Sahabat

Halaman

01 Ogos 2020

Ibadah Qurban 1441 Hijrah

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 01, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Mengapa Islam mensyariatkan umatnya melaksanakan ibadah qurban?


Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada  Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, Hadis dan Ijma’ tentang pensyariatan ibadah qurban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah qurban antaranya firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.
Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.
Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim).
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis para ulama’ telah bersepakat bahawa ibadah qurban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. berdasarkan maksud firman Allah di dalam surah al-Soffat ayat 107:
Maksudnya : “Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibash) yang besar”.  


Gambar kat bawah ni masa qurban dibuat kat rumah mak abah aku kat Segamat.

Qurban, qurban juga. SOP jangan dilupakan. Kena saman boleh dibayar... Kena covid, sendiri mau ingat. 🤣🤣🤣
































Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 214 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 01, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 01/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-137

Hari ni kami akan melaksanakan ibadah qurban... Memandangkan kita masih dalam tempoh PKPP dan terikat dengan SOP, maka kami akan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. 


Lembu ni yang bakal di qurbankan hari ni..

Penyembelihan dilakukan di rumah penyembelihan di Kg Pauh, Sepinang... Setelah disembelih baru di bawa ke rumah mak abah aku di Felda Pemanis untuk di bahagikan ke bahagian2 kecil dan diagihkan kepada golongan asnaf.

Qurban selamat mendarat di rumah mak abah aku...

Mee kari yang kami order untuk sarapan petugas yang uruskan daging qurban... Termasuk kami.
Kuih talam berlauk ni aku order kat classmate aku masa sekolah dulu, Suriah. Memang sedap. Sebab tu tiap kali aku balik segamat, kalau sempat memang aku akan order kat dia. Selain talam berlauk ni, nona manis dan kek marble dia pun sedap.


Repeat makan mee kari. Nampak simple tapi kuah dia memang sedap.

Settle qurban, kak long aku masak sup tulang. Peh! Tulang baru, memang manis. Cuma aku tak berani nak makan kuah sup tu. Takut darah tinggi nanti. Haha.. so aku makan macam ni je.. dengan sambal kicap yang kak long aku buat. Memang terbaik.

Dah makan banyak hari ni, petang aku ajak kakak aku, Kak Ani keluar pergi Taman Yayasan untuk beli buah-buahan pulak. Baru balance katanya... 


Untuk gambar-gambar sepanjang qurban hari ni akan aku tuliskan di entry yang berbeza nanti. Sekadar simpanan untuk kenangan di masa hadapan nanti.

InshaaAllah

31 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 213 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 31, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 31/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-136

Salam Aidiladha buat semua... Hari ni kami adik beradik cuma mengemas rumah jer.. takder masak2 sebab semua kami dah order... Bukan saja menyenangkan mak kami, malah ia juga menyenangkan kerja kami. Haha...

Juadah untuk diberikan kepada jiran2 juga dah siap diasingkan oleh tukang masak ke dalam mangkuk2 bertutup. Kami tinggal masukkan setiap jenis ke dalam plastik untuk di hantar kepada jiran2. Manisnya duduk di kawasan felda. Betukar2 juadah.. macam2 masakan kita boleh rasa. Semua sedap2... Aku pun tak sempat nak ambil gambar semua. Apa yang sempat je...

Rendang Ayam

Sambal Kacang

Kuah Lodeh

Suasana pagi yang tenang... Sejak awal pagi lagi dah hujan... Sejuk jer.. kalau dapat tidur memang best.

Nyum nyum.. pandai kak long aku cari tukang masak. Sedap...

Kekasih hati aku. Sayang dunia akhirat.

Lepas solat Jumaat kami buat surprise besday untuk abah. Saja sambut awal memandangkan time ni ramai adik beradik ada balik walau tak lengkap. Abg aku yang kerja kat Miri, Sarawak tak dapat balik kali ni.. takperlah..



Suka tengok bila abah ceria...

