Phewwww! Payah sungguh tugasan untuk hari kelima ni... tapi menarik gak.. cuma boleh tak nak ubah skit.. ubah kepada perkara yang ingin dikatakan kepada bekas skandal... kekekeke! (choiii! memandai2 jer nak ubah yer? skandal? ada ker????) muahahaha!
Ok2. Memang dah lama pendam sebenarnya. Kalau ikutkan banyak sungguh perkara yang nak dikatakan kepada bekas
Wahai bekas-bekas
1 - Aku pernah sayang giler kat korang... tapi semuanya dah tertulis bahawa antara kita memang takder jodoh... walau sedalam mana pun kasih sayang yang kita telah bina, sekuat mana pun ikatan yang kita cuba pertahankan, tapi jodoh itu bukan milik kita...Pasrah itu berserah.. aku redha atas segala ketentuanNya... kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita... dan aku percaya, korang pun sekarang sedang hidup bahagia bersama si dia..
2 - Buat M... aku minta maaf banyak-banyak. Mungkin sebelum ni aku tak pernah berterus terang kenapa aku terus menyepikan diri. Maaf. kejamkah aku? isk isk... kejam skit je kut.. takut untuk berterus terang lantas melarikan diri.. isk isk.. nak nyanyi la kejap...
satu kata yang ingin terucap ♫♫
kita masih muda dalam mencari keputusan ♪♪♪
seumpama ada jalan untuk kembali ♫♫
3 - Aku pernah rasa disayangi, jua disakiti. Pernah frust menonggeng. Tapi macam yang aku dah sebutkan kat (1) tadi, itu semua ketentuanNya. Tapi aku bersyukur sangat- sangat sebab sempat mengenali korang semua.. mengenali warna warni kehidupan. Bercinta. Putus cinta. Menolak cinta. Cinta ditolak (hahahaha). Bercinta semula. Sehinggalah aku jumpa Mr. Right yang kini jadi encik asbenku sekarang... Syukur Alhamdulillah. Dalam sedar tak sedar koranglah yang telah menjadikan aku lebih matang dalam kehidupan. juga telah mengajar aku erti rindu. Seronok weh bila saling rindu rinduan ni...
hahahah! Ini semua poyo!
Yesssss! siap sudah cabaran hari ke 5 yang standard soalannya sama macam Tingkatan 5 (SPM)
4 comments:
Pengalaman mengajar kita erti hidup. waa gitu. hehe
ya betul!!!!! hehehe!
Nak kena korek ni..apasal melarikan diri sebegitu sahaja...eh
masa tu dah cuba untuk terima dia.. tapi tak boleh juga sebab dah anggap dia macam kawan rapat... serba salah dibuatnya... oleh sebab masa tu tak matang lagi, tak boleh nak berfikir dengan waras... cabut jer la.. hehehee!
Catat Ulasan