ermmm... kenapa ya? dan yang paling aku risaukan, aku terlalu mudah sensitif setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh kawan2 aku, terutama sekali kawanku yang anggota polis... walaupun mungkin apa yang mereka katakan itu hanya gurauan, tapi aku rasakan gurauan yang melampau. Pernah di dalam mesyuarat dengan ketua bahagian ketenteraan awam, sorang kawanku (yang jauh beza usia denganku) dengan berseloroh dia kata yang aku ni depan bos cakap lain, tapi belakang bos cakap lain... bengang sangat dengan dia... patutlah ramai sangat tak suka kat dia dan kata dia suka bawak mulut, bila aku dah terkena dengan dia, baru aku tau.....suka kipas bos! benci!!!!! tapi sempat jugak dalam meeting tu aku sound dia semula depan bos, aku kata "encik! saya takder apa2 pun, tapi encik jer yang suka tambah perasa!" yang pasti bila aku cakap macam tu, kawan2 ku yang lain dalam meeting tu semua bertepuk tangan, mengiyakan apa yang aku kata, maklumlah masing2 memang sakit hati dengan dia, tapi takut untuk bersuara....
Sebenarnya banyak aku nak ceritakan, tapi terkadang ada sesetengah perkara yang kita tak dapat nak ceritakan atau luahkan pada sesiapa walhal kita perlukan seseorang untuk meluahkan... ermmm... tp buat masa ni, aku tak tau nak ceritakan pada siapa waima di blog aku ni... tunggulah.. sampai masanya nanti aku akan ceritakan kat sini... yang pasti bukan sekarang...
0 comments:
Catat Ulasan