Sahabat

Halaman

07 September 2011

Hari Ini : 7 September 2011

By Dalia Hassan at Rabu, September 07, 2011
Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi bangun tidur je aku merasa tahap kemalasanku berada di tahap kritikal. Sesudah menyempurnakan solat subuh, aku 'landing' semula atas tilam yang sememangnya menjadi idaman setiap saat dan waktu.. Dan, seawal jam 6.20am aku sms pihak2 yang berkenaan bagitau yang aku akan masuk opis selepas pukul 10am.. Wahhhhhh! Syok betul bila dapat sambung semula tidur.. Badan yang letih terasa segar. Barulah bertenaga dan bersemangat nak buat kerja.. Hehehe!

Lebih kurang jam 10.30am, aku masuk pejabat.. Nasib baik hari ni tak macam semalam yang banyak masalah yang timbul sampai migrain dan darah tinggi dibuatnya. Huhu.. Sampai je tengok encik amran ada belikan kueytiaw sup kg medan kegemaran aku.. Memang sedap kueytiaw sup tu.. Apa lagi, habis sebungkus aku bedal tanpa tinggal sikit sisa pon. Hehe..





Petang, dalam kul 3.30pm aku terlibat dengan taklimat Distress Call kat bilik mesyuarat gerakan... ASP Syed dari IPK Selangor yang beri taklimat.. Ermmm.. Oklah jugak sistem Distress Call ni, banyak kelebihan kepada orang awam. Tapi, biasalah.. Walaupun banyak kelebihan, kekurangan terhadap sistem ni tetap ada.. Normal la tu.. Mana ada sesuatu yang sempurna kat dunia ni. Dalam kul 4.45pm, taklimat selesai. Nasib baik, sebab aku memang nak cepat coz balik kerja nak terus pergi rumah abang aku kat wangsa maju, beraya sebelum dia 'balik kampung' dia kat Mauritania beberapa hari lagi.. Parent aku pon ada kat rumah dia, tu yang aku bekejar ke sana jugak tu petang ni..

Ermmmm.. Semasa aku menulis entry ni, aku masih lagi berada di rumah abang aku di Villa Wangsamas, Wangsa Maju.. Dok memerap dalam bilik coz kawan mak ngan abah aku datang sini nak jumpa diorang.. Pas bersalaman, aku lari semula masuk bilik, malas nak dengar cerita diorang. Biarlah. Lama sangat dah diorang tak jumpa..

Sementara nak tunggu ni, boleh lah aku lelapkan mata sekejap...

ZZzzzzzzzz...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review