Assalamualaikum wbt
Khamis : 02012020
Hari tak banyak yang aku nak ceritakan... Pagi settlekan sarapan untuk diorang sebelum pergi sekolah.. aku gorengkan nugget je untuk diorang, nasi goreng untuk dihantar ke rumah mertua aku. Cuma Ainul sebelum pergi sekolah, dia dah pesan tinggalkan nasi goreng tu sikit untuk dia makan lepas balik sekolah nanti...
Lepas diorang pergi sekolah, aku berpatah pinggang menyapu keliling rumah yang penuh dengan dedaunan berguguran - stok daun dekat tiga bulan punya... Banyak giler.. ketebalan daun tu seolah- olah kita boleh berenang-renang ketepian kat atas tu (ok ini imaginasi terlampau)
0 comments:
Catat Ulasan