Sahabat

Halaman

14 April 2018

Kisah Zinnirah (Serikandi Islam)

By Dalia Hassan at Sabtu, April 14, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya aku dah lama tertarik dengan kisah Zinnirah ni. Masa aku tengah mengandung anak kedua aku, memang hari2 aku dengar lagu ni sampaikan aku pernah terfikir nak letak nama anak aku tu Zinnirah. Tapi entah macamana agaknya, lepas bersalin caeseran, aku terus lupa. Siap pening nak cari nama anak.. adoi takder rezeki nak letak nama Zinnirah. Anak sulung aku nama Ainul Mardhiah, si bidadari syurga. Jadi kalau nama anak kedua Zinnirah, memang dah ngam la kan. Dua2 serikandi Islam.

Semenjak beberapa hari ni memang viral lagu Zinnirah ni sebab Kumpulan Nasyid UNIC nak rakam semula lagu ni. Tak sabar nak tunggu.

Ajomlah kita baca sedikit kisah Zinnirah ni.
Kredit : Azzariyat

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan.Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.
Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh pada masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum lagi memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah.Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran.Hal ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.
“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…
Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa.”
Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.


10 April 2018

Pilihanraya Umum Ke - 14 ( PRU 14 )

By Dalia Hassan at Selasa, April 10, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) yang dijadualkan akan berlangsung pada 9 Mei 2018?

Sudahkah anda menilai calon dari parti manakah yang akan jadi pilihan anda untuk memangkah diatas kertas undi nanti?

Sudahkah anda mengisi borang cuti rehat anda untuk pulang ke kampung demi memastikan calon parti pilihan anda akan menang dalam PRU nanti?

Sudahkah anda membantu parti pilihan anda untuk berkempen?

Ya. Untuk setiap soalan diatas, jawapan yang akan saya gunakan adalah, BELUM.

Nantilah fikir. Keputusan pun tak buat lagi ni samada nak balik mengundi ke tak? Berat hati taknak balik, sebab seminggu sebelum tu memang aku dah plan nak balik sebab hujung minggu takder kelas. Agak2 nanti kalau dalam akaun bank ada baki lebih, baru aku balik hari mengundi tu. Balik hari. InshaaAllah..





06 April 2018

Puisi : Kerdilnya Aku

By Dalia Hassan at Jumaat, April 06, 2018 0 comments

Kerdilnya aku

Dalam suram kusapa malam,
Senyap dan gelap,
Kau diam tanpa jawapan,

Ku pejam mataku namun
sukar untuk aku lelapkan..
Pandanganku terarah ke langit,
Merenung jauh...
Jauh menembusi cakerawala,
Kosong dan gelita...

Dimanakah mereka?

Bintang-bintang yang tidak bekerlipan,
Rembulan pula menyembunyikan wajah,
Enggan bersalam.

Dan aku terlena tanpa sebarang jawapan...

Tatkala mentari menampakkan wajah,
Serinya sukar untuk aku gambarkan..
Burung-burung berterbangan riang,
Mengalunkan kicauan lagu merdu..
Pepohon segar menghijau,
            Membuat aku kembali terpaku...

Di puncak gunung ini,
Di satu daerah tua yang terpencil,
Segala terbentang di depan mata,
Luas....

Nun jauh di bawah sana kulihat
Rumah agam bagaikan tiada.
Hampir hilang dari pandangan,
Ditelan kabut-kabut lembut.

Betapa hebat kekuasaanMu Ya Rabbi
Kau hadirkan pesona indah setelah
Kau munculkan kegelapan.

Kerdilnya aku dibumi ini,
Menikmati segala yang kau kurniakan,
Sujud dan syukur takkan ku lupakan,
Amanah diberi takkan ku abaikan,
Kubiarkan sebati dalam amalan.

Kerana
Akhirat itu sangat nyata,
Bagi hati yang tidak buta.

~ Bukan Sang Pujangga ~
   Dalia Binti Hassan 
   6 April 2018 @ 6.58pm



31 Mac 2018

Hiking @ Pinetree Hill, Bukit Fraser

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 31, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pinetree Hill... Bunyi macam bukit... tapi hakikatnya ia adalah sebuah gunung yang berketinggian 1448 meter... Dan kali ni, aku ikut trip yang dianjurkan oleh Siput Trackerz.

Alhamdulillah... kali pertama join trip diorang dan aku puas hati. Dan kali pertama juga aku naik gunung tanpa asben aku... sebab tu aku takder mood sangat... Twin Peak pun aku tak pegi. Malas. hahaha.. Padahal kalau aku nak pegi Twin Peak, sempat sangat. Dari puncak Pinetree ke Twin Peak perjalanan tak smapai sejam pun. Tapi malas punya pasal, aku lipak.

Aku sampai ke Puncak Pinetree tepat jam 12.40pm setelah sangkut lama kat tali sebelum puncak tu. Jem lama kat situ jer.. haha! Lepas je dari tali aku, aku sampai puncak dalam 12.42pm.. nak bergambar pun orang ramai berkumpul kat situ, the aku decide untuk teruskan perjalanan ke Twin Peak lebih kurang 12.45pm..

Tapi entah apa kemalasan yang menghantui aku waktu tu, ditambah pula dengan mata yang mengantuk yang amat (sebab tak cukup tidur), dah elok-elok aku menghala ke Twin Peak, boleh pulak aku patah balik ke Puncak Pinetree. Yang kelakarnya, peserta lain yang selisih dengan aku waktu tu, semua ingat aku dah turun dari Twin Peak. Penat gak aku nak menerangkan. hahahah

Sampai kat puncak Pinetree, aku lepak2 dengan diorang yang baru sampai. Dalam kul 1.30pm, diorang nak gerak dari Pinetree ke Twin Peak. Kak Liza dan diorang yang lain ajak aku naik sama, tapi aku memang dah set kat kepala taknak pergi sebab aku ada perancangan lain untuk naik kali kedua dengan encik asben aku. Poyo kan??

