Sahabat

Halaman

15 Mei 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 15, 2013
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... Aku telah dipanggil untuk hadiri satu temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 di Putrajaya pada 6 Jun ini. Walaupun ramai yang kata peluang untuk dapatkan jawatan ini bukan mudah, beribu calon yang dipanggil untuk temuduga, tetapi sekurang sekurangnya dengan temuduga ini dapat memberikan sedikit harapan daripada langsung tak ada, kan? (ayat sedapkan hati sendiri jer...)

Pada siapa2 yang telah menghadiri temuduga ni, bolehlah kongsikan tips dan cara untuk menghadapi panel penemuduga. Aku ni jenis gelabah skit, takut nanti depan panel penemuduga, aku terbuat lawak yang tak ingin kita lihat. Adoi... dup dap dup dap jo raso kek dado den ni hah!

erm. kawan aku yang dah pergi temuduga, ada yang kena tanya pasal Blue Ocean Strategy, ada yang kena tanya pasal NKRA, Perlembagaan, PRU13... so marilah kita study sama2...*tingtong sekejap*

Ni dia emel yang aku terima dari SPA :

******************************************************
PANGGILAN TEMU DUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (JABATAN PERKHIDMATAN AWAM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:


TARIKH/MASAKODJAWATANTEMPAT TEMU DUGA
06/06/2013
09:00 pagi
2200PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BILIK TEMU DUGA, ARAS 6, BLOK C7, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62520 PUTRAJAYA


3.    Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

a.Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b.Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c.Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf;
d.Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e.Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f.Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g.Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
hi.Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i.Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j.Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.


4.   Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat.

5.   Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. "Resume" dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.

6.   Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

7.   Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti.

8.   Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Sekian,terima kasih.

“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI”

Urus Setia Bahagian Pengambilan
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.
Tel : 603 8885 6000
Faks : 603 8888 5036


******************************************************

Hah! yang kat bawah ni pulak exam yang aku akan tempuh pada 18/5 ni... serius satu apa pun aku tak study lagi.. tak sempat, baru jer nak study, baby nangis... alahai... tapi InsyaAllah aku cuba juga buat yang terbaik... kalau exam ni lulus baru aku akan dipanggil untuk temuduga jawatan Penolong Juruaudit Gred W27.

 ******************************************************

Tuan/Puan,

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENOLONG JURUAUDIT GRED W27
Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan PENOLONG JURUAUDIT GRED W27. Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut:



TEMPAT :

MAEPS MANAGEMENT SDN. BHD.
DEWAN A (4),BGN. SEKRETARIAT MAEPS, IBU
PERSIARAN MARDI-UPM
43400 SERDANG
W.P. PUTRAJAYA


2.   Maklumat mengenai peperiksaan dan persediaan yang perlu dibuat adalah seperti di Panduan Peperiksaan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Bahagian Peperiksaan di talian 03-8880 6468/ 8880 6405/ 8885 6347/ 8885 6303/ 8885 6344.

3.   Calon boleh menyemak keputusan pada 22.06.2013 melalui portal SPA di www.spa.gov.my.

Sekian,terima kasih.

'BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI'

Urus Setia Bahagian Peperiksaan
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.
Tel : 603 8885 6000
Faks : 603 8888 5042 


******************************************************
Jangan korang tak caya, aku ada satu lagi exam yang aku akan ambil. Exam kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) pada 25/6 - 27/6/2013... Kat bawah ni adalah detail untuk exam KPSL tu...

 ******************************************************


 
 ******************************************************

Secara ringkasnya jadual exam / interview :

18/5/2013 - Exam Penolong Juruaudit (W27)
6/6/2013 - Interview Penolong Pegawai Tadbir (N27)
25-27/6/2013 - Exam KPSL (N27)

Ermmm.. kalau satu pun tak lepas, haruslah kena mandi bunga aku ni....


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! 

10 comments:

Unknown berkata...

Tahniah! bukan senang nak dpt panggilan temuduga & exam sekaligus mcm ni...gud luck ye

Dalia Hassan berkata...

Tima kasih.. Tolong doakan yg terbaik buat sy... :-)

unknown berkata...

kita pun dapai interview yg sama tapi 27/5 nie dekat KL jee . pusat interview SPA jln cenderasari . nasib dapat interview ka KL . dekat sikit . hehe . good luck !

homestay bonda tg malim berkata...

saya pun dapat interview 6/6 di putrajaya. sama tempat.. jumpa kat sana.. semoga kita berjaya.. insyaallah..

homestay bonda tg malim berkata...

saya pun dapat interview 6/6 di putrajaya. sama tempat.. jumpa kat sana.. semoga kita berjaya.. insyaallah..

Dalia Hassan berkata...

Ye ker? Best best ada geng... Hehe!

Tanpa Nama berkata...

hi saya dah lepas interview semalam kat putrajaya... ramai sangat orang.. datang register 10.30 tunggu sampai 1.05, pastu waktu interview kurang 10 minit jeee.. masuk masuk panel tanya pasal course academic saya, pastu tanya pasal integrity. tu je. pastu tanya nape nak keja gov. maybe dah tengahari. panel pun dah penat dari pagi. hehehe.... tak tahu la kalau ada rezeki tu ada la...good luck untuk awak...

Dalia Hassan berkata...

Aduh. Berdebar ni. Kadang2 bila dah nervous benda yg kita tau pun bleh jadi lupa. Apa2 pun good luck untuk kita semua... In shaa Allah. Amin.

Unknown berkata...

Result da keluar kan?macam mana?

Tanpa Nama berkata...

salam, camne nk pegi pusat temuduga putrajaya guna public transport?

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review