Sahabat

Halaman

04 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 339 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 04, 2020

 Assalamualaikum wbt


Jumaat : 04/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-262


Pagi ni sebelum pergi kerja aku buat nasi goreng jer... anak2 dah cakap dah, masak nasi goreng hari-hari pun takper sebab diorang suka. 
So hari ni, nasi goreng daging la menu kita.

Balik kerja aku singgah Mydin jap cari barang dapur sikit... kejap jer aku singgah sebab tak beli banyak barang. Nak beli aksesori untuk steamboat jer...

Sampai rumah tengok mixer aku dah sampai. Alhamdulillah la.. lepas ni dah boleh open order kek swissroll tu kat kawan2 dan jiran2..

Malam kami beroden Cekyana pulak... Lama dah aku nak makan Oden ni.. berapa kali dah niat nak ke Family Mart beli oden, tapi tak tersinggah2 lagi. Bila Puan Hafiza tanya ada sesiapa nak beli Oden Cekyana tak, terus aku cakap nak.. Boleh buat banyak sikit dan makan puas. 

Aku kan sejenis yang kuat makan. 
No wonderlah. - Kata Sarjan Adam

Aku guna dua paket untuk saiz periuk nasi tu.. Bukan nak cakap apa la, cuma aku nak cakap, memang sedap sangat kuah Oden Cekyana ni.. Tak menyesal beli. Aku makan bertiga jer dengan anak-anak aku... memang habis.. licin selicin-licinnya... bayangkan la kat luar tu hujan lebat, kami kat dalam rumah ni makan Oden Cekyana panas-panas. Memang heaven lahhhh!

Aku puas hati sangat.
Tak rugi beli dua paket.

Dan malam kami tidur dengan lena sebab kekenyangan yang amat.
Alhamdulillah.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review