Sahabat

Halaman

04 September 2012

Cuti - Cuti Singapore : Universal Studios (3rd Trip)

By Dalia Hassan at Selasa, September 04, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Pada tanggal 1 Sept (Sabtu) aku sempat lagi menyeberang ke negara jiran, Singapore untuk ke Universal Studios... Aku pergi sebab dipaksa oleh adik aku, Adah untuk membawa dia kesana... dan aku pula terpaksa jugak bawak dia sebelum dia naik cuti semester... ye la... katanya kalau dah naik cuti, susahlah dia nak ke mana2 sebab jadual padat... ermmm... aku iyakan aje lah... bawak jerlah walaupun terpaksa kuar duit semata2 nak kesana untuk kali ketiga... (boring dah sebenarnya... kalau ikutkan, duit yang digunakan tu boleh jer pergi travel tempat lain... rugi pergi tempat yang sama....)

Kalau dulu aku masuk sana melalui Woodland, tapi kali ni aku masuk melalui Tuas... Berbeza dengan Woodland yang sesak, Tuas sedikit lengang dan ini amat melegakan aku... Tak perlu beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk urusan kastam dan imigresen...

Ni je la gambar yang aku sempat tangkap... Malas nak snap banyak2 sebab semuanya benda yang sama jer....

 











kegemukan terserlah...










cian muka Ainul tertutup dengan date...




Seronok Ainul dapat masuk dalam tu... Jurrasic Park.. sampai basah2... nasib baik siap belikan baju hujan.. hahaha!



Persembahan lakonan di Water World... Make sure anda pilih kerusi yang betul agar anda tidak disimbahi dengan air... hahahaha... watch out! 

Madagascar....




Bila check balik gambar2 ni, memang banyak tempat yang aku tak tangkap gambar... mungkin sebab masa tu cuaca sangat panas dan mempengaruhi mood ibu mengandung macam aku ni... hehehehe!

Tu jer la.... sekian....

Kenduri Kahwin @ Terengganu

By Dalia Hassan at Selasa, September 04, 2012 0 comments
 Lokasi : Kuarters Polis, Bandar Muktafi Billah Shah, Terengganu
 Tarikh : 25 Ogos 2012
 Acara : Majlis Perkahwinan Insp Mazura dan ASP Faizal


Kali pertama aku ke sana...

Majlis persandingan...

Pelamin Nan Indah...


Hadiah yang tak seberapa dari aku...

Sempat singgah Dungun untuk beli keropok... perkara wajib kalau datang Terengganu...


Aku terjumpa youtube Majlis Pernikahan Puan Mazura di youtube... Jom kita layannnn!


31 Ogos 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke - 55

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 31, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun, aku cuma nak cakap yang aku sayang sangat sangat kat negara aku ni... Aku sayang Malaysia... Aku pilih Malaysia.... Aku cintakan keamanan dan Malaysia lah tempatnya.
 

Sekian...

30 Ogos 2012

Salam Lebaran

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 30, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Selamat hari raya, salam lebaran buat semua walaupun agak kelewatan sedikit untuk aku update blog aku ni... bukan malas, tapi jadual waktu beraya yang padat (ceh macam artis!) yang membuatkan aku sedikit mengabaikan blog kesayanganku ini....

Raya tahun ni sedikit meriah sebab aku sambutnya di kampung halaman aku di Segamat, Johor... Mana tak meriahnya, kami enam orang adik beradik bersama famili masing2 semua beraya di rumah mak kecuali kak Ani yang terpaksa bertugas di pagi raya... nak buat macamana... kerja sebagai nurse, waktu bertugas tak menentu... tapi tak apalah... yang penting kami sambutnya dengan meriah walaupun kak Ani tak dapat join sekali...

Punyalah bz dengan tetamu yang datang, tak sempat nak ambil gambar lebih2... ni je la yang ada...

Oh... Si Comot ini tiada kena mengena dengan cerita raya ini...

Pagi raya pertama, selepas solat raya kami buat bacaan tahlil kat rumah jer... tak seperti tahun2 sebelumnya, kami akan menziarah ke kubur arwah atok dan nenek.

adah... adikku yang sengal...


periuk kera... makanan lain aku lupa nak amik gambar.. hehehe

lauk ni mak masak khas untuk aku yang mengidam ni....


Ainul kalau dah jumpa geng....
Petang raya kedua, kami bertolak ke Kota Tinggi... kampung halaman encik asben.. plan asal nak balik raya keempat, tapi terpaksa tukar plan saat akhir sebab kami ada program lain... hehehe... nanti aku cerita yer...



17 Ogos 2012

Seronoknya Kerja...

