Sahabat

Halaman

19 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 354 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 19, 2020

 Assalamualaikum wbt


Sabtu : 19/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-277


Pagi ni aku aku nak siapkan kek yang ditempah oleh customer Shopee, dan nak terus pos tengahari nanti. Asalnya nak buat malam tadi, tapi badan rasa penat sangat... Tu yang ambil keputusan untuk buat pagi ni.. Lagipun tak banyak...


Baking paper habis... aku terpaksa guna kertas A4 yang disapu dengan butter sebagai pengganti baking paper. Bolehlah asalkan ada.. Alaaaa... zaman mak dan akak aku buat kek dulu takder pun susah2 nak guna baking paper ni.. sapu jer loyang tu dengan majerin. Cantik jer keknya bila dikeluarkan dari loyang... hehe

Oleh sebab aku sibuk buat kek, makanya untuk sarapan aku order roti canai jer la untuk anak-anak aku bersarapan. Untuk aku pula, aku order roti bom. Favaourite ni walaupun kalori tinggi.

Siap keknya...

Jauh aku mencari City-Link yang ada perkhidmatan drop-off Shopee..
Aku call Parcelhub Subang Bestari, dia tak ada tawarkan khidmat ni. Aku call Parcelhub Subang Perdana pun sama. Belum ada lagi ditawarkan khidmat untuk drop-off barang Shopee untuk City-link. Then aku pergi Ikobana Subang Bestari... pun sama.. tak ada tawarkan khidmat untuk drop-off barang-barang Shopee untuk City-Link.. kalau isi borang biasa tu baru boleh.. Last2 aku malas nak fikir lagi, terus ke City-link USJ Taipan Business Centre. Kat situ confirm boleh sebab aku biasa pos kat situ kalau hari bekerja.. Dekat dengan ofis.. Cuma hari ni aku tak kerja, tu yang aku tercari-cari yang ada area rumah aku. Tapi tak jumpa. Lepas ni kalau ada yang guna khidmat City-link, tau lah aku nak pos hari apa.. yang penting kalau aku pos hari kerja, senang aku nak pos kat City-link sini jer...

Macam biasa la... kalau singgah Petronas depan Damen USJ, mesti beli nenas dia.
Manis gitcheeewww!

Jem pulak...

Dari USJ, sebelum sampai rumah, anak-anak ajak singgah Rainbow Bridge kat Elmina West.
Layankan jer la sebab mood drama Cinta Sekali Lagi masih lagi bersisa.










Sampai rumah, anak minta buatkan kek untuk diorang makan.. Kebetulan ada bahan-bahan lagi, aku pun buatlah untuk perisa KitKat Chunky ni... 
Sedap.
Tak sangka aku ni memang pandai buat kek ni..

hahaha

Aduh.
Tengok pun dah tau sedap.

(Kalau bukan diri sendiri nak puji, siapa lagi...)

Ahaks!


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review