30 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 212 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 30, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 30/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-135

Bersemangat sikit hari ni sebab nak balik Segamat. Risau juga kalau perut buat hal dalam bas. Awal2 lagi aku dah pujuk perut... Minta sangat supaya di behave. Haha


4 balang kuih popia simpul kasih (1kg x 4bekas = 4kg) untuk mak aku. Aduh. Bawak kuih jer dah 4kg.. nak bawak naik bas. Bertabahlah... 😂😂😂

Boolat... Kat depan IPD ni tunggu kawan aku sampai nak hantar ke TBS... 

Tukar tiket dulu

Nasib tak kena tinggal nyah... Aku beli tiket online untuk bas pukul 10pagi... Bila tukar tiket tengok pukul 9.30pagi.. yang aku pulak lepas tukar tiket, terus simpan tiket dalam poket seluar, tak tengok2. Pastu boleh lepak main Candy Crush dulu. Plan dalam 9.45pagi baru nak turun bawah. Sekali dalam pukul 9.35 hati aku tergerak nak tengok tiket. Amik kau terkejut beruk bila tengok tiket pukul 9.30 bukan 10 pagi. Cepat2 aku angkat beg dan turun bawah. Nasib baik masa tu bas tak gerak lagi. Selamat. Haha

Ngam2 3 jam perjalanan dari KL ke Segamat. Syukur tak hujan.

Anak buah aku yang ambil kat stesen Segamat. Tak lama lepas tu dia dapat panggilan dari mak mertua dia bagitau yang abang ipar dia sepatutnya naik bas yang sama dengan aku dari KL, kena tinggal bas. Haha aku dah agak dah sebab aku tak nampak kelibat dia dalam bas tadi sebab aku memang tau dia sepatutnyan naik satu bas dengan aku. Nasib baik dia dapat tukar tiket bas pukul 11pagi.

Sebelum balik rumah mak aku, singgah ambil kek kat Bukit Siput untuk surprise besday abah esok. Saja buat awal heberapa hari...

Sampai rumah, tengok makanan raya dah ada. Rendang ayam, sambal kacang kakak aku orderkan je sebab taknak mak aku masak... Sian mak nak kena masak banyak. Cuma kuah lodeh dan nasi impit jer buat sendiri... Kuah lodeh tu memang terbaik... Air tangan mak tak pernah mengecewakan. Terbaikkkk.

29 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 211 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 29, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 29/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-134


Malam tadi aku kena sakit perut lagi. Sepanjang malam mata aku tak boleh lelap menahan sakit. Sedih giler bila macam ni, aku sorang2 kat sini. Entah bila la agaknya aku ni nak ada rezeki bertukar balik Johor, duduk dengan suami.dan anak-anak aku. Ni aku dok sorang2 kat sini, kalau lah berlaku apa2 agaknya, mati pun orang tak sedar. Sedih giler bila difikirkan. Permohonan pertukaran lama aku hujung tahun 2017 pun dah expired dah.. bila mohon semula yang baru, nak sampai ke peringkat terakhir pun berbulan-bulan masih tergantung. Frust sangat... Permohonan untuk keluar jabatan langsung takder apa respon. Bila cek status online, 'akan dibawa ke mesyuarat seterusnya'.. Akhirnya bila cukup masa, expired. Kadang2 aku rasa nak quit atau berpencen awal je kalau susah sangat nak mintak tukar. Yang penting aku ada bersama dengan suami dan anak-anak aku. Aku risau, bila sampai masanya nanti aku dapat bertukar, semuanya dah terlambat. Ye la.. duduk jauh2 ni macam-macam dugaan tiba. Entahlah. Susah nak luah. Minta semua doakan yang baik-baik jer la.

Ok. Done luah perasaan.


Hari ni pukul 10 lebih baru aku keluar dari rumah. Itupun rasa macam berat hati sangat. Perut aku masih sakit. Baju pum aku pakai je apa yang ada yang tak perlu di gosok.

