Sahabat

Halaman

15 April 2016

Ujian Kemahiran Menembak Pistol

By Dalia Hassan at Jumaat, April 15, 2016
Assalamualaikum wbt....

Terjaga jam 2.45am... mata terkebil2 tak boleh tido semula. Ni la padahnya tido awal, bangun pun awal... malam tadi belum pukul 10 aku dah hanyut.... ngeeee!

Alang2 dah tak boleh nak lelap mata ni, aku nak cerita sikit. Pada 12/4/2016 yang lepas telah berlangsungnya Ujian Kemahiran Menembak Pistol, Peringatan Hari Polis Ke 209, IPD Kuala Selangor di Lapang Sasar Jeram. Lama weh tak menembak, menggeletar tangan mak! Aku lebih suka pakai revolver, ringan walaupun agak leceh sikit. Tapi kali ni aku takder pilihan, kena guna Walther P99... ok, senang tapi agak berat sikit dari revolver. Okaylah, walaupun tak dapat tempat 10 teratas, tapi aku puas hati sebab berjaya jatuhkan plate dalam acara falling plate....

Selfie dulu sebelum menembak...
OCPD Subang Jaya, Tuan Azlin dan isteri, Puan Naim.
Walther P99... sebelum bermula acara Centre Fire Individu
Menembak tak seberapa, selfie jer lebih.. haha!

Habis je acara penyampaian hadiah, kitorang terus lari pegi jeti. Perut lapar. Tapi berlagak taknak makan makanan yang diorang sediakan. Nak makan sendiri gak. Yer la kan...alang2 dah sampai Kuala Selangor ni, kita cari seafood la...

Dalia kalau bab makan, memang tak toleh kiri kanan dah!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review