Assalamualaikum wbt
PKP / MCO : Hari Ke-260
Hari ni aku dah start keje selepas cuti untuk balik kampung hari tu. Malas betul rasa nak kerja. Rasa macam nak guling-guling je atas tilam aku tu...
|
Pagi ni goreng kuetiaw jer... tengok pun dah tau tak sedap kan?? Tapi memang tak sedap pun... Ini pengakuan ikhlas dari aku. haha |
|
Sampai IPD dengar ada orang panggil2 nama aku.. ingatkan siapa, rupanya adik beradik KIK aku ni.. Peh! dia dah start diet laaaa.. I is jeles! Tak boleh jadi ni, aku pun nak kena diet ni. Errrr... awal tahun depan la baru start.. Can arrrrr? |
|
tobat la taknak makan Daebak Mamee Ghost Pepper ni lagi. Pedas nak maut. Air coke tu lagi tak boleh telan dek tekak. Macam minum air cili api jer.. Podehhhh! |
|
Buatkan kek marble untuk anak-anak... |
|
Gebu macam si pembuatnya. Serius!
Dan... kek ni habis dalam sekelip mata jer... Tak sempat nak buat sarapan esok. Anak2 aku dah macam ikan pirana dah.
Mama is redha. Yerla.. bukan selalu anak-anak aku duduk dengan aku. Kalau kat kampung tu memang takder siapa la nak buatkan kek panas-panas untuk diorang... tu yang bila dapat, memang sekejap jer licin.
Jangan gemuk macam mama dah le anak-anak oiiiii! |
0 comments:
Catat Ulasan