Sahabat

Halaman

14 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 105 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, April 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Selasa : 14/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-28


Entah kenapa tekak ni rasa nak makan biskut raya je semenjak dua menjak ni.
Memandangkan bahan2 nak buat biskut raya aku dah beli, so tengahari tadi aku memulakan projek buat tart nenas.

Apa-apa hal makan buah dulu buat alas perut.

Adunan tart nenas. Resepi tart nenas ni aku guna yang paling simple, yang memang aku guna sejak dulu lagi. Bak kata orang, memang pegang resepi ni sebab abah aku suka tart nenas yang guna resepi ni. Tak payah beria beria letak itu ini (memang sedap pun sebenarnya kalau guna resepi lain), cuma untuk selera aku dan family aku lebih kepada yang ini.

Resepi

Butter 250g
Telur sebiji (tak perlu asingkan utk ambik kuning. Guna sebiji terus)
Esen vanilla
Tepung jagung dua sudu
Tepung gandum (agak2.. masa buat adunan tu boleh agak)

Jem nenas.

Butter dan telur tu tak perlu guna mixer.. Gaul je guna senduk... Lepas tu masukkan bahan2 lain. Tepung gandum tu kena masukkan sikit2 supaya kita boleh agak nak adunan yang macam mana.. masa ni pastikan buat dengan penuh kasih sayang supaya dia menjadi dengan sebaiknya.

Biar takder rupa asal ada rasa.


Panas2 keluar oven, test dulu sebiji.
Memang ngam la...

Dapat banyak ni je. Cukuplah untuk aku sorang... (Eleh. Padahal dah makan banyak sebelum simpan dalam bekas ni)

Siap buat tart, aku sambung masak laksa  bakso pulak. Pukul 3 lebih baru start masak. Dalam pukul 4 lebih siap dah. Terus makan.

Malam makan lagi. Orang jawa kata, mentong. Siapa lagi nak abiskan makanan kat rumah ni kalau bukan aku, satu2 nya penghuni rumah ni. (Yakinnya kamu!) 👻 

Dah pukul 10 lebih, aku potong 3 biji buah oren untuk aku makan. Rasanya aku ni macam dah terlebih vitamin C pulak...

Eh. Lupa nak cakap. Tadi aku ada minum nescafe sikit. Sikit je. Tak sampai suku cawan pun. Tapi mata terus tak boleh nak tidur.

Apa lagi.
Keluarkan gitar dan beraksi lah.
Lantak la jiran nak terjaga dari tidur ke apa ke sebab dengar suara aku yang lunak merdu bagai bidadari dari kayangan menyanyikan lagu rindu. Alah. Diorang pun confirm siang dah terlebih tidur waktu2 PKP macam ni.

Tak rock la tidur awal!

Psssttt : Mujur tak hujan lepas aku nyanyi tu.
 Biasa lebat.
Ini luar biasa.
 Haha!

..................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


14/04/2020



13 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 104 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, April 13, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Isnin : 13/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-27


Hai korang!!!

Banyak dah ke try menu2 baru? Menu2 viral... Sis macam biasa la.. tengok mood nak masak... Almaklumlah, kat rumah ni perut sis sorang je yang ada... Kalau rajin sis masak.. kalau tak rajin sis order je.. tapi kebiasaanya memang sis order je la... Tak semangat rasa nak masak untuk sorang makan... Tapi kadang2 tu, ada gak la...


Hari ni sarapan aku merangkum lunch sekali. Awal aku makan.. pukul 11... Belek2 Foodpanda, nampak lontong ni. Order la sekali dengan sambal sotong. Lepastu aku goreng karipap kingkong aku tu...

Alhamdulillah... Kenyang sangat dan mampu bertahan sampai petang...

Aku dah gian nak minum milo guna susu segar farm fresh. Sedap sangat sebab dia tak manis. Kalau guna susu tin, confirm manis melekat berkrim disukai ramai. Potong kaki.

Dalam tengahari, barang yang aku order dah sampai. Biarlah dulu kat situ. Nanti aku sembur skit dengan sanitizer.

Pukul 4 lebih aku keluar beli barang kat Pasaraya Super Seven. Panjang beraturnya hoi. Sis pasrah.

