Sahabat

Halaman

29 Mei 2013

Oh My Gaji...

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 29, 2013
Assalamualaikum wbt..

Ni aku nak cerita sikit pasal aku punya kenaikan gaji tahunan... kenaikan tahunan tahun lepas yang sepatutnya aku dapat bulan Julai tahun lepas lagi. Dari sebulan ke sebulan aku sabar jer menunggu. Aku fikir, mungkin sebab laporan prestasi aku tak dapat dimasukkan ke dalam sistem hrmis, disebabkan masalah teknikal. So aku berfikiran positif jer la, malas nak marah2 orang ni..

Ok. Laporan prestasi aku berjaya masukkan ke dalam sistem hrmis bulan januari hari tu, itupun setelah berkali2 aku fax ke person yang incharge tu sebab sebelum ni aku cuma buat secara manual, tak boleh nak key in sebab ia akan keluar 'Tiada Pegawai Co'... bila dah berjaya key in tu, aku pun tunggulah kenaikan gaji aku.. Aku fikir, Januari memang tak sempatla sebab dah lewat... so aku tunggu bulan febuari. Bulan febuari masih tak naik lagi, aku call person yang incharge tu, dia jawab "oh.. boleh tak puan bagi saya nombor pf, pastu call sekejap lagi, saya pergi cek dulu".. lepas tu aku try call dia semula sampai ke sudah tak dapat. busy sangat la gamaknya..

Ok. Awal bulan 3 memang aku dah start cuti bersalin... so aku pun senyap jer, tak follow up lagi sebab sibuk dengan baby. Tapi bila tengok gaji, masih tak ada lagi kenaikan dan tunggakan tu. Masih bersabar. masuk bulan 4, eh.. masih tak ada... dah ada berapi sikit kat dada ni. rasa macam nak mengamuk jer. Bulan 5, aku mintak kawan aku call kan person yang incharge tu... sama jugak, tak dapat2... line tepon dia engage manjang..


Dan tadi, aku mintak tolong kak sariha yang aku panggil bonda, call kan person yang incharge tu kenapa gaji aku tak naik2 lagi.. Masa mula2 tu boleh person yang incharge tu kata gaji aku dah naik April tahun lepas. Rasa nak mengamuk jer aku dengar padahal kalau ikutkan gaji tahunan aku naik Julai setiap tahun. Ni dah nak masuk kenaikan yang baru, tapi kenaikan lama masih tak dapat dapat lagi. Yang menyakitkan hati aku dia boleh kata dah masuk April. Aku bagi password eslip aku kat kak sariha, suruh dia cek basic gaji aku. Then kak sariha call semula orang tu, baru la budak tu kata yang aku punya tu ter miss dan dia janji akan masukkan pada Jun nanti.

Kalau betulla masuk Jun legalah skit sebab hujung bulan depan aku nak pergi Sabah, bolehlah shopping lebih lebih skit tanpa perlu aku keluarkan simpanan ASB aku yang sememangnya ada seciput jek. Tapi kalau tak masuk jugak, memang aku nak pergi mengadu kat pihak atasan. Lantaklah!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review