Sahabat

Halaman

26 November 2012

Tour Of Duty : Kursus Induksi Khusus, Sekolah Latihan Asas Kepolisan, Kedah

By Dalia Hassan at Isnin, November 26, 2012
Assalamualaikum wbt...

Dalam entry yang sebelum ni aku ada bagitahu yang aku berkursus di Intan Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani pada 3/11 hingga 12/11.. dan balik dari kursus aku sempat balik ke kampungku di Segamat pada 13/11 dan 14/11 sebelum sambung berkursus di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK) di Kuala Muda, Kedah pada 15/11 hingga 19/11.... memang memenatkan tapi nak buat camana kan... dah tugas... huhu!

Kalau kat INTURA penginapan kami memang selesa, bilik yang beraircond, satu bilik dua peserta sahaja, setiap bilik ada bilik air, almari dan sebagainya... bak kata pepatah, macam dok kat hotel.. tapi kat SLAK keadaannya jauh berbeza.. satu dorm 25 orang, dengan berpanas dan sebagainya... paling tak larat, tandas yang jauh dari bilik dan kami terpaksa mandi kolah beramai2... bilik mandi? jangan haraplah.... berkembanlah lah waktu mandi ya...

Pada awalnya memang agak kekok, kursus yang aku jalani tahun lepas di Kem PGA Ulu Kinta, Perak pun tak se'hebat' ni... tapi tu cuma perasaan awal jer... selepas sehari, kami dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Seronok dapat mandi kolah, berkain batik berkemban... bila segayung air dah terasa kat badan, memang tak nak berhenti lah jawabnya... betullll... tak tipu... tapi aku terlupa pulak nak amik gambar tandas tu... takpe la.. lain kali jer..

Apa2 pun, makanan kat SLAK ni memang terbaikkk... kat INTURA pun tak semewah apa yang kami dapat kat SLAK. Makin gemuk aku.... hehehe!

rajinnya cik Amnie ni study... sampai berkerut2 muka...

 
Makanan memang terbaekkkk!


Dinner...
Katil tepi sekali tu la katil aku..... sebelah kipas besar lagi...
Jejaka limited edition... hahaha! dari 33 orang peserta kursus, 8 kerat ni je la peserta lelaki...

Alia : Ermmm... agak2 lepas ni kursus kat mana pulak ek???



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review