Sahabat

Halaman

23 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 358 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 23, 2020

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 23/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-281


Plan hari ni nak pergi Cameron Highland, bawa anak-anak aku naik sana.. Lama betul tak pergi.. Kalau dulu masa Ainul kecil, memang selalu dan kerap bawa dia naik atas sana.. Kebetulan aritu Si Arissa tengok gambar-gambar kakak dia masa kecik dalam laptop aku.. dia tanya, kenapa dia tak pernah pergi?

Sebenarnya bukan dia tak pernah pergi, tapi dia pergi masa dia kecil lagi ( masa dia dalam perut pun pernah naik sana ).. Masa baby pernah bawa dia sekali.. masa umur setahun atau dua tahun pun pernah.. tapi tu la, dia kecil lagi untuk ingat. Kebetulan pula gamabar-gambar masa dia kat sana tu, rosak bersama henfon aku.. masuk air. So memang habis la semua bukti2 yang dia pernah aku bawa naik Cameron Highland suatu ketika dulu..

Selepas dari kisah tu, dan kebetulan asben aku kata dia dah ambil cuti untuk balik ke Subang, terus aku terfikir untuk bawa diorang naik ke Cameron.. Ye la, bukan senang asben aku tu nak ambil cuti panjang dan balik Subang. Biasa kalau dia balik Subang, balik sehari jer hari dia off.. Sayang sangat nak tinggalkan tempat keje dia tu... Tak percaya nak tinggalkan keje kat staff, kut.

Si Arissa, punyalah excited nak berjalan, malam tu dia tak boleh tidur langsung. Si Ainul la cerita kat aku yang Arissa bagitau dia, tak boleh tidur. Patutlah pukul 4 pagi dia dah kejut aku dengan asben, suruh bersiap cepat. haha.. Sian anak-anak mama.. lama sangat dah mama tak bawa pergi jalan2, semenjak duduk berjauhan ni.

Selfie dulu sebelum Si Arissa tidur dalam kereta. Memang dia mengantuk sangat tu disebabkan tak tidur malam tadi.
Dua-dua nyenyak tidur. 
Lena.

haha


Baru naik sikit dari Tapah, aku dah rasa nak termuntah. nampak kedai runcit kat tepi jalan tu, terus lah singgah.. cari jeruk-jeruk untuk pujuk tekak aku.. hehe

Tiga bungkus.
Cukuplah untuk aku sorang... tetiba dua orang kat belakang tu terjaga. Terpaksa share dengan diorang. hahahah

Singgah ladang teh kejap...

Papa dan si sulong. kaki gaduh ni diorang berdua.. si papa pulak kuat menyakat.. memang asyik bertekak jer laaaa.. mama yang pening.



Cari tempat makan, perut dah lapar gila. Agak jem jugalah jalan kat Cameron ni.. so mana yang ada, senang parking kami singgah jer. Janji kenyang. Nak makan kat kedai, meja penuh pula... terpaksa tapau untuk makan kat homestay nanti. 

Tengok jam, masih awal lagi nak check in. Perut makin lapar.. so singgah la jap cari apa2 yang boleh dimakan. 

Aiskrim strawberi pun boleh.

Anak aku punya...

Dah dekat pukul dua baru kami ke homestay kat Golden Hill Resort ( Sweet Potato Apartment ). 
Puas hati sangat dapat apartment dua bilik ni. Kebetulan dapat harga murah kat Agoda.. RM120 je untuk apartment ni untuk satu malam. Dah le dekat dengan pasar malam, jalan kaki je turun kat bawah tu, tak payah pun susah2 nak cari parking kereta.

Yang penting, anak-anak happy.




Sampai-sampai, letak beg terus makan.
Lapar gilerrrr..
Patin Tempoyak ni pun sedap. patutlah mahal... berbaloi la.. Si Arissa pun pilih yang sama macam aku, tapi dia ambik tang badan.. ( errrr.. sebenarnya aku yang pilih sama macam Arissa sebab dia yang ambik dulu.. haha.. badan ikan patin tu pun yang terakhir dia dapat... tu terpaksa ambik kepala je ni.. bolehlaaa.) 

hahaha

Petang sikit kami panjat bukit kat belakang homestay yang kami duduk tu. 
lama tak bersenam, panjat tangga sikit dah semput.
teruk nooooo aku ni.. tahun baru nanti aku nak ubah gaya hidup aku dan juga pemakanan aku.
Nak kurus.
Nak sihat.

Sila percaya...

Turun dari bukit tu terus pergi pasar malam... kat bawah tu jer pasar malamnya..
Sebenarnya masa book homestay ni aku tak tau pun ianya terletak dekat pasar malam. Dan aku tak tau juga yang sekarang ni pasar malam ada hari2 sebab yang aku terbaca dekat pakcik google, pasal malam Cameron Highland cuma hari Jumaat dan Sabtu jer.. Tu yang bila tau dari staff kat lobi tu yang pasar malam ada hari-hari, seronok bukan main lagi. Saja kami pergi awal supaya tak bersesak dengan orang ramai kalau lewat.

Takut juga di musim pandemik ni.

Sayur apa ntah ni. Lupa pulak nak tanya.. tapi sedap..

Cha Bak Ang...

Scones Strawberry.

Tu je yang aku beli kat pasar malam tu. Tu untuk aku jer..
Lupa nak ambil gambar makanan asben ngan anak2 aku.
Dah abis baru perasan tak ada gambar.

haha.

Malam tu asben aku ajak aku turun lagi pergi pasar malam lagi. Tapi aku malas sebab dah kenyang dah. last2 tertidur awal. Penat la sangat.

Ngeeeeeeee!






0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review