Sahabat

Halaman

19 Jun 2011

Kisah Aku dan Abah

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 19, 2011
Banyak kenangan aku dengan abah. Masa zaman muda, abah memang seorang yang tegas dan garang. Pantang silap sikit, rotan pucuk senapang naik ke badan. Tapi aku tahu tu semua sebenarnya adalah untuk mendidik kami adik beradik untuk menjadi manusia yang berguna. Tanpa itu semua, mungkin kami semua tidak akan berjaya seperti sekarang.

Abah sebelum menjalani bypass surgery

Ketika aku berada didalam darjah 6, aku akan mengadapi peperiksaan UPSR. Aku masih ingat lagi, aku dipaksa untuk mengulangkaji pelajaran dan dilarang sama sekali untuk menonton televisyen. Hati aku memberontak. Aku nak sangat tengok cerita P.Ramlee yang abah dan emakku serta adik beradik yang lain sedang tonton. Tapi abah bertegas kerana tinggal beberapa hari aku akan menghadapi UPSR.. Oleh kerana dilarang, aku dengan keras hati dan ingin memberontak, terus tutup suis lampu dan tidur, tanpa mengulangkaji pelajaran. Abah yang naik angin dengan perangaiku, telah membaling bateri lampu picit yang besar kearahku. Nasib baik aku sempat mengelak, kalau tak mau benjol dahi ni ataupun paling kurang pun mesti disahkan biol.. Dan keputusan UPSR aku memang sangat 'mengharukan', dan itulah hadiah 'kerajinan' aku untuk mengulangkaji pelajaran. Padanlah dengan muka aku.

Ketika aku tingkatan 3, nakalku dan keras kepalaku makin menjadi2. Aku menggunakan kesempatan pulang lewat dari sekolah untuk berpeleseran bersama kawan2 di shopping complex sementara menunggu bas terakhir untuk pulang kerumah. Pada satu hari ketika pulang, aku dibantai oleh abah dengan seteruk2nya dengan rotan pucuk senapang kerana satu kesalahan yang aku rasa takda la besar sangat sampai aku patut dibantai seteruk begitu. Sehinggakan aku rasa sangat berkecil hati dengan abah sebab sepatutnya abah menasihati aku secara baik, bukannya dengan dengan cara bantai aku sehingga seluruh badanku mempunyai kesan2 luka akibat rotan... Aku yakin, kalau abah menegurku dengan cara baik, aku pasti boleh berubah...

Sedih dan terkilan dengan apa yang abah dah buat kat aku, selama enam bulan lebih aku tak bertegur sapa dengan abah. Macam2 cara mak cuba buat untuk aku berbaik semula dengan abah, tapi hati aku yang keras ni memang susah nak dicairkan. Pernah satu hari tu, mak aku suruh minta duit belanja sekolah pada abah, sebab mak tak ada duit kecil... Hari tu aku sanggup pergi sekolah tanpa duit belanja... aku sanggup tak makan daripada minta duit daripada abah.... sampai macam tu sekali aku makan hati dengan abah. Abah pula, mungkin rasa bersalah, cuba berbaik-baik dengan aku. Di pagi raya tahun 1995, aku bersalam dengan mak dan minta ampun jika ada salah silap yang aku buat kat dia.. dan mak, suruh aku salam and minta maaf kat abah juga... aku pun dengan berat hati salam tangan abah tanpa bercakap sepatah kata pun... Abah menghulurkan aku duit raya dan aku hanya mampu ucapkan terima kasih kat abah...

Masuk bulan ketujuh aku tak bertegur sapa dengan abah, aku mulai sedar yang aku tak sepatutnya buat begitu kat abah. Aku tau, abah marah sebab kenakalan aku... abah bantai aku sebab kesalahan aku juga. Dia buat begitu pun dengan niat untuk mengajar aku. Abang kandung aku ketika itu berada di Scotland, menyambung pelajaran dalam bidang helicopter engeneering. Aku tau abah nak aku berjaya macam abang. Begitu juga dengan mak. Akhirnya setelah berbulan aku tak bertegur sapa dengan abah, hari itu aku menebalkan muka untuk meminta maaf dari abah. Mak hanya tersenyum memandang aku dan abah...

Tahun 1997, ketika aku berhempas pulas untuk menghadapi SPM, tiba2 abah diserang sakit jantung ketika sedang memburu kancil di hutan (abah mempunyai lesen persenjataan untuk memburu binatang).. lama abah terlantar di ICU... syukurlah abah selamat dan dibawa cepat ke hospital. Sejak itu, abah bergantung pada ubat hospital dan setiap bulan abah terpaksa buat pemeriksaan untuk memastikan kesihatannya sentiasa dalam keadaan terkawal. Dan aku, berkat dibantai dengan rotan pucuk senapang abah, aku berjaya meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan menjadi salah seorang pelajar terbaik di sekolahku pada ketika itu. Syukur Alhamdulillah dan aku berjaya di terima masuk ke UITM.... Kalau tak kerana rotan pucuk senapang abah, mungkin aku sama seperti kawan2 peleseranku yang lain, lingkup dalam SPM... huhu!

Hujung bulan Jun tahun 2009 setelah sibuk dengan majlis perkahwinan adik lelakiku, selepas 12 tahun, sekali lagi abah terkena serangan jantung... kali ni abah di bawa ke Hospital Tawakal, KL untuk menjalani pemeriksaan disana. Hasil dari pemeriksaan, Doktor mendapati bahawa saluran jantung abah hampir putus... tinggal tunggu masa jer... Awal Julai 2009, abah dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri untuk menjalani bypass surgery yang dilakukan oleh doktor pakar cardiothoracic dari Hospital Ampang Puteri iaitu Dr. Samani Abd. Ghani. Setelah pembedahan dilakukan, luluh hati kami tengok keadaan abah yang dipenuhi dengan wayar2.. berminggu sejak abah dimasukkan ke hospital, kami sekeluarga berkampung di sana.. Hospital dah jadi rumah ke dua kami.. tapi kerana sayangkan abah, kami tak kisah....

Dan setelah beberapa bulan menjalani bypass, keadaan abah kembali pulih... Gembira hati melihat perkembangan abah.. tiada lagi kerisauan tentang kesihatannya.. dan kini setelah dua tahun, abah sudah pulih sepenuhnya dan yang penting sekali, kalau dulu akulah anaknya yang paling degil, yang paling kuat melawan, yang paling selalu kena rotan dengan abah, tapi kini akulah anak yang paling kamcing dengan abah! kami geng! TERIMA KASIH, ABAH! tanpa rotan pucuk senapangmu dulu aku takkan menjadi orang yang berjaya...

SELAMAT HARI BAPA, ABAH! JASAMU TIADA TANDINGANNYA...

 
 
 Gambar ini dirakamkan pada raya pertama, setahun selepas abah membuat pembedahan. (Mak pula pada ketika gambar ini diambil, tiga hari lagi sebelum pembedahan membuang breast cancer)

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review