Aku sehari kalau tak cerita pasal makan memang tak sah. Takder apa nak cerita aktiviti hari ni sebab sibuk dengan kerja.. hal kerja pula banyak yang tak boleh aku ceritakan kat sini.. so cerita makan je la yang aku ada.
![]() |
Sarapan pagi aku.. beli kat kantin IPD... Spagethi bolognese.. |
![]() |
Sebab pagi aku dah makan bolognese, so tengahari aku tak makan dah sebab kenyang dengan sarapan. Tapi balik kerja tu aku singgah beli nasi ayam kicap yang kebetulan aku terperasan dia jual depan Speedmart. Ermmm. Aku rasa yang orang ni jual masih tak setanding dengan Nasi Tiga Budak Gemuk. Ayam kicap dia macam terlebih bawang putih, ada bau bawang putih yang kuat. Sambal dia tak pedas, tapi harga sama macam tiga budak gemuk. Takperlah. Aku mungkin tak kena dengan selera aku, tapi mungkin kena dengan selera orang lain. Ye la.. citarasa kita semua berbeza.. kannnn. Hehe |
![]() |
Ni roti aku order dengan Kak Mona. Asalnya aku nak buat sarapan, tapi atas sebab dia hantar lewat ada kes kematian kat tempat dia, so dah petang baru dia hantar. Aku simpan untuk esok je la... |
Ok. Tu je cerita yang aku ada untuk simpan kat sini.
DĂ aaaaaaaaaaaaa!
2 comments:
Blog sis pun banyak citer bab makanan je..hahaha...
Suria Amanda... Hahaha hobi tu... Lepastu bising berat makan naik. Hahaha
Catat Ulasan