Sebelum sampai opis, aku singgah Parcelhub kat Mydin USJ jap untuk drop off parcel customer shopee aku.

Singgah beli sarapan dulu. Teringin nak makan lontong

Ermmmmmm

Penyudahnya aku makan kuah dan sayur2 tu je. Nasi impit dia keras semacam. Macam dah lama tersimpan dalam peti ais. Takperlah... Aku makan mana yang boleh di makan jer.

Sampai opis tengok dalam peti ais, si Pze Oyeah dah hantar stok otak-otak yang kawan2 aku order. Ni cuma separuh je, separuh lagi aku tumpang simpan kat peti ais Cawangan Khas... Otak2 ni sensitif sikit... Tak boleh terdedah lama kat suhu biasa. Nanti rosak. Rugi. Ngeeeee!

Memandangkan lontong yang aku beli untuk sarapan tadi aku tak makan nasi impitnya... Masuk pukul 3 jer perut aku dah berbunyi minta di isi. Ubat yang doktor bagi tu memang kuat, sebab tu doktor awal2 dah pesan kat aku supaya jangan biarkan perut kosong sebab ubat tu powerful. Aku tak faham sangat fungsi ubat tu tapi yang aku faham, aku kena makan berat. Sementara ni memang aku cuti dari berdiet. Sementara.

Untuk makan malam pula, aku bakar otak2... Alang2 dah amik stok yang kawan2 aku order, aku pun beli sekali untuk aku. Otak2 dia ni memang sedap. Tak rugi beli.


Ok. Sekian cerita dan luahan aku untuk hari ni. Harap semua dapat doakan aku. Pertukaran balik ke Johor dan juga doakan mohon diberikan kesihatan yang baik supaya aku kuat menjalani kehidupan sebatang kara di sini.

28 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 210 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 28, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 28/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-133


Aku cuti lagi hari ni. Ambil Cuti Tanpa Rekod yang aku dapat masa kerja dalam tempoh PKP aritu. Malam tadi aku tak dapat tidur lagi. Perut aku meragam lagi.... stress dibuatnya...


Sarapan aku pagi ni...

Alang-alang cuti ni, buat terus la order dari shopee tu... itupun dah lewat gak baru aku masak... Sambal ikan bilis tamban versi diet. Tak guna gula.. aku guna stevia sebagai pengganti gula...

Ready untuk di buat penghantaran. Satu tu sambal x dua bekas.. satu lagi tu mask extender. Dua2 order dari shopee...

petang aku pergi farmasi lagi... lepas tu aku pergi J&T Subang Perdana untuk uruskan satu penghantaran tu... balik tu aku singgah beli sushi jap... tapi aku makan atas dia jer.. tak berani aku nak makan pulut tu... takut perut aku makin sakit.

Singgah isi minyak kereta kat petronas seberang jalan besar dekat rumah. Nampak gayanya ada satu lagi McD nak dibuka kat area rumah aku ni. Baru je dua tiga minggu lepas satu McD di buka kat belakang rumah aku tu..  Subang Bestari.. makin gemuklah aku lepas ni...

Singgah jumpa Eka jap kat Paya Jaras... ambik order yang mak aku kirim... Eka ni bekas menantu orang kampung aku.. dulu masa dia duduk kampung aku dulu, memang mak aku ni salah sorang customer tetap dia la... Makanan yang dia buat sedap2 belaka. Sekarang ni sejak dia kawin baru, dia duduk Paya Jaras jer.. aku la yang untung.. sebab dekat dengan rumah aku. haha

Ni sushi yang aku beli tadi...

Order bihun goreng guna food panda. Tak sedap.

malam tengok live busking kat fb kawan aku... lama dah tak support dia.. tengok kat fb pun jadi la... hehe! Pupers Busker... Kechik, Amir dan Jepun. Husna malam ni takder pulak... sedap suara Husna tu.. aku suka lebih2 bila dia nyanyi lagu Siti Sarah, Semakin. Memang power....

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review