Assalamualaikum wbt
Khamis : 30/04/2020
PKP / MCO : Hari Ke-44
Ramadhan : Hari Ke-7
Mood hari ni nak membaking . So terhasillah kek pisang. Sedih rasa. Nantilah aku bagitau kenapa. |
Untuk menghilangkan rasa sedih terhadap kegagalan kek pisang tadi, pisang yang masih berbaki aku jadikan dia cekodok. Nasib baik sedap. Terubat sedih aku. |
First time masak kari ayam. Rasa sedap tapi cara hidang tu agak hodoh sikit. Tak fotogenik betul ayam ni. Nantilah ada masa aku cuba belajar teknik ambil gambar makanan supaya nampak cantik. |
Cekodok tadi... |
Hari ni buat jus oren. Guna dua biji oren untuk satu cawan ni... Memang sedap... |
Kuih tepung pelita. |
Keratan rentas kek pisang yang dalam cup aku bakar sekali dengan yang bekas besar tu. Boleh pulak kek pisang ni gelakkan aku. Sakit hati. Sambung cerita lagi nanti... |
Malam Fizi hantar otak2 ni.. aku nampak dia update status wasap, jual ni. Tu yang terliur.. RM25 untuk 50pieces. |
Dapat jer, terus aku bakar 4 keping. Peh. Sedap sangat... Boleh order lagi ni nanti. |
….......................................................................................................................................
30/04/2020
0 comments:
Catat Ulasan