Sahabat

Halaman

04 Julai 2020

Sky Deck dan Sky Box di Menara Kuala Lumpur ( KL Tower )

By Dalia Hassan at Sabtu, Julai 04, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sempena dengan promosi yang di buat oleh pengurusan Menara Kuala Lumpur iaitu " WE ARE FREE " yang berlangsung dari 1 - 31 Julai 2020, aku tidak ketinggalan merebut peluang ini. Inilah masa yang sesuai untuk aku bawa anak-anak aku naik ke KL Tower, melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu siang. Cuma masa aku pergi tu lebih kurang jam 9.30 pagi kat atas tu, so saki baki kabus masih ada lagi. Kalau pergi tengahari, mesti lagi cantik pemandangannya. Tapi tak kisahlah... asalkan merasa juga naik ke atas tu dengan harga yang lebih murah.




Sehari sebelum pergi ke sana, aku dah beli tiket secara online.. mula-mula memang ingat nak ambil yang percuma tu tapi bila fikirkan semula, aku macam teringin pula nak naik kat sky deck tu... cuma aku hairan sebab sampai ke malam aku masih tak dapat tiket online tu. So malam aku pun emel pihak Menara KL dan bagi detail pembayaran... rupanya ada masalah teknikal masa aku booking tu.. sebab tu la tiket tu tak dihantar ke emel aku.

So pagi tadi pihak Menara KL dah emel kat aku tiket tu... bolehlah aku pergi ke sana dengan tenang. haha




Gambar-gambar sekitar aku kat sana. Saja simpan banyak-banyak kat sini buat kenangan. Cuma tu lah.. guna henpon murah... pemandangan KL tak nampak sharp. Macam yang aku cakap tadi, mungkin kalau aku pergi tengahari sikit ok kut. Terang.

Baru sampai...
Nasib baik kat Sky Deck tak ramai orang sangat. Kalau korang nampak yang sebelah sana tu, itu yang menunggu untuk observation deck. InshaAllah kalau sempat sebelum habis promosi aku nak try yang free tu pulak.


Menunggu

Tunggu kat dalam bilik ni dulu. Sementara tu boleh tengok video tentang Menara KL yang ditayangkan di depan bilik.

Awasi jarak anda
Tunggu turn untuk bergambar di Sky Box

Muka cuka
KL di waktu pagi





















Masa aku turun tu dalam pukul 10.30am, orang dah beratur lagi panjang dekat laluan untuk ke observation deck. So pasni kalau aku nak datang lagi untuk merasa naik yang ni,aku akan pastikan datang seawal pagi... 

panas hoi
Turun dari Menara KL terus ke Taman Rimba KL.. depan tu jer.. lama dah tak masuk sini. Dulu free, sekarang berbayar.

Yang best kat Taman RImba ini, ada CAnopy Walk.



Budak ni tak sihat sebenarnya...

Harta aku paling berharga


Asal ada peluang, mesti duduk. Sian dia... tapi tetap nak jalan walau aku dah kata tak payah ikut kalau tak sihat.

Dan lagi...

Dari bawah CAnopy Walk. Semput weh nak naik bukit sikit tu.. semput lama sangat tak bersukan. hahaha

Rumah terbalik. Betul2 depan Menara KL

InshaaAllah kalau tak ada aral, minggu depan aku akan pergi lagi dengan kawan aku, Yatz. Itupun kalau aku rasa rajin nak datang.. haha





Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 186 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Julai 04, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 04/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-109

Diet Atkins : Hari Ke - 5

Hari ni plan nak pergi KL Tower... Mujurlah anak2 aku badan dah tak panas lagi lepas telan ubat malam tadi.. kalau tak memang kansel la nak ke sana walau aku dah siap bayar untuk Sky deck...


Pagi buat nasi goreng siap2. Bagi diorang makan kenyang2 sebab kat sana nanti memang aku tak beli makanan dah.

Oleh sebab aku diet, so inilah sarapan aku pagi ni.

Sampai sana tengok orang dah mula ramai beratur. Mujurlah aku ambil yang Sky Deck, orang masa tu masih tak ramai lagi. Tapi memang aku plan kalau sempat dalam minggu depan nak try yang free tu pulak.

Tunggu turn

Alaaa bagi chancelah... Bukan selalu pun dapat gambar berdua.. sekali sekala jer

Beli juga gambar yang cameraman ambil aritu. RM100, dapat dua keping yang di framekan dalam kulit keras tu... Yang lain dia bagi link dan barcode untuk scan kat website yang dia bagi tu.. kiranya dapat softcopy la...

Turun dari KL Tower terus ke Taman Rimba KL... Kat depan menara KL tu jer.. yang menarik kat sini, kita boleh melalui Canopy Walk dan lihat pemandangan dari atas... Yang tak bestnya, dulu2 aku pergi, free je... Sekarang masuk dah kena bayar. Hahaha. RM10 untuk dewasa, RM untuk kanak2...


