Sebelum ni aku pernah teringin nak makan corndog viral ni, tapi nak beli rasa macam sayang pulak kat duit tu... google punya google resepi, aku pun buatlah sendiri. Puas hati dapat makan banyak kali...
Bila tunjuk kat anak2 aku yang tinggal jauh kat Kota Tinggi dengan asben aku, diorang pun teringin jugak.. so asben aku buatkan juga.. malangnya asben aku buat, hancur... tapi diorang makan juga la...
video kat atas ni saja aku menyakat diorang... saja nak bagi diorang terliur tengok corndog yang mama buat ni...
haha!
Cuti sekolah diorang balik Subang, hari pertama je terus request nak makan corndog.. oklah sebab dah janji, layankan aje laaaa...
So resepinya sangatlah mudah... berbaloi la kalau buat sendiri... kalau nak beli yang dah siap masak, harganya agak mahal. Kalau ada yang murah pun, mozarella cheese nya pun sikit sangat.. tak puas makan...
Resepi Mozarella Corndog
Sosej
Keju Mozarella
2 Cawan Tepung gandum
1 Cawan Susu penuh krim
2 Sudu Baking powder
Lada hitam
1 Biji Telur
Garam
Gula (Aku guna stevia)
Serbuk roti / Mamee / French Fries
Bahan-bahan yang aku gunakan.. lupa nak ambik gambar telur
Potong2 sosej dan mozarella... Lepas tu jadikan macam dalam gambar ni.. tapi tak semestinya korang buat macam ni.. mozarella tu korang boleh juga potong pendek-pendek lepastu selang selikan dengan potongan sosej...
Bekukan dalam 20 minit... Then tabur sikit tepung gandum. Jangan tanya tanya aku apa motif tabur tepung ni sebab aku pun tak tau... Follow je kata-kata dari pakcik google.
Ni hasil dari bancuhan tepung gandum, telur, garam, gula, serbuk penaik, dan susu segar. Then aku tambah serbuk lada hitam sikit. Terpulanglah kat korang nak letak ke tak.. ikut selera masing-masing.
Untuk salutan, aku pilih mamee dengan bread crumb.
Sesi menggoreng...
Hasilnya... abaikan jer la mayonis yang menggedik tu.. silap teknik pulak...
Ngeeeeeee!
Ahad 1/12/2019 aku pergi kenduri kawin anak Kopral Din kat Dewan Kompleks Sukan DBKL Desa Tasik, Taman Desa Tasik, KL... kebetulan kat sana aku terjumpa Kak Wani... alahai rindu pulak kat dia... lama tak jumpa... sebulan lebih juga dia MC sebab sakit. Nampak dah susut badan dia... ketara sangat..
Walaupun datang bertongkat, tapi rasa happy bila tengok dia dah semakin sihat... Sebelum ni dia langsung tak boleh jalan.. nak ke mana-mana kena berkerusi roda. Alhamdulillah la ni dah ada perkembangan positif...
Anak dara aku... melaram je kerjanya... dari kasut sampai ke tudung semua aku punya... beg pun sama... nasiblah baju tu aku dah tak boleh pakai... dah makin kecik. hahaha!
Si Arissa...
Balik dari kenduri Cik Din terus gerak ke Melaka pergi rumah Kak Ani... Tapi sebelum tu singgah jap Pantai Klebang...
On the way balik, hujan selebat-lebatnya... aku tengok hiway sepanjang tu jem.. so aku ikut le jalan lama. Percaturan aku silap. Rupanya jalan lama pun jem.
Lepas aku isi perut kat Roti Canai Kayu Arang, Melaka, aku rilek2 jap rumah kakak aku.. bagi hadam dulu makanan yang aku dah makan tadi. Bukan apa, lepas ni aku nak menyinggah pulak kat Jus Avacado Melaka yang selalu diperkatakan oleh warganet tu.. teringin juga nak merasa.. Jus Avacado Kg. Baru dah banyak kali aku beli. Kali ni nak try Melaka punya pulak.
Lebih kurang 40 minit dok lepak rumah kak Ani kat Taman Seri Pandan, aku pun gerak ke Jus Avacado Melaka ni. Jarak dari rumah kakak aku cuma 2.8km je. Cun la tak jauh sangat. Aku pun boleh terus balik Subang lepas beli alpokat ni.
Ni lah kedainya..
Seperti yang di perkatakan.. beratur panjang ya. Hehe
Menu dan senarai harga
Aku beli yang biasa je... tambah aiskrim.. RM6.99.. tu pun dah cukup sedap dah aku rasa. Puas hati. Next time datang Melaka bolehla singgah lagi beli.
PARASAILING! Ni memang aktiviti yang aku sangat nanti-nantikan kat Sabah ni. Kali pertama aku buat parasailing ni kat Langkawi. Sejak tu memang aku tunggu je kalau ada peluang pergi ke tempat yang ada menyediakan aktiviti ni.
Paling kami tak sangka adalah abah. Pada asalnya puas kami cari idea camana nak pujuk abah untuk datang ke pulau ni. Sebabnya dia rasa macam nak duduk je kat Marina, mungkin sebab tak larat / kepenatan. Tapi bila sampai waktunya, abah yang terlebih excited dan dia pun nak buat parasailing ni. Siap offer diri untuk jadi yang pertama antara kami buat parasailing ni.
Happy sangat bila tengok abah happy.
Mak taknak naik ni.. so mak duduk tepi pantai je tengok cucu2 yang lain mandi laut.
Ada masa nanti aku ceritakan lagi. Sakit pulak tangan aku ni menaip kat henpon. Ngeeee!