamana nikmatnya rasa laksa dan cendol ni.

Ni cerita jam 12.30 tengah malam.
Ucapkan selamat tinggal pada 'Kurus'.. semakin lama semakin jauh nampaknya kita ni.

..........................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

20/04/2020



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review