Sahabat

Halaman

14 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 196 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 14/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-119

Hari ni aku tak kerja. Tak larat rasa... Nasib baik la aku dapat tiga hari cuti tanpa rekod... So hari ni aku ambillah sehari... Memang tak larat nak pergi kerja...

Menu diet aku hari ni. Ikan Salmon Grilled 

Dalam tengahari aku keluar pergi farmasi jap.. cari ubat... Tapi dah makan ubat pun masih tak ok lagi...

Penyudahnya sampai ke malam aku guling-guling je tak buat apa.. menahan sakit...

13 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 195 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 13, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 13/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-118


Semenjak dua menjak ni aku ada masalah kesihatan sikit. Sebenarnya benda ni memang dari zaman aku kecik aku selalu kena.. tapi kali ni agak teruk dari biasa...

Walaupun kesihatan tak berapa ok, rasa sayang pulak nak tinggalkan diet. So selagi aku larat, aku teruskan jer la... Ni je menu yang aku sempat masak. Ni la lauk sarapan, lunch ngan dinner... Air putih pula memang aku akan minum paling sikit pun 3 liter sehari...

Ni je yang aku dapat cerita untuk hari ni..

12 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 194 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 12, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 12/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-117

Bersemangat betul hari ni nak pergi jogging kat Elmina... Bangun pagi, siap2 pakai baju sukan... Keluar rumah tengok jalan macam baru lepas hujan... Licin.. takperlah.. teruskan jugak merempit ke Elmina...



Kansel jogging. Walking jer.  Tak berani pulak sebab jalan licin. Dah le aku pakai kasut badminton.. tak sesuai langsung. Haha. Kasut jogging aku dua2 tinggal kat opis...

Ni sarapan aku selepas pergi jogging tadi... Errr.. walking...

Petang hujan lagi.. abis hujan aku terus keluar pergi Segi Fresh beli ikan bilis Tamban sebab ada order sambal ikan tamban kat shopee. Orang order baru aku buat yer gais. Aku tak simpan stok lama2...

Makan malam aku

Ahad malam memang tak pernah missed tengok I Can See Your Voice. Best! 

11 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 193 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Julai 11, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 11/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-116


Hari ni kami plan nak ke KL Tower... Kali ni kami bertiga.. aku, Yatz dan Tini.. Konon2 nak naik yang free la.. Observation Deck. Aku pun main capai je apa tshirt yang ada.. malas nak gosok2. Tudung pun aku pakai tudung semalam... Fikir sebab setakat kat observation deck takder nak ambik gambar bagai.. tak sama dengan Sky Deck ..

OTW ke KL

Beratur panjang gais...

Kebetulan terjumpa pulak sepupu2 aku.. tak berjanji pun. Last2 kami amik tiket yang sama.. Malangnya kami dapat slot pukul 2.30petang. mak aih lamanya nak tunggu. Penyudahnya aku, tini dengan yatz buat keputusan untuk naik ke Sky Deck sekali lagi. Sepupu aku dia naik yang observation deck sebab bawak anak2... Ramai... Nak bayar memang sakit laaa.. nasib baik aku sorang, walaupun minggu lepas dah naik Sky Deck.. ni naik lagi.. takperlah demi kawan2... 😂
Sky Deck view dia memang tak mengecewakan...

Turun KL Tower terus ke Kg. Baru... Cari makan..

Menu aku.. takder nasi.. diet kan 🤭😂


Tini boleh pulak beli jus alpokat. Aduhhhh. Aku tersedut jugalah dia punya sikit. Haha

Ni yang aku tapau. Yang ni aku boleh makan.. dulu masa mula2 aku buat diet ni, memang sosej keju ni la yang aku makan. Alhamdulillah berat tetap turun

Sampai rumah... Mandi pastu tido kejap.. pening kepala kena panas. Aku tak biasa. Haha
….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



11/07/2020

10 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 192 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 10/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-115


Diet Atkins : Hari Ke- 10



Bekal aku hari ni.. Alhamdulillah cukuplah untuk sarapan dan lunch aku...

Balik kerja aku singgah Mydin dulu cari stok lauk...

Lepas pergi Mydin, singgah kedai Eco pulak. Alang2 dah satu jalan... 

Ermmmm. Ni yang kekadang aku malas nak bawak kereta lebih2 lagi petang2 camni.. time orang balik keje. Jammed! 😂

Balik rumah makan lagi menu yang sama. Haha. Aku bukan apa.. selagi boleh telan aku telan. Malas nak masak yang beria2... Penat... Kalau hari cuti tu lain cerita laaaa....

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



10/07/2020

09 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 191 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis: 09/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-114

Diet Atkins : Hari Ke- 10


Tak sempat nak masak. Wasap makcik kantin IPD, minta dia gorengkan ayam letak garam kunyit je . Ingatkan nak buat makan tengahari, tapi masa ambil pagi tadi ayam tu tengah panas.. apalagi. Ngap la buat sarapan...

Ni menu tengahari aku. Haha.. terbalik..

Buat kudap2

Menu makan malam. Bayam, timun dan sambal ikan bilis.



….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



09/07/2020

08 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 190 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu: 08/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-113

Diet Atkins : Hari Ke- 9


Bekalan aku hari ni... Drumstick ayam cheese, sos peri nandos dengan timun. Tapi ni untuk makanan tengahari nanti.. untuk sarapan, aku terlupa nak bawa telur datang opis.

Pagi tu aku keluar jap pergi KK Mart sebelah IPD.. beli telur ..

Telur separuh masak + ikan bilis goreng + sos nandos

Teringin sangat nak makan sup ikan merah. Balik kerja singgah Segi Fresh. Alhamdulillah.. ada.. murah sikit dari kat Mydin...

Ingat nak beli barang sikit kat kedai Eco sebelah Segi Fresh ni. Tapi tengok beratur panjang sangat. Kansel lah!


Sup Ikan Merah. Lepas beli, balik terus masak.

Ikan bilis sambal...

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni... Sakit hati betul. Kekonon nak buat sosej daging.. sekali jadi macam ni semua. Rugi daging cincang aku. Haha.
.......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



08/07/2020

07 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 189 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 07, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 07/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-112

Diet Atkins : Hari Ke-



Kat opis. Saja try pakai mask extender ni. Saiz dia lebih kecil dari mask extender yang aku buat sebelum ni. Tapi oklah.. selesa juga..

Salah sorang geng diet aku. Dalam gambar nampak kurus sebab tarik nafas. Double chin tertutup dengan mask. Bijak. Hahaha

Sup tulang untuk sarapan dan makan tengahari. Banyak stok aku bawak pergi ofis. Tak banyak bahan aku letak.. takut terlebih carbs.

Makan malam aku campur jer sup tulang tu dengan sayur...

Harap diet aku hari ni tak menyalahi atkins. Kalau tak mesti berat tak turun.

Haishhhhh

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



07/07/2020

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review