Sahabat

Halaman

11 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 102 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, April 11, 2020

Assalamualaikum wbt

Sabtu : 11/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-25

Guling2 lagi... Malas betul nak exercise. Hari ni pecah rekod, dekat pukul 10 aku bangun.. sebab tu aku tak suka tidur lepas subuh. Mesti nanti aku kesiangan walaupun konon2 nak tidur kejap je.


Dah terbangun lambat, takde la aku nak buat sarapan... Terus sekali jalan, masak untuk makan tengahari... Menu simple je tapi aku makan bertambah. 

Petang sikit aku buat karipap pulak. Order karipap frozen kat sorang ni, dia iklankan kat grup fb Community Subang Bestari, tapi berapa hari order tak dapat2...

Last2 aku buat sendiri.
Puas hati.
Haha

Sebelum ni buat karipap guna acuan... Kali ni kelim sendiri je. Mana entah aku campak acuan karipap tu. Time nak guna semua cari tak jumpa. Nanti bila dah tak nak, baru la jumpa.

Memang biasa macam tu...

Yang depan tu dah siap goreng.

Yang belakang tu untuk di frozenkan.
Karipap besar belakang tu bukan sebab aku dah malas nak buat okay... Tu sebab aku rindu karipap king kong Kuala Selangor.

Haha!

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


11/4/2020




0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review