Top 5
-
Assalamualaikum wbt... Dalam sibuk kempen Buy Muslim First, aku terjumpa tentang satu artikel berkenaan Villa Zaitun yang pernah dimi...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Assalamualaikum wbt.... Syukur Alhamdulillah.. hari ni 23 September 2013 genap umur aku 33 tahun.. walaupun masih terasa seperti sweet 23, ...
-
Alhamdulillah... Hari ni rezeki makan keropok lekor pemberian tuan rahman yang baru balik dari bercuti ngan family dia ke pantai timur... s...
-
Ermmm... entah apa2 entry aku ni kan? tetiba je rasa macam nak share sesuatu kat sini tentang sumber inspirasi ataupun dengan kata lain ...
-
Assalamualaikum wbt... Hari ni aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan kawan aku merangkap teman serumah masa zaman muda2 aku ...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt Ku terpaksa dan dipaksa. Oh aduhlaaaa.. camana aku boleh terjebak dengan tarian untuk majlis makan malam perkep ni. ...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
18 Februari 2022
08 Januari 2022
Bukit Cinta @ Jementah, Segamat
Assalamualaikum wbt...
Lama sangat dah tak hiking, so balik Segamat kali ni aku ajak kakak2 aku untuk hiking ke Bukit Cinta di Jementah.
Bolehlah santai2 sepak daun. Nak pergi bukit yang tinggi / gunung memang tak mampu dah sekarang.. masalah muatan berat.
So layan yang rendah-rendah je la buat hilang gian.
01 Januari 2022
15 Disember 2021
Konvokesyen UTM Kali Ke-64
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. Akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku didalam Ijazah Sarjana Muda di UTM walaupun pada usia yang agak tua (41 Tahun).. Itulah kan.. dulu lepas abis diploma kat Uitm, degil sangat nak kerja, sibuk nak pegang duit sendiri sampai tak ada hati nak sambung degree.. sekarang bila dah tua, sendiri rasa menyesal..
Tapi tak apalah.. benda dah lepas.. layan je la.. best juga sebab suami dan anak-anak sama meraikan...
15 November 2021
Cuti-Cuti Malaysia : ATV @ Cameron Highland
Assalamualaikum wbt
Peh! Syok betul dapat buat ATV kat sini. Pengalaman baru ni, main ATV kat ladang teh.. InshaaAllah ada rezeki nak buat lagi..
Comel kan kambing ni? Sementara nak tunggu turn kami, sempat la kami masuk kat mini zoo dalam kawasan yang sama. |
Tu je lah gambar yang ada. Tapi cukuplah sebagai kenang-kenangan dan bukti yang aku berjaya buat ATV kat sini... Ngeeeeeee!
14 November 2021
Cuti -Cuti Malaysia : Cameron Highland (GOSJ)
Assalamualaikum wbt
Percutian kali ni aku dan geng (Yatz, Ila, Kak Ina) memilih untuk ke Cameron Highland. Berikut serba sedikit tentang aktiviti kami disana.. InshaaAllah bila mood menulis aku datang, aku akan ceritakan dengan lebih terperinci. Cuma buat masa ini, aku dalam proses untuk mengaktifkan kembali dan membuang sawang2 yang dah bertapa kat blog aku ni, memang akan mengambil sedikit masa. Layan je apa yang ada ya... Terima kasih.
Dalam perjalanan pergi, kami singgah di hentian dahulu untuk bersarapan nasi lemak yang kami beli sebelum masuk hiway tadi. |
Fuuhhhhh! Dapat gak makan aiskrim lavender ni... |
Tengok warna je dah menarik, apatahlagi rasanya yang memang kena dengan tekak kami. |
Apartment dua bilik ni memang mendamaikan. Rasa macam malas nak keluar rumah pun ada. Nak stay dalam rumah je. haha |
Abaikan tudung yang bergantungan di kerusi itu. |
Pemandangan dari balkoni apartment kami. Berdepan je dengan tapak pasar malam cameron. Cuma hari tu tak ada pasar malam. |
Alhamdulillah.. kenyang... |
Sementara tunggu kaunter tiket Mossy Forest buka, kami bergambar sakan dulu. haha |
Acah2 |
hoiiii perut! bila nak start diet ni???? |
Menyelerakan.. |
Jarang aku nampak strawberi putih ni.. katanya jauh lebih manis dari strawberi merah.. betul ker? Aku hanya mampu menelan air liur je, sebab harga dia pun jauh lebih mahal dari strawberi biasa. |
Sebelum balik ke apartment, tapau makanan dulu di Family Mart. |