Sahabat

Halaman

11 Mei 2011

Hari Ini : 11Mei2011

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 11, 2011
Assalamualaikum wbt...

Ok. Masih ada masa dalam setengah jam untuk aku update aktiviti aku hari ni... macam biasa, takda apa2 yang menarik, cuma aku nak bagitau yang esok aku mula CUTI sampai Selasa depan...Rabu baru naik keje.. yeaaayyyy! Nak balik kampung, jumpa mak, abah dan yang paling penting nak jumpa anak aku, Ainul Mardhiah... rindunya kat dia... tapi takper, mertua dah janji nak pulangkan dia kat aku masa cuti sekolah bulan 6 nanti... yes! tak sabar rasanya....

Berbalik pada aktiviti hari ni, dari pagi sebenarnya memang takda apa pun untuk diceritakan, cuma dalam pukul 10 lebih macam biasa kitorang berjalan kaki pergi makan kat Restoren D'ubi Kayu... asalnya untuk bersarapan, tapi memandangkan jam pun dah menunjukkan hampir pukul 11am, kitorang decide untuk makan tengahari terus. Alhamdulillah.... kenyang dibawa sampai ke malam.....

Pagi ni kitorang tak naik tingkat 9 untuk siapkan HRMIS sebab takder orang nak jaga kat trafik cops... Ain masuk half day sebab bawa anak pergi klinik, en adam ada kursus seminggu kat Maktab PDRM, cheras... so, dalam kul 1pm baru kitorang naik atas, cawangan MPV untuk bantu diorang siapkan HRMIS (yang menimbun gila, tak tau bila agaknya boleh siap)... yang bestnya, oleh sebab tak cukup bahan untuk buat kerja tu, kitorang ambik keputusan untuk Zzzzzzzz..... hehehe... CURI TULANG LAGI... adei... bukan apa... kitorang bukan tak nak siapkan, tapi memang fail yang kitorang perlukan tak cukup.... kena tunggu diorang cari fail2 tu kat pengurusan, baru kitorang bleh siapkan.... sejam lepas tu, sedang masing2 berada dialam fantasi, pintu bilik kami diketuk... kelam kabut kami mengesat air liur basi yang meleleh kat pipi (ceh! pengotor punya olang!) dan berpura2 dok mengadap fail... hahaha! padahal masing2 mata merah menyala... rupanya diorang saja jer ketuk pintu nak tengok kami tengah buat apa... citttt....

Dalam pul 4 lebih, kitorang turun ke tingkat 8, pentadbiran trafik untuk melawat kawasan... maklumlah tengah boring... borak2 la ngan diorang sementara nak tunggu pukul 5, nak punch card... cukup masa jer capai beg and terus g punch card, pastu apalagi aktiviti petang2 ni... main badminton la.... yes... sangat best bila dapat berpeluh petang2 ni... i like....

Dalam kul 6.30 kitorang pun gerak balik... tapi aku tak terus balik rumah tapi terus pergi tempat asben aku meniaga... tolong2 dia apa yang patut sementara dia tengah takda staff lagi ni...




Alia : esok aku dah mula cuti... Rabu depan baru naik keje semula... yahooooo.... balik kampung... ho ho ho balik kampung... hati girang.... (of course la girang sebab nak balik jumpa anak)

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review