Sahabat

Halaman

23 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 54 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 23, 2020
Assalamualaikum wbt

Ahad : 23/02/2020


Malam tadi aku bermalam kat opis. Badan aku bila sejuk, sejuk menggigil2... Bila panas, rasa macam nak meletup kepala. Mujurlah ada air dalam mangkuk yang cik Adam sediakan tu.. bila panas, aku sapukan air tu kt kepala...

Pagi tu Cik Din on 24 jam.. dia yang sediakan tilam ni sebab tak kasi aku tidur atas kerusi. Sakit belakang katanya... Dah macam abah aku dah Cik Din ni.. sedih pulak dia nak pencen dah bulan ogos ni.

Dalam pukul 2 lebih lepas makan panadol, aku rasa macam lega sikit... Aku terus kemas2 dan bersiap untuk balik rumah. Sebelum tu aku nak singgah klinik dulu untuk cek darah.

Aku kurang darah pulak... Mana pulak perginya darah aku yang banyak2 tu. Haha

Singgah beli bubur ayam MCD kat Kota Damansara. Tu je yang aku rasa nak makan sekarang...

Beli air kelapa sekali... 

Menu orang sakit. Nasib baik sedap.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review