Sahabat

Halaman

01 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 336 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 01, 2020

 Assalamualaikum wbt


Selasa : 01/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-259


Chapter terakhir dalam The Chapter. Sekejap jer masa berlalu... Pejam celik pejam pejam celik pejam pejam pejam lagi dan celik (banyak pejam sebab masa PKP banyak tido sebab tak kerja) tahun 2020 iaitu tahun yang bertahun-tahun aku tunggu sejak zaman sekolah lagi, dah nak melabuhkan tirai dalam sebulan lagi. Sejarah untuk tahun ni... sebab semua yang aku fikirkan dulu tentang Wawasan 2020, jauh dari realiti sebenar. Ditambah pula dengan pandemik... memang tak terfikir dek akal sebelum ni.

Aku walaupun bekerja dengan sektor kerajaan, tetap merasa tempiasnya. Kekadang terfikir, apalah nasib kawan-kawan yang aku kenal dulu yang meniaga di pasar malam... pendapatan tak menentu ditambah pula dengan pandemik ni.. Syukur sangat dengan adanya kerajaan sekarang ni. Banyak membantu rakyat.

Aku pun cuba untuk mencari sumber pendapatan tambahan.. ye la.. gaji takder la besar sangat.. tapi impian aku besar. Nak tak nak kena la aku pun besarkan usaha aku dan cari peluang lain untuk tambah pendapatan.

Kek Tapak Kuda... yang ni memang ramai yang cari cuma buat masa ni aku cuma berjual di Shopee jer.. tak berani nak open order sebab mixer aku masih gunakan mixer kecil, yang tak boleh nak digunakan kerap.. takut rosak.. aku tunggu mixer kutu aku dapat, baru aku berani nak open order pada kawan-kawan atau jual pada jiran-jiran.

Sambal ikan bilis...

Ni untuk anak-anak makan...

Siap dibungkus untuk diposkan kepada customer Shopee aku..

Dalam beg biru pun ada lagi...

Beli jer untuk anak-anak.. ada kakak tu jual nasi bajet area rumah.. RM3.50 jer sebungkus. Dan disebabkan kesibukan aku buat kek, memang tak sempat nak masak untuk anak-anak.

Nasi Ambeng aku beli kat Petronas untuk aku, Anak2 aku tak makan nasi ni..

Tadi masa berhenti kat trafik light depan Star Avenue, ada budak-budak remaja jual Mangga Asam Boi ni... aku beli la satu... tapi bukan aku yang makan, anak-anak aku yang dok perabihkan.
Menyesal pulak beli satu jer...

Malam order roti canai guna foodpanda. Anak-anak request nak makan roti canai, mama layan jer sebab mama pun dah lama tak makan... tapi mama punya mama order roti bom.

Lain kali jer la mama diet.


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review