Sahabat

Halaman

22 Januari 2012

Selamat Malam Port Dickson

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 22, 2012 2 comments
Assalamualaikum wbt...

Pada waktu dan ketika ini, aku berada di Le-Paris Costa Rica Hotel, Port Dickson sempena hari keluarga yang dianjurkan oleh kak long dan abg long aku.. acara bermula sejak magrib tadi dengan solat maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan yasin, ceramah agama dari imam yang didatangkan khas dari Masjid Al Ghufran, PTTDI dan disudahi dengan solat Isyak.. Makan malam menyusul selepas tu dan kini perutku hampir meletup sebab terover load... Syukur Alhamdulillah kerana kami masih merasai kenikmatan dunia yang sementara....

Esok seawal pagi aktiviti dijadualkan sehingga lewat petang... dan sekarang aku perlukan  REHAT yang cukup untuk menghadapi hari esok.....

Selamat Malam Warga PD....

pemandangan malam dari bilik kami

17 Januari 2012

Cuti-cuti Thailand : Krabi Island

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 17, 2012 50 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni baru la aku sempat nak update percutian aku ni... Pada 15-17 Januari yang lepas aku telah bercuti ke Pulau Krabi, Thailand.. Best, sangat best... kalau boleh memang aku nak pegi lagi, InsyaAllah.  Tapi tempoh yang sangat singkat memang tak habis untuk pusing semua pulau di sana. Kalau pergi lain kali, kena make sure yang aku pergi lama skit... boleh pusing abis...


bilik kami... share berempat... okayla...




Dai kiri : kak ayu, kak maz, kak wanie... diorang ni semua sebaya... aku jer yang paling muda.. bleh mengada2 skit... hahaha!


bersedia untuk menaiki tuk tuk untuk ke Ao Nang.. jalan2.. tambang sorang dalam 30baht je.. lebih kurang RM3 duit kita..

Pantai Ao Nang

Ngah pikir nak makan apa.. tak tau nak pilih yang mana, banyak pilihan...

Akhirnya... Pancake Pisang + cokelat menjadi pilihan....

Yummy.... Pancake siap!

Pekena Phad Thai plak.... satu pinggan share 4 orang...


Dah kenyang, kitorang g buat Thai Traditional Massage pulak... Ya Allah... lega rasa seluruh badan pas buat massage ni... harga yang sangat berbaloi... 200baht untuk 60 minit.. lebih kurang RM20 duit kita..


Pantai Ao Nang....


Night Market... ni kat town, kena naik tuk tuk... lebih kurang 400baht satu tuk tuk tu... so, share jer la 4 orang...

Gambar ni diambil ketika aku ngah sedap makan kat tepi tu... kelakar plak tengok... ni mesti kes nak kuar dating tapi kena bawak bapak perempuan ikut sekali... hahahah!

hotel yang kami menginap... Krabi Aquamarine Resort & Spa




breakfast kitorang yang disediakan oleh hotel... sebenarnya banyak pilihan, tapi aku makan yang ni jer... (yer ker???) hhahahaha!

Hari kedua : Bersedia menaiki bot untuk mengikuti speed boat tour... Pakej lebih kurang 1500baht seorang (lebih kurang RM150) dan pakej juga mengandungi 8 destinasi untuk dilawati... 1) Lohsamah Bay 2)Pileh Bay 3)Monkey Bay 4)Maya Bay 5)Viking Cave 6)Phi Phi Don Island 7)Hin Klang 8)Bamboo Island


























makan time... tak payah bayar lagi coz dah termasuk dalam pakej. Dan makanan yang disediakan adalah dijamin halal...

mula-mula makan ni...

pastu melantak spagethi ni plak...

mat salih dari Scotland yang sangat peramah...











Chicken Island... nampak macam dinasour kan?







mamat ni peramah gila... pastu muka dia ada iras2 Johan Rajalawak... tapi mamat ni pon memang lawak... sesuai la tu... barang2 kat kedai dia ni memang lebih murah berbanding kedai2 yang lain... kitorang siap masuk dua kali... kali kedua masuk pun untuk beli lagi selepas survey harga kat kedai lain... mamat ni siap offer nak tolong urut kitorang bila kitorang kata nak cepat, nak g massage plak... dia kata bayar upah kat dia 50 baht jer.. tapi aku kata tak mau, takut girlfriend dia bunuh kitorang! hahaha... yer la, dah sepanjang tu dia dok bercerita pasal girlfriend dia...

Makan malam... Fried Rice + Pineapple + Seafood dan Strawberry Milk Shake... Yummy!


Awas! Tak halal tau McDonald dia....

Layan jagung bakar....

Ao Nang Police Station.... aku nak mintak transfer sini boleh????

















takder keje! hahaha! main nyorok2...


Sebenarnya banyak lagi tempat yang kitorang tak pergi, termasuklah James Bond Island.... takper takper... akan aku pergi lagi nanti ke sana suatu hari nanti... cuma, baru tiga hari aku kat sana kulit dah hitam bersinar sinar... tak perlu guna axion untuk kelihatan berkilat... adoi... jenuh jugak tu nak mencerahkan balik (walaupun aku bukannya cerah sangat pun) Dan sampai2 KL jer, aku terus mencari krim pencerah fair and lovely... Tapi, minggu ni plak cuti raya cina plan nak ke Port Dickson la pulak... ni akak aku la ni paksa2 aku suruh pergi... tapi tak kisahlah, asalkan semuanya di sponsor oleh dia... 3hari 2 malam kat PD nanti... InsyaAllah muka aku ni akan bertambah hitam. APTB! Sekian...



Terkini !!!
   
Sila klik Brochure Pulau Krabi untuk panduan dan rujukan tambahan..


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review