Isnin : 27/04/2020
PKP / MCO : Hari Ke-41
Ramadhan : Hari Ke-4
Oleh sebab berbuka puasa semalam aku minum nescafe ais makanya malam tadi aku keresahan sebab mata tak boleh nak lelap. Ye padanlah dengan muka aku... Dah tau kesan kalau minum nescafe nak minum jugak. Kalau minum time sahur tu bertabahlah juga. Ni minum masa berbuka. Selamat lah.. selamat berjaga sepanjang malam...
Aku sahur lebih kurang pukul 3 lebih.. dah tak boleh tidur, perut pun lapar awal laaa... Oleh sebab bakso yang aku masak semalam ada lagi, so panaskan tu jer untuk sahur. Jangan membazir. |
Hari ni seharian aku menghadap Candy Crush. Ye la.. dapat nyawa infiniti. Apalagi.... |
Nasi Ayam Penyet untuk menu berbuka.. Malas nak masak. Order guna apps Foodpanda jer.. |
….......................................................................................................................................
0 comments:
Catat Ulasan