Sahabat

Halaman

14 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 105 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, April 14, 2020
Assalamualaikum wbt

Selasa : 14/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-28


Entah kenapa tekak ni rasa nak makan biskut raya je semenjak dua menjak ni.
Memandangkan bahan2 nak buat biskut raya aku dah beli, so tengahari tadi aku memulakan projek buat tart nenas.

Apa-apa hal makan buah dulu buat alas perut.

Adunan tart nenas. Resepi tart nenas ni aku guna yang paling simple, yang memang aku guna sejak dulu lagi. Bak kata orang, memang pegang resepi ni sebab abah aku suka tart nenas yang guna resepi ni. Tak payah beria beria letak itu ini (memang sedap pun sebenarnya kalau guna resepi lain), cuma untuk selera aku dan family aku lebih kepada yang ini.

Resepi

Butter 250g
Telur sebiji (tak perlu asingkan utk ambik kuning. Guna sebiji terus)
Esen vanilla
Tepung jagung dua sudu
Tepung gandum (agak2.. masa buat adunan tu boleh agak)

Jem nenas.

Butter dan telur tu tak perlu guna mixer.. Gaul je guna senduk... Lepas tu masukkan bahan2 lain. Tepung gandum tu kena masukkan sikit2 supaya kita boleh agak nak adunan yang macam mana.. masa ni pastikan buat dengan penuh kasih sayang supaya dia menjadi dengan sebaiknya.

Biar takder rupa asal ada rasa.


Panas2 keluar oven, test dulu sebiji.
Memang ngam la...

Dapat banyak ni je. Cukuplah untuk aku sorang... (Eleh. Padahal dah makan banyak sebelum simpan dalam bekas ni)

Siap buat tart, aku sambung masak laksa  bakso pulak. Pukul 3 lebih baru start masak. Dalam pukul 4 lebih siap dah. Terus makan.

Malam makan lagi. Orang jawa kata, mentong. Siapa lagi nak abiskan makanan kat rumah ni kalau bukan aku, satu2 nya penghuni rumah ni. (Yakinnya kamu!) 👻 

Dah pukul 10 lebih, aku potong 3 biji buah oren untuk aku makan. Rasanya aku ni macam dah terlebih vitamin C pulak...

Eh. Lupa nak cakap. Tadi aku ada minum nescafe sikit. Sikit je. Tak sampai suku cawan pun. Tapi mata terus tak boleh nak tidur.

Apa lagi.
Keluarkan gitar dan beraksi lah.
Lantak la jiran nak terjaga dari tidur ke apa ke sebab dengar suara aku yang lunak merdu bagai bidadari dari kayangan menyanyikan lagu rindu. Alah. Diorang pun confirm siang dah terlebih tidur waktu2 PKP macam ni.

Tak rock la tidur awal!

Psssttt : Mujur tak hujan lepas aku nyanyi tu.
 Biasa lebat.
Ini luar biasa.
 Haha!

..................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


14/04/2020



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review