Khamis : 30/07/2020
PKP / MCO : Hari Ke-135
Bersemangat sikit hari ni sebab nak balik Segamat. Risau juga kalau perut buat hal dalam bas. Awal2 lagi aku dah pujuk perut... Minta sangat supaya di behave. Haha
4 balang kuih popia simpul kasih (1kg x 4bekas = 4kg) untuk mak aku. Aduh. Bawak kuih jer dah 4kg.. nak bawak naik bas. Bertabahlah... 😂😂😂 |
Boolat... Kat depan IPD ni tunggu kawan aku sampai nak hantar ke TBS... |
Tukar tiket dulu |
Ngam2 3 jam perjalanan dari KL ke Segamat. Syukur tak hujan. |
Sebelum balik rumah mak aku, singgah ambil kek kat Bukit Siput untuk surprise besday abah esok. Saja buat awal heberapa hari... |