Ingatkan aku yang paling belakang, toleh2 tengok.. ambik hah. Panjang lagi ke belakang..
Korang pun sama macam sis.. pasrah je. Heha

Lepas balik dari beli barang dan simpan semua kat tempat yang sepatutnya, aku makan buah lagi sebelum aku masak untuk makan malam. Peh. Manis betul buah ni. Rock Melon ke apa ntah namanya.
Aku tau makan je...

Ni menu makan malam aku. Nasi goreng. Oklah selagi tak bosan makan benda yang sama.
Haha

….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



13/04/2020



12 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 103 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, April 12, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad : 12/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-26

Seronok memang seronok PKP ni, tapi tahap kebosanan tu memang level teratas la. Nak nak aku ni yang duduk rumah sorang2... Naik tepu dah otak ni.

Kalaulah tilam aku ni boleh bercakap, mau aku kena maki sebab kerap sangat hempap dia.

Kalaulah peti ais aku ni boleh bercakap, mau aku kena jerit dengan dia tak kasi datang dekat. Social distancing.

Kalaulah dapur aku ni boleh cakap, mesti dia suruh aku bawak tilam tidur kat dapur jer. Kalau dah masuk dapur, faham-faham ler...

Paling teruk kalau perut aku ni boleh cakap, mesti teruk aku kena bebel sebab dia tak sempat nak rehat. Asyik bekerja je.


Pagi2 aku melayan movie kat laptop. Lama sangat dah tak on laptop... Nasib baik dia tak merajuk...

Sarapan aku... Karipap dengan milo fresh milk. Suka sangat aku buat milo dengan fresh milk ni.. tak manis sangat... Sedap je masuk tekak...

Nasi goreng petai untuk makan tengahari.. errrr.. sebenarnya dah petang sikit baru aku makan..

Oleh sebab nasi goreng tadi aku makan dah lewat petang, so malam aku ambik buah je...

….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


12/04/2020


11 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 102 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, April 11, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Sabtu : 11/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-25

Guling2 lagi... Malas betul nak exercise. Hari ni pecah rekod, dekat pukul 10 aku bangun.. sebab tu aku tak suka tidur lepas subuh. Mesti nanti aku kesiangan walaupun konon2 nak tidur kejap je.


Dah terbangun lambat, takde la aku nak buat sarapan... Terus sekali jalan, masak untuk makan tengahari... Menu simple je tapi aku makan bertambah. 

Petang sikit aku buat karipap pulak. Order karipap frozen kat sorang ni, dia iklankan kat grup fb Community Subang Bestari, tapi berapa hari order tak dapat2...

Last2 aku buat sendiri.
Puas hati.
Haha

Sebelum ni buat karipap guna acuan... Kali ni kelim sendiri je. Mana entah aku campak acuan karipap tu. Time nak guna semua cari tak jumpa. Nanti bila dah tak nak, baru la jumpa.

Memang biasa macam tu...

Yang depan tu dah siap goreng.

Yang belakang tu untuk di frozenkan.
Karipap besar belakang tu bukan sebab aku dah malas nak buat okay... Tu sebab aku rindu karipap king kong Kuala Selangor.

Haha!

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


11/4/2020




Lirik Lagu : Hanya Rindu ~ Andmesh Kamaleng

By Dalia Hassan at Sabtu, April 11, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Musim PKP ni, dok rumah teringat2 mak abah kat kampung... Bukan mak abah jer, suami dengan anak2 aku pun semua kat Johor. Rindu sangat kat diorang...

Terdengar lagu Hanya Rindu ni, bertambah2 rindu kat diorang semua tu.. entah bila la dapat jumpa semula...

Ajomlah tengok lirik lagu ni... Mana yang senasib dengan aku tu, bersamalah kita bertabah sambil ber huhuhu.