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 17, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Dikala ramai rakan sekerjaku mula bercuti hari ni, aku masih bekerja seperti biasa... pada awalnya memang terasa bosan dan rasa macam nak balik jer... mujurlah ada CSS dan Jijah Faizah yang sama seperti aku... kena kerja... tapi tak apalah... yang penting lepas raya nanti aku dapat cuti lama sikit... ngeeeeeeeeeee!

Dalam kul 10am, kawanku Gan Yee Chong datang ke opisku semata-mata hantar kuih raya... wah syoknya dapat almond london dan tart nenas color hijau... cantik menarik tertarik memang da boom! xiexie ni pengyou...

Lebih syok, banyak jugak aku dapat collect duit raya dari pakcik2 dan abang2 polis yang bermurah hati bagi kami duit raya... teringat zaman kanak-kanak... seronok sangat bila dapat duit raya walaupun pada zaman kanak-kanak aku dulu tak adalah semewah kanak-kanak sekarang... masa dulu, tak kisah pun sikit atau banyak, janji dapat... itulah keseronokan yang tak dapat dilupakan...

Paling best, My Good Friend T~Ni bagi aku duit raya, sama macam tahun lepas... cuma tahun ni dapat lebih sikit, sebab dia bagi 2 angpow sekali... satu untuk aku dan satu lagi untuk ainul... yeayyyyyyy! Ainul jangan marah ya... uncle bagi mama duit raya lagi banyak dari Ainul... (untuk pengetahuan korang, anak aku si Ainul Mardhiah ni memang rapat dengan My Good Friend, T~Ni ni... pernah mak ngan abah aku tanya ainul, "Anak siapaaaaaa la ni?" ... ainul dengan selambanya jawab "Anak uncle......".. huh! mentang2 lah uncle selalu kata dia tu anak uncle... terus jer nak kata dia anak uncle... sabar je la aku...)

Owh! tak lupa nak cerita aku dapat special duit raya dari encik boss, Baim Wong celup... aku ingat semua orang dapat sama macam aku dapat, sebab aku tahu diorang pun dapat... sekali masa borak2 ngan Azie dan Faizah, rupanya aku sorang jer yang dapat lebih... dapat double dari mereka2 yang lain.... I like~ erm.. tak sia2 kan selalu gaduh dengan bos... hahaha! {tapi aku rasa orang Taiping ni memang suka gaduh ngan aku kot? sama macam asben Ninie Celup Celup (NCC) si Ady yang sengal tu.. tak paham betul aku.. selalu carik gaduh ngan aku... geram tul.. sama je macam bos aku tu... sesuai la tu... dua-dua teman sekampung.. satu taman pulak tu...huh!}

Ok la... tu jer nak cerita tentang hari ni... Nak sambung kemas rumah pulak... Jom tolong! huhuhu....

Daaaaaaaaaaaaa!

16 Ogos 2012

Kenapa aku tak sambung belajar?

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 16, 2012 0 comments
Ermmmm....

Dah lama dah My Good Friend, T~Ni asyik tanya kenapa aku tolak tawaran untuk sambung belajar? Erm. Bukan aku tak nak sambung belajar... cuma aku rasa aku nak tangguh dalam tempoh setahun.... Kenapa? Meh tengok kat bawah ni sebab kenapa aku tolak tawaran tu....

Sila klik untuk tumbesaran



Ok. Itu saja.... harap anda faham ya.... sekian....

Duit Raya.....

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 16, 2012 0 comments
Tarrrraaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Yeah... Buat anak2 buahku... Ni ha auntie ya dah siap bungkuskan korang duit raya... jangan rebut2, sebab korang akan dapat sama banyak... tak kira la sapa tua sapa muda.... baru lah adil dan saksama....

Tungguuuuuuuuuuuuu!


Iftar @ Secret Recipe

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 16, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Petang semalam aku, CSS, NCC dan Jijah Faizah di jemput ke majlis berbuka puasa oleh teman se IPD, Linda sempena menyambut ulangtahun kelahiran anaknya, Nia yang ke -2 tahun dan bertempat di Secret Recipe Alamanda, Putrajaya...

Happy birthday Nia... kakak cayang Nia.. (kakak lah sangat!)
Chocolate Indulgence... Nyum nyum nyum...

Anak Nini Celup Celup (NCC) yang aktif lagi comellll..... (tetiba je teringat ayat dia... "mama.... nak kentut.." hahaha!)
Kejap ada.....
Kejap takda....
 
Alia : Thanks Linda sebab sudi jemput kami ke majlis Nia... tahun depan jangan lupa jemput kami lagi yerrrrr... kami memang suka makan free ni... ngeeeeeeeeeeee!

Untuk Nia :

♫♫Happy birthday to you....
Happy birthday to you....♫♫
♫♫Happy birthday to Nia...
Happy birthday to you....♫♫

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review