Balik dari KL aku rasa macam malas sangat nak masak... Penat rasa.. So aku order jer dari AQQ Dapur kat Subang Bestari. Bakso Sup Tulang untuk aku, Nasi Ayam Penyet untuk asben aku dan Ainul, Arissa pulak aku orderkan bakso. Licin semua sebab kelaparan. Errrrrr.. agak2 ni kira cheat tak ek?? Tulang tu dah ok dah.. cumanya bakso dan kuah sup tu aku rasa memang tak lepas la.. takperlah.. minor cheat namanya ni.. huhu
Otak-otak untuk diorang... kali ni bakar dalam pan ajaib pulak.. 
Malam hantar asben dan anak-anak aku kat TBS untuk balik Johor.. Oleh sebab tiket ke Kota Tinggi yang paling akhir pada jam 5 petang, maka asben aku terpaksa naik bas terus ke Larkin jam 11.59pm.. Sian anak-anak2 aku.. plan asal nak duduk dengan aku sampai raya haji... tapi apakan daya, sekolah dah nak start..


….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



04/07/2020

03 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 185 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 03, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 03/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-108

Diet Atkins : Hari Ke-4

Hari keempat diet dan harap aku masih kuat untuk meneruskan diet pada hari-hari seterusnya. Dapat turunkan sikit pun jadilah.. berat sangat dah ni...

Nasi goreng ayam untuk anak2.. diorang memang dah cakap, hari2 makan nasi goreng pun takper sebab memang diorang suka. Aku layankan jer la lagipun aku memang perasan kalau aku masak masakan lain mesti diorang kurang makan. Nasi pun tak habis.

Menu sarapan aku hari ni..

Menu lunch aku.. Alhamdulillah kenyang sangat...

 Asben aku tetiba kata nak balik Subang hari ni... Dia naik bas pukul 5 dari Kota Tinggi so ETA dia lebih kurang pukul 10 malam.

Alang2 asben nak datang, aku plan nak bawak anak2 pergi KL Tower esok. Asben ada, oklah tu. Mula2 aku ingat nak ambil yang free tu, tapi bila google, aku rasa aku nak ambil yang Sky Deck tu la.. dapat separuh harga...

Bayaran berjaya, tapi sampai malam aku masih tak dapat tiket lagi. Kalau ikutkan diorang akan emelkan tiket tu, tapi takder. Risau gak aku...
Tapi yang aku paling risau, Ainul dengan Arissa dua2 tu badan panas. Macam demam tapi aku tengok macam cergas je.. Ainul kata memang sehari dua ni badan dia macam lemah jer... Ah sudah! Camana nak pergi KL Tower esok? Confirm sangkut masa cek suhu.

Masa keluar nak ambil asben aku kat TBS, aku singgah Speedmart jap beli ubat untuk diorang. Harap2 esok badan diorang kembali normal, kalau tak memang terpaksa burn la duit yang dah bayar tu...


On the way jemput asben kat TBS. Anak2 dah tidur awal dalam kereta lepas makan ubat tadi.

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



03/07/2020

02 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 184 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 02, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 02/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-107

Diet Atkins : Hari Ke-3

Hari ni keje agak stress sikit sebab sistem buat hal.. slow yang amat... Stress ni harap2 tak mengganggu diet aku laaaa. Orang kata kalau tengah diet tak boleh stress, tak boleh lapar, tak boleh kalau tak cukup tidur...

Betul ker???


Nasi goreng lagi untuk Ainul dan Arissa

Menu diet aku hari ni. Drumstick cheese. Ada seorang anggita tu, dah le aku tak kenal dia sangat...  masuk bilik aku sebab nak minta buku saman.. suka2 hati dia je tengok bekal aku ni.. pastu boleh cakap "wow! Ayam cheese... Berlemak... Patutlah tuan dia pun berlemak" ... Eh eh engkau ni.. sedap2 je nak cakap macam tu, dah le tak kenal sangat. Nama pun aku tak tau tapi sibuk pasal aku sampai nak sakitkan hati aku. Bergurau tak kena tempat. Kalau orang lain yang rapat dengan aku cakap macam tu aku tak kisah pun, tapi dia ni yang entah siapa2 nak cakap macam tu kat aku.
 Eh sekali aku lempang baru tau...

Sampai ofis aku rebus telur separuh masak dan letak ikan bilis goreng yang aku bawa pagi tadi. Sedap... Tak cukup pula rasa makan dua biji je telur tu. Haha

Balik kerja aku singgah Segi Fresh jap cari lauk...

Untuk menu makan malam, aku lupa nak ambil gambar. Sekian.

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



02/07/2020










01 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 183 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 01, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 01/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-106

Diet Atkins : Hari Ke-2


Bangun tidur pagi ni tengok wasap ada orang order mask extender. Masalahnya sekarang kalau saiz biasa, memang aku ada stok. Tapi dia minta campur2 dengan saiz budak. So pagi2 tu aku menjahit mask extender untuk saiz budak. Aku buatkan 4 jer, yang lain aku bagi saiz dewasa.


Menu diet aku hari ni... Lebih kurang macam menu semalam juga cuma bezanya hari ni sayur brokoli, dan ayam tu aku tambah blackpaper sikit.

Timun jepun

Ikan bilis lagi...

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



01/07/2020

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review