Hanya Rindu ~ Andmesh Kamaleng

Saat ku sendiri, ku lihat foto dan video

Bersamamu yang telah lama ku simpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa, ku ulang kembali
Ku ingin saat ini, engkau ada di sini

Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu
Segala cara telah kucoba

Agar aku bisa tanpa dirimu,
Ho-oh
Namun semua, berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu
Ku ingin saat ini, engkau ada di disini

Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukan diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu,
Ho oh
Hanya rindu
Ho-oh
Ku ingin saat ini, engkau ada di disini

Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan, ho oh

Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu
Ho-oh
Hati ini hanya rindu, hmm
Ku rindu senyummu, Ibu


10 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 101 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, April 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 10/04/2020

PKP / RMO : Hari ke-24

Hari merupakan ulangtahun perkahwinan mak dan abah aku yang ke 48 tahun... Dan kak long aku pun sangat bertuah sebab berkongsi tarikh lahir yang sama dengan tarikh anniversary mak abah aku... Genap setahun mak abah aku kawin, long pun lahir. Kira macam long aku ni hadiah anniversary pertama mak dengan abah laaa..

Selamat Hari Lahir Long yang ke - 47.. tua dah awak!

Haha

Kek marble ni aku order kat Suriah, kawan kelas aku zaman sekolah dulu..

Kek Chocolate Indulgence order kat budak kampung aku gak, fb : Suraya Sbs

Ni kek besday along aku yang anak2 dia bagi. Kek favourite aku ni, pecan butterscotch.

Ok. Cukup cerita pasal anniversary dan birthday...
Meh tengok apa aktiviti aku hari ni...

Pagi aku bermalas2an kat ruang tamu atas buaian... Pastu tetiba macam pelik pulak kenapa air purifier coway ni bertukar warna merah, tapi kejap je. Pastu aku bagai tersedar dari lamunan... Oh patutlah bertukar merah. Aku kentut.

Ok. Tolong lupakan apa yang aku baru bagitau kejap tadi.

Macam biasa. Sarapan yang paling senang di buat. Haha

Tengahari sikit, aku makan epal pulak.. masih dalam mood malas nak masak. Buat dunia yang di belakang tu, semoga cepat pulih dan bebas dari Covid-19.

Dalam pukul 2lebih aku masak kueytiaw goreng kerang... Boleh tahan sedap. Abis sepinggan tu aku makan.

InshaaAllah kenyang sampai malam...

Dalam pukul 4 petang, TSMY sampaikan Perutusan Khas. Satu je aku harap kalau PKP di teruskan (walaupun memang dah dapat agak ianya akan diteruskan).. aku harap TSMY beri kelonggaran pada suami/isteri yang tinggal berjauhan supaya mereka di beri peluang untuk balik berjumpa pasangan masing2 sebelum PKP Fasa Tiga dilaksanakan.

Yang ni memang aku berharap sangat.
Mereput dah aku dok kat Subang ni sorang2. Makan tidur makan tidur.
Bosan.
Nasib baik ada dinding, boleh ajak borak.

Paling aku risau, aku syak yang dapur aku tu berhantu.

Sentiasa terang benderang.
Bercahaya.
Kadang2 sampai mengeluarkan api.
Menakutkan.
Lebih menakutkan bila aku sesat dalam dapur, dan tak jumpa jalan keluar dari dapur.

Kadang2 rasa terlalu sayang nak meninggalkan dapur. Seolah2 macam dah dicalitkan dengan minyak pengasih sampai terfikir nak letak tilam kat dapur. Tak sanggup berjauhan.

Peti ais pun sama. Dia taknak berenggang dengan aku. Takder istilah social distancing antara aku dan peti ais.
Cinta kami kian bersemi walau kadang2 isinya kosong.

Ok.
Stop merapu.

 TSMY takder umumkan apa yang aku harapkan.
Life must go on.

Yang penting,
Biar gemuk,
asalkan jangan lapar.

Stay at home
And
Keep stay in my heart.
Okey. Cukup iklan. Sambung cerita aku tadi...

InshaaAllah kenyang sampai malam???? Memang pun makan kueytiaw tadi aku kenyang sampai malam... Tapi... Tengah malam aku dah lapar balik. Terpaksa la aku masak burger dua biji. Satu Dalia yang makan. Satu lagi Dalia makan.

 Harap sangat korang jangan pening dengan manusia yang punya nafsu makan macam ni.

Jangan risau!