Maka dengan itu, aku lepak sendiri la dengan si Ayam menghabiskan masa kat puncak PTH sampailah diorang kembali semula dari Twin Peak. Masa ni la kami buat kerja giler kat puncak tu.. buat konsert (sebenarnya konsert si Ayam... salah sorang guider kami)


masa mula2 sampai dan menuju ke starting point...

ape2 hal mesti bergambar dulu..


muka fresh lagi ni.. haha




kat tali ni yang jem gler.. kena tunggu turn.. tapi sebenarnya tali ni agak menyeramkan jugak. 

pacak hoi!

kat puncak PTH


Dengan geng Siput Trackerz

Dengan Geng2 GOSJ

Yang ni Geng Yong Belar, Ila dengan Prof Razali (UIA)

Aduh... bila la nak diet semula ni... lebar sangat hah..




Kindly keep clean, okay...

besar giler ulat gonggok ni...

Masa nak naik gunung, masih steady lagi sebab kita akan menuruni tangga2 ni.. tapi masa nak balik, hadap laaaa... ni baru sikit anak tangga.. banyak lagi yang nak dilalui sampai ada yang merangkak naik...

ha! ni contoh masa nak panjat gunung.. kita dengan hepinya turun tangga ni, siap berposing lagi...





 



Aku kembali ke alam nyata tepat jam 7.00pm.. Syukurlah aku tak perlu menghadap cuaca gelap kat dalam hutan tu. Cuma satu yang aku frust, action camera aku gambar dalam tu semua rosak. Ni aku gatal2 tangan tukar memori kad la ni... boleh pulak memori kad yang aku tukar tu, sebenarnya memori kad yang rosak. 

Confirm repeat!
Pinetree Hill 2.0

Tungguuuuu.........



10 Februari 2018

Hiking @ Gunung Panti, Kota Tinggi

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 10, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lama dah tak panjat gunung.. kali terakhir panjat gunung, Gunung Yong Belar.. kali ni terbaca satu jemputan untuk join trip ke Gunung Panti, Kota Tinggi... memang ngam la.. asben aku memang kat sana, lagipun tarikh tu memang tepat kena waktu aku cuti. 

Sekarang ni aku memang susah skit nak ikut mana-mana trip. Dulu masa asben aku duduk sekali ngan aku kat Subang, pergi mana2 trip memang dengan dia. Dia la sweeper tak rasmi aku.. tapi semenjak dia duduk kat Kota Tinggi ni, aku pun terhad juga la.. kekadang nak ikut mana2 trip pun macam malas jer, kecuali bukit2 yang rendah.

So, aku pun join la NATREX Outdoors Hikers untuk Trans Panti. Alhamdulillah, grup ni memang best... Terbaikkkk!

Lepas parking kereta kat Kaki Gunung, kami dibawa menaiki lori untuk ke starting point yang memakan masa hampir satu jam perjalanan... Berdiri lama2 atas lori, sejuk giler.. sampai starting point masing2 terus mencari 'toilet'..
haha!

Sedikit taklimat dari guider...



Batu Tenggek



Kenyang pacat ni hisap darah aku. Gatal hoiii!

berehat jap...

Teruskan perjalanan.. kalau tak salah aku ni perjalanan dari Panti Timur ke Panti Tengah...

Salah sorang geng kami kaki termasuk dalam selut dan kasut tertinggal dalam selut.. nampak tak betapa dalamnya selut tu walau permukaan nampak cantik jer...

Panti Tengah kalau tak silap aku...

Ini kat puncak Panti Barat...

adik-adik yang sporting...

Bergambar kenangan walaupun pada masa ni ramai lagi yang masih belum sampai...

Kat puncak Panti Barat uols.. Siap ada tempat nak lepak... bangku pun ada...
 
Masa untuk turun...


seksa hoi...

Alhamdulillah... selamat turun dari batu yang tinggi ni... (dalam gambar nampak sikit jer padahal atas tu lagi tinggi)

Alhamdulillah... jam 6.30pm berjaya kembali ke pangkal jalan...

Secara keseluruhan Trans Panti merangkumi :
  • Batu Tenggek
  • Panti Utara
  • Panti Timur
  • Panti Tengah
  • Panti Barat
  • Pewai Bersepai

Jom tengok video kat bawah ni....


05 Februari 2018

Emosi

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 05, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Ikutkan hati, banyak perkara aku nak luahkan. Tak tertanggung aku nak simpan sendiri. Tapi.. kadang2 tak semua benda kita boleh kongsikan dengan orang lain.

Malu? Segan?

Tak juga... tapi aku tak mahu orang lain pula yang terbeban dengan masalah aku. Cukuplah aku sorang yang tanggung, tak perlu libatkan orang lain.

Apa yang aku perlu buat sekarang, sentiasa berdoa supaya permohonan aku untuk bertugas di Johor dimakbulkan Allah. Suami, anak-anak aku memang dah duduk sana sebab suami aku nak jaga mak mertua aku yang sakit (tak boleh berdiri sejak ogos aritu).

La Tahzan.


02 Februari 2018

Google Adsense Atau Nuffnang??

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 02, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Aku tengah keliru ni, sama ada aku nak kekal dengan Nuffnang atau beralih pada Google Adsense... Agak-agak yang mana satu lebih ok ya.




Atau




Takperlah. Aku tanya pakcik google jap.....

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review