Sahabat

Halaman

04 Oktober 2013

Aku Tetap Aku...

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 04, 2013

Assalamualaikum wbt...

Serius. Biasanya kita cuba menjaga hati sahabat kita sehabis mampu walaupun kadang kadang ianya memberi kesan kepada kita. Sejak dari sekolah aku bukanlah jenis yang suka ambil tahu hal orang lain. Tak minat. Tak suka. Tak kuasa... dalam kelas aku dan teman sebelahku lebih suka buat hal sendiri dari bergosip tak tentu pasal... tapi dalam masa yang sama aku masih boleh bergaul dengan sesiapa mengikut keadaan. Bersukan. Zapin. Gerko. Lain2.

Walaupun berada dalam kelas yang dikategorikan sebagai kelas terpilih (akademik dan sukan), aku lebih selesa bergaul dengan kawan2 dari kelas2 lain.. kenapa? Sebab aku kurang selesa dengan sikap mereka yang 'macam bagus' 'perasan cantik' 'akulah yang bijak' dll..... aku tak mahu dan tak ingin jadi seperti mereka.  Tapi dalam masa yang sama, aku tetap mengaktifkan diri dalam apa2 aktiviti bersama mereka. Kami tetap kawan. Bergelak ketawa suka duka sama sama.

Aku bercerita bukan sebab nak menunjuk yang aku ni baik. Bukan aku meninggi diri. Aku manusia biasa yang banyak kelemahan. Banyak lakukan kesilapan. Betul. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni.. walau macamanapun kita cuba elakkan sesuatu itu terjadi, tapi jika ianya sudah tertulis, ianya akan tetap terjadi...

Belajar dari pengalaman membuatkan aku cuba untuk jaga hati dan perasaan aku sendiri daripada menjaga perasaan orang lain. Susah. Sangat susah. Terkadang aku terpaksa mengiyakan sesuatu yang tidak benar demi menjaga air muka seseorang. Bukan sekali tapi kerap kali.. ianya berlaku sejak dulu lagi dan berlarutan sehingga kini... cuma, sekarang aku lebih berani berterus terang walau dihati timbul perasaan risau andai mereka terguris dengan kata2 aku.. sungguh.. mungkin pernah timbul persoalan dan tanda tanya yang mungkin aku panjangkan pada teman rapatku, tapi percayalah ianya setakat berakhir hanya disitu. Sekadar cuba meluahkan apa yang terlintas difikiran. Meleraikan apa yang terbuku diminda..

Buat sahabat2ku... Andai kalian pernah terasa hati dengan segala tutur kataku, segala tingkah laku aku, maafkanlah aku.. walau sejauh mana aku melangkah, walau setinggi mana aku di angkasa, walau sedalam mana aku aku didasar, AKU TETAP AKU YANG DULU... sahabat amat penting dalam hidup aku.. melengkapkan hariku agar lebih ceria...

Sekian.

Mode : Rindu kawan2 lama....

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review