Beberapa hari lagi aku akan diet.
Aku janji aku tak makan waktu siang.
Aku makan malam jeeeee 

Oleh sebab tahap kebosanan aku dah lebih tinggi daripada bangunan tujuh tingkat.. aku pun keluarkan la harta aku ni.. konon2 nak main gitar sekali guitar tuner aku takder bateri.

Aku mana reti adjust sendiri.

So simpan gitar.
Masuk bilik.

Main Candy Crush.
Bosan.

Bukan FB.
Bosan.

Tengok wasap.
Takder orang wasap.
Tutup.

Bukak IG.
Malas nak scroll.
Banyak sangat.

Bukak twitter.
Bosan.

Bukak shopee.
Sampai pagi tak boleh tidur.
Rambang mata.
Sedar tak sedar, 72 barang dah tersimpan dalam cart.

Uninstall Shopee.
Puaka..
Mintak dijauhkan.

Tertidur.
Sedar2 dah azan Subuh.
......................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


10/04/2020




09 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 100 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, April 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Khamis : 09/04/2020

PKP / RMO : Hari Ke-23

Bila la agaknya semua ni akan berakhir? Aku memang dah nekad, abis je PKP ni aku nak sambung cuti lagi seminggu untuk balik Johor jumpa asben dengan anak-anak aku.

Rindu tak tertahan hoi!

Rindu, rindu gak. Makan tetap on. Selera tak berkurang. Bertambah lagi ada, sebab stress. Entah bila la aku dapat tukar balik Johor ni. Tak sabar tunggu saat dan ketika tu.

Sarapan aku pagi ni. Honey Star dengan Susu Farm Fresh yang di proses dari Ladang Lembu di Kota Tinggi. Cukuplah aku membayangkan yang aku ada kat Kota Tinggi sekarang ni hoiiii.

Malas masak tengahari. Buat donut sambal jer. Lama dah tak makan donut sambal ni. Zaman aku sekolah menengah, hari2 beli kat gerai makcik depan pagar sekolah. Memang sedap dia buat, sama rasa macam aku buat.

#eh🤭

eh eh! Terbuat Dalgona Coffee lagi. Tapi aku tak berani nak minum banyak. Minum sikit, lepas tu aku simpan dalam peti ais. Esok sambung minum. Kalau aku abiskan ni, mau tiga hari tiga malam aku tak dapat tidur.

Makan malam aku, order dari Restoren Tomyam Udang Galah. Nasi Goreng Ikan Masin dengan Tomyam daging ni memang sentiasa jadi pilihan aku kalau beli kat restoren ni. Kena dengan selera aku.

Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun pernah bersiaran kat restoren ni. Masakan dia memang sedap. Macam-macam ada.

Haaaaa... Ni lah barang yang aku tertunggu2. Alhamdulillah... Minggu lepas order kat Shopee.. minggu ni dah sampai. Boleh la aku buat kuih raya nanti.

Weeeeeeeee!

……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




09/04/2020


08 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 99 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, April 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Rabu : 08/04/2020

PKP / RMO : Hari Ke-22

Kalau semalam aku kerja, hari ni dan InshaaAllah hari2 PKP yang seterusnya ni aku akan habiskan masa kat rumah je, kecuali kalau kena panggil, aku datanglah kerja. Tapi buat masa ni, memang kerja aku dah settle...

Sarapan pagi aku. Errrr.. terkantul pulak... Malam tadi cerita aku makan separuh... Tapi bila tunjuk gambar ni, nampak sangat lebih dari separuh yang aku makan tengah malam tadi.

Haha

Mee Goreng Mamak untuk makan tengahari dan bersambung untuk minum petang. Hahaha kan banyak mee tu... So separuh makan tengahari, separuh lagi makan petang. Yang penting, licin pinggan.

Menu tengah malam.
Burger special takder sayur.
Lupa nak beli sayur semalam. Yang ada stok dalam peti ais tu, lobak, bendi, daun sup, daun kucai dengan cauliflower. Semua tak sesuai untuk letak kat burger.

Sepatutnya boleh je aku letak bawang, tapi aku buat-buat lupa.

Hahaha
……................................................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




08/04/